Posts

Showing posts from January 31, 2021

Bolehkah keluarkan RM10,000 duit KWSP?

Image
BOLEHKAH KELUARKAN RM10,000 DUIT KWSP? Sahabat sekalian, berhentilah berdebat tentang 'keluarkan duit' yang ada ini.  1. Asas tabungan KWSP untuk persaraan kita. Ya digunakan untuk kita bersara bukan sebagai dana kecemasan kita. 2. Jika kita memang diperhentikan kerja dan gaji dipotong sehingga 40% saya setuju untuk pengeluaran RM10,000 ini. 3. Ketahuilah juga bahawa 70% pencarum KWSP hanya ada sekitar RM50,000 sahaja. Jika RM10,000 dah keluar banyak mana tinggal lagi?. 4. "Alah nanti tak sempat merasa duit sendiri kalau tak guna".  Bagaimana kalau dah bersara hidup sampai 80 tahun dan tiada dana persaraan?  "Alah anak cucu aku ada, takkan depa nak jadi anak derhaka?" Kita mula kudakan anak sebagai mesin persaraan kita. Adilkah kita? 5. Usia purata rakyat malaysia bagi lelaki adalah 74 tahun dan wanita 77 tahun. Berapa simpanan yang cukup untuk kita bersara nanti? Jika bersara usia 55 tahun dan kita hidup hingga 74 tahun. Dengan dana RM50,000 kita hanya bole

Kebaikan Hibah

Image
Harta arwah tak sampai pun Rm70 ribu. Waris perlu sediakan RM13 ribu untuk urusan mencairkan harta pusaka. Tak ada benda yang percuma hari ini.  Macam mana waris nak dapatkan modal untuk membayar fi tersebut? Buatlah hibah takaful. Minimum pampasan Rm50k pun takpe. ✨Untuk pengetahuan, AIA ada plan hibah takaful serendah RM30 sebulan seperti client saya bergantung pada umur, jantina dan perkerjaan: KEBAIKAN HIBAH 📝 Swab test percuma (Positif Covid-19) 📝 Elaun hospital RM200(Positif Covid-19) 📝 Perlindungan nyawa RM50,000 📝 Perlindungan nyawa kemalangan RM 100,000 📝 Perlindungan cacat kekal RM50,000 📝 Perlindungan Critical Illness (39 jenis penyakit) RM50,000 📝 Penambahan RM10,000 jika berlakunya kematian akibat Covid 19. 📝 Boleh withdraw 80% caruman selepas 20 tahun.  📝 Boleh withdraw 100% selepas umur 70 tahun jika tiada claim. Disebabkan PKPB disambung lagi, AIA memudahkan anda boleh daftar secara online sahaja.  Jom daftar segera perlindungan untuk COVID-19 ini❗ Wasap segera

Recruitment

Image
Apa yang saya semaikan sekarang, bukan hanya ‘benih usaha’ yang kosong. Tapi apa yang saya akan tuaikan dikemudian hari nanti, adalah semata mata untuk ibu & ayah saya, keluarga  dan diri saya sendiri. Biarpun saya terpaksa korbankan masa dan tenaga/membanting tulang siang dan malam.  Saya percaya, kalau usaha kita kuat dan dengan cara yang betul, inshaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.  Saya doakan, sahabat sahabat yang lain berjaya dan dipermudahkan segala urusannya dalam apa jua bidang kalian buat.  And if ada yang mahukan service saya dalam urusan Takaful Medical Protection, hibah dan investment  boleh contact saya. Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Muhammad Khilfi Khairul Asman               Maya Omar

Hibah adalah pelampung

Image
Sebaiknya baca bersama dengan pasangan.  Begini, hibah takaful takkan selesaikan sepenuhnya harta 70 billion yang beku ni. Tapi boleh dijadikan pelampung untuk pasangan yang masih hidup.  1. Pelampung untuk negosiasi dengan waris faraid yang lain.  Contoh, katakanlah ada waris faraid yang betul - betul nak tuntut bahagian rumah yang kamu dan pasangan duduk bersama. Dan rupanya, itu adalah rumah milik pasangan yang meninggal dunia. Bila perkara ni terjadi, pasangan yang hidup boleh bernegosiasi dengan waris faraid yang lain menggunakan pampasan hibah takafu. Daripada jual, gantikan dengan sama amount rumah tersebut untuk waris faraid tersebut. Ini contoh negosiasi.  2. Pelampung untuk pasangan yang hidup besarkan anak-anak sementara tunggu harta pusaka dicairkan.  Nak selesaikan urusan harta pusaka, tak mudah. Makan masa, ada 6 bulan, ada 1 tahun. Sementara tu, wang pampasan dari hibah takaful, pasangan yang hidup boleh gunakan untuk besarkan anak-anak. 3. Pelampung untuk waris sara hid

Bila Gaji Dipotong Semasa Pandemik

Image
"Hutang aku dekat 50% gaji sekarang bro, semalam boss cakap gaji kami semua kena potong 50% sebab Covid ini" Cerita Azlan sambil hirup teh tarik digerai semalam. "Hutang yang baik sebenarnya sekitar 35% gaji kita sahaja, jika dah lebih kau sebaiknya hubungi bank maklumkan mohon perlanjutan moratorium sebab gaji kena potong"  "Tapi aku nak makan apa nanti, simpanan pun dah makin sikit nie" "Dua benda yang kena kekal ada dirumah kita waktu begini bro, makanan dan perubatan. Pastikan keluarga kita tetap ada makanan untuk mereka" "mmmm...." "Manfaatkan simpanan yang ada, hutang bank boleh tangguhkan dulu. Bincang dengan baik. Sediakan dokument baru untuk maklumkan bank." "Aku cuba bro" Kawan kawan yang baik,  Bagi setiap ujian pasti ada jalan keluarnya. Jangan mengalah sahaja dalam hidup ini.  Salam Jumaat  #Kongsikan sahaja agar semua adik dan sahabat kita jumpa jalan penyelesaian bagi masalah mereka. Jangan mengalah sa

Sebelum Suami Meninggal

Image
SEBELUM SUAMI MENINGGAL?  1. Melahirkan anak adalah wanita, yang diceraikan adalah wanita, yang turun naik mahkamah adalah wanita, yang tuntut nafkah adalah wanita, bila suami meninggal tinggallah wanita.  2. Kos sara hidup meningkat setiap tahun,  jika tahun 2007 makan diluar memerlukan RM20 sehari. Tahun 2020 kos makan diluar meningkat kepada RM84 sehari.  3. Galakkan suami atau isteri jana pendapatan kedua. Hartanah atau rumah sewa paling mudah jana pendapatan semasa. Cukup bulan kutip sewa.  4. Galakkan suami juga ambil Perlindungan Pendapatan, jika meninggal atau ditimpa bencana boleh dapat pampasan.  5. Katakan gaji suami RM2000 x  12 bulan / 0.05 = RM480,000. Minta suami hibahkan atas nama isteri tercinta.  6. Jika suami dijemput pergi dapat duit ini letak dalam ASB atau Tabung Haji. Jika kadar dividen 7.25% setahun dapat RM34,800. Sebulan ada sumber pendapatan RM2,900. 7. Boleh jaga anak yang ditinggalkan, tanpa isteri kahwin lagi dengan Dato Kaya Boroi atau YB politik berlagak

Usia dan Hutang Rumah

Image
USIA DAN HUTANG RUMAH 1. Ini adalah kedudukan hidup kita, manfaatkan usia kita dengan sebaiknya. 2. Jika kita lambat beli rumah, apakah hingga kita bersara kita mahu membayar hutang rumah. 3. Penjawat awam yang rumahnya terlelong 70% terdiri dari yang masih ada hutang selepas bersara. 4. Saya buat gambaran ini agar kita cuba letakkan diri kita dimana dalam garis hidup ini. 5. Tandakan berapa usia kita dan bila kita akan bersara. Jika kita tetap belum beli sebuah rumah, bersedialah untuk bekerja selepas bersara nanti kawan. 6. Belilah sebuah rumah kecil buat keluarga tercinta, lindungi mereka dengan kediaman kita yang selesa. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana sahaja. Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Career Presentation

Image
Bila saya buat career presentation dan interview orang untuk join team takaful saya, saya tak pernah guna kereta mewah sebagai poin utama. Sebab saya tak suka hype sangat. Orang mudah teruja dengan kereta mewah. Tapi bila dah masuk industry 5 bulan, tak dapat buat, terus down. Jadi lebih baik saya rasionalkan emosi mereka. Saya fokuskan kepada apa yang dia dapat achieve dalam 5 bulan pertama. Ini yang saya akan tanya, “Apa komitmen paling kecik awak dengan bank?” “Kereta. RM500 sebulan.” Kemudian, saya akan buka iPad dan tunjukkan macam mana dia boleh dapat monthly passive income RM500 untuk bayar bulanan kereta tu. Cuma buat sale RM25,000 untuk create monthly passive income RM500. Kalau kira purata, buat sale RM5,000 sahaja setiap bulan selama 5 bulan. Kalau dia fast learner, bulan pertama pun dah boleh achieve sale RM25,000 tu. Setel bayar kereta RM500, kita create more passive income untuk bayar 2nd lowest commitment. Katakan, rumah bayar bulanan RM1,000. Then kenalah cepat-cepat bu

Bila Gaji Kecil

Image
BILA GAJI KECIL 1. Bajet ini untuk gaji kita yang kecil, kita masih ada pilihan untuk merancang hidup. 2. Bajet ini untuk keluarga kecil yang hanya ada satu anak paling maksimum dan tinggal diluar bandar. 3. Bajet setiap keluarga adalah berbeza bergantung keperluan keluarga kita, ia tak akan sama dengan mana mana keluarga lain. 4. Sebaiknya jangan ada hutang kerana jika ada hutang akan menekan bajet kita. Bahaya jika anda belum mampu menabung dan mula ada hutang. 5. Bagi gaji bawah RM3000 ushakan jangan beli kereta baru dulu jika ada impian beli rumah. Dapat kereta terpakai pun jadilah, jika tidak kita makin susah nak beli rumah. 6. Susah macam manapun tetaplah ada simpanan setiap bulan. Kita tak tahu bila kita akan susah lagi. Jangan merungut sebab bila kita susah orang belum tentu akan bantu kita. 7. Jika belum mampu mengirim yang ke orang tua, bincang baik baik dengan mereka. jangan diamkan sahaja. Tetapi jika kita percayakan keberkatan dan doa ibubapa. Ia tak akan putuskan rezeki k

Kena Ada Sebelum 35 Tahun

Image
"Kau kena ada 5 ni sebelum 35 tahun." “Kalau tak dapat juga kena buat apa?” “Kau kena menggelabah.”😅 1. Duduk rumah yang selesa. Umur dah masuk 35 tahun kan? Kau dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah. Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya. Kondo pun best juga, fasiliti lengkap, security tiptop. . . . 2. Dua rumah untuk pelaburan. Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa passive income ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Daripada ratus-ratus, akan jadi ribu-ribu nanti. Boleh jadi duit pencen kau tu. Atau, bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi. Macam mana nak beli sampai dua rumah pel

Rancang Hidup Keluarga Kita

Image
RANCANG HIDUP KELUARGA KITA? 1. Jika hidup kita susah, tak mampu sediakan keperluan asas kehidupan buat sebuah keluarga. Anak dah 10 tetapi masih menyewa.  Berhentilah tambah anak dalam keluarga dulu. 2. Belajar rancang jumlah anak dalam keluarga kita. Jika kita tak mampu sediakan kediaman asas, hadkan jumlah anak yang ada. 3. Jika kita tak mampu sediakan bilik untuk asingkan anak lelaki dan perempuan, kita sebaiknya kawal kadar kelahiran dalam keluarga kita. 4. Kediaman kecil tidak salah, tetapi perlu ada kemudahan asas yang baik dan bersih buat kehidupan asas keluarga. 5. Ada sebuah kenderaan yang selamat buat keluarga kita. Tidak semestinya selesa, selamat lebih utama. 6. Boleh beri pendidikan buat anak anak kita. Ada dana dan mereka tidak meminta dan malu disekolah nanti sebab kesusahan kita. "Alah dulu lagi susah, boleh sahaja hidup".  Jangan samakan dulu dengan sekarang, didik anak ikut zamannya. Belajar jadi ibubapa yang bertanggujawab buat sebuah keluarga. 7. Ada paka

Goals before 30

Image
Bila kita niat cari rezeki sebab nak cukupkan keperluan kita saja, mungkin kita hanya dapat gaji sekadar RM3,000 pun kita dah mula selesa. Tapi kalau kita niat cari rezeki untuk allocate RM3,000 setiap bulan untuk bantu ibu bapa dan adik beradik, kita akan cari jalan jana income lebih. “Kalau income kau RM6,000 kau sanggup allocate RM3,000 untuk mereka?” “Tak sanggup. Banyak sangat tu.” “Kalau income kau dah capai RM30,000?” “InsyaAllah sanggup. Sebab RM3,000 tu hanya 10% daripada income aku.” “Kalau macam tu, kau kena all out untuk dapatkan income RM30,000 lah.” Jika keluarga kita tidak kaya, adik beradik kita pula ramai hidup susah, kitalah kena decide dan usaha untuk jadi kaya dan bantu mereka. Mungkin rezeki mereka Allah atur melalui kau. Bila kau niat cari income untuk bahagiakan mereka, Allah akan mudahkan urusan ke arah itu. Saya doakan sesiapa yang baca posting ni akan jadi kaya dan dapat sumbang banyak kepada ibu bapa dan keluarga masing-masing. Amin.  #AIATakaful #AIAAznilAzm

Harga dah ada?

Image
HARGA DAH ADA? Punya gila kereta orang kita pada model baru ini, lebih 20,000 orang tempah tanpa tahu berapa harga. Dengan bayaran RM500 berduyun orang tempah kereta. Moga suatu hari nanti semangat beli rumah macam beli kereta juga doa kita semua! Kawan kawan yang mulia, Jika dah tempah dan beli. Pastikan ; 1. Bayaran bulanan tidak lebih dari 15% gaji kita. 2. Sebaiknya deposit adalah 20% dari harga kereta. (RM16,960 bagi model Executive) 3. Tempoh pembiayaan yang sihat adalah 5 tahun. Jika nak tekan pastikan jangan lebih 7 tahun. 4. Harga kereta ini adalah setahun gaji kita. Gaji yang sihat untuk beli adalah sekitar RM 7,000 x 12 = RM84,000.  Barulah kita sexy dimata isteri nanti. Jika masih tinggal dirumah sewa, simpan dulu katalog X50 ini. Jika dah ada rumah pertama, belilah sampai 5 pun tak mengapa. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad Suka Tengok Kereta Cantik

Mengapa Melayu Kurang Harta?

Image
MENGAPA MELAYU KURANG HARTA? 1. Bila kawan cakap nak beli rumah waktu muda, kita kata "Muda lagi weh, buat apa beli rumah?" 2. Bila anak kata nak beli rumah dulu sebelum kereta. "Mak teringin nak naik kereta baru kau Rosmah!" 3. Bila kawan datang seminar belajar pasal hartanah. "Alah semua tu nak kaya dengan buat seminar tu, jangan pergi". 4. Bila kawan mula menabung dan menyimpan di ASB. "ASB nie haram kau tahu tak? Baik simpan di Hong Teong Bank ada dividen" 5. Bila kawan mula baca buku. "Nak kaya jangan sorang sorang, ceritalah kat kami juga". 6. Bila anak nak buat kenduri kahwin kecil dan sederhana . "Mak nie hidup lagi, nak bagi sedara mengata mak tak ada adik beradik?" 7. Bila kita nak beli rumah kecil sebagai permulaan hidup rumah tangga. "Rumah flat nie mat rempit jer duduk, geli aku nak duduk sini".  8. Bila kita bawa bekal nak berjimat dan sihat. "Alah tak luak duit dalam bank tu sesekali makan sekret

Isteri,bonda, rumah & kereta

Image
Salam Jumaat...  Kita dapat kerja, bukan sebab kita lebih bagus dari orang lain. Mungkin sebab kita sedang menjaga orang lain. Kita ada gaji, bukan sebab kerja kita bagus berbanding kawan lain. Tapi sebab kita selalu memberi pada yang lain. Kita ada duit banyak, bukan hak kita semuanya. Ada bahagian dan keperluan untuk kita bahagikan kepada yang lain. Sahabat yang mulia, Selagi kita bekerja dan laksanakan tanggungjawab kita. Itu juga kekayaan kita sebagai manusia.  Lawan dari kaya adalah cukup, bukan miskin. Jadi ketika Allah menciptakan kita, rezeki kita cukup, tidak ada yang miskin.  Yang menjadikan kita miskin itu perasaan kita yang tidak pernah cukup cukup. Hidup itu mimpi bagi mereka yang bijak, permainan bagi yang bodoh, komedi bagi yang kaya, dan tragedi bagi si miskin. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Mencari masalah dan menyelesaikan masalah

Image
HIDUP INI  Ada orang berusaha mencari masalah, selidik dan kaji masalah.  Ada orang kerjanya selesaikan masalah, apa sahaja masalah dia akan selesaikan. Kawan kawan yang mulia, Buat pilihan nak jadi yang mana?  Kita juga pemimpin buat keluarga kita. Bila keluarga ada masalah, selesaikan segera.  Jangan terlalu banyak mengkaji, anak isteri harus diberi makan dan mandi. Jadilah orang yang suka selesaikan masalah. Hidup dengan mudah. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  #Foto sumber Google, tiada kena mengena dengan sesiapa, parti politik, negeri, suku, kaum ataupun jantina. #Nota Waktu pandemik melatih kita jadi dua jenis manusia. Manusia yang menerima keadaan seadanya atau manusia yang berusaha cari peluang baru yang lain. Credit : Azizul Azli Ahmad

Jenis Manusia di Waktu Pandemik

Image
JANGAN BERHENTI BERJUANG Kita ada anak isteri, ibubapa yang perlu dijaga. Jangan pernah mengalah untuk kali ini.  Rehat seketika,  Cari jalan untuk keluar dari ujian ini. Selagi kita berusaha dan berdoa, pasti akan ada jalannya. Cuma jangan berhenti sahaja. Yang penting bukan apakah kita menang atau kalah, Tuhan tidak mewajibkan manusia untuk menang sehingga kalah pun bukan dosa.  Yang penting adalah apakah seseorang berjuang atau tak berjuang. Kemenangan sejati bukanlah kerana kamu tidak pernah kalah, namun kerana kamu sanggup bangkit kembali setiap kali kamu jatuh. Kita yang mana sahabat sekalian? Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad

All starts with dream

Image
Kau berdoa nak hidup kaya. Tapi kau tak ready untuk kerja keras. Kau minta jodoh yang baik. Tapi kau sendiri tak berusaha jadi baik. Kau harap nak hidup bahagia. Tapi tak bersedia nak bahagiakan orang lain. Kau nak sangat gaji naik. Tapi kau tak sanggup buat kerja lebih. Kau selalu nak rasa dicintai. Tapi kau sendiri tak nak mula mencintai. Kau impikan rumah besar. Tapi kau tak nak mulakan dengan simpanan. Kau nak jadi luar biasa. Tapi kau tetap buat benda biasa-biasa. Kau dambakan rezeki yang cukup. Tapi sedekah dan infaq susah betul nak hulur. Kawan, kita kalau boleh semua nak jadi yang terhebat, dapat yang terbaik, miliki yang lebih daripada orang lain. Tapi hakikatnya kita tak bersedia pun ke arah itu. Ramai orang nak hidup senang, tapi tak sanggup hadap cabaran dan risiko. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 Credit : Harith Faisal

CCRIS

Image
Kalau kau tak ada rekod CCRIS langsung, maka agak susah untuk bank approve home financing kau. Sebab bank tak nampak tabiat kau bayar hutang macam mana. Cadangan saya, buat awal-awal kad kredit dan ASB Financing untuk cipta rekod pertama CCRIS kau. Then, beli rumah. Berminat dengan kad kredit dan ASB Financing, saya recommendkan sahabat saya Kuhaqimi A. Rasid, Personal Banker. Boleh pm beliau jika berminat.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal

Mengapa Lemah Ekonomi?

Image
MENGAPA MELAYU LEMAH EKONOMI?  1. Kawan jual tudung, kau kata tudung Jalan TAR lebih murah.  2. Kawan jual kain, kita beli satu mintak satu percuma.  3. Kawan jual buku,  kau mintak percuma saja.  4. Kawan jadi agen takaful, kau kata lambat nak mati lagi.  5. Kawan jadi agen ASB,  kau tuduh fatwa kata haram lagi.  6. kawan beli banyak rumah,  kau tuduh dia kapitalis hartanah.  7. Kawan beli kereta mewah, kau tuduh dia makan rasuah. 8. Kawan bercuti keluar negeri, kau tuduh dia buat pinjaman peribadi.  9. Anak murid jual donut disekolah, kita report dekat makcik kantin sekolah.  10. Kawan jual brownies, kau pertikai dia ada sijil halal atau tidak.  11. Kedai makan kawan laku keras, kau sebok nak santau bagai.  12. Kawan buat 'partime' dua kerja,  kita tuduh dia kejar duit lupa dunia.  Kawan kawan yang mulia, Adakalanya sokongan kawanlah yang bina semangat buat kawan kita untuk bermula.  Beri semangat dan sokonglah usaha mereka.  Kawan baru nak mula berniaga, jangan banyak bertan

Kenapa Pentingnya Hibah?

Image
𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇? Ada 8 sebab kenapa penting nya hibah Takaful? 1. Wang pampasan untuk menguruskan perbelanjaan anak-anak dan isteri setelah kita meninggal dunia. 2. Pemberian sejumlah wang pampasan kepada sesorang setelah kita meninggal dunia tanpa melalui kaedah Faraid dan harta pusaka. 3. Tiada kos guaman dan mahkamah 4. Mengelak perebutan harta. 5. Tidak boleh dituntut okeh waris yang lain. 6. Pemberian mengikut hasrat Pemberi. 7. Aset tunai yang pantas diperoleh dalam tempoh 2minggu ke 2 bulan sahaja. 8. Aset Tunai untuk menguruskan harta pusaka. Sekadar share agar keluarga Anda Dilindungi.. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai hibah boleh pm atau comment di bawah. Aznil Azmi AIA Life Planner  011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Megat Yuzmi Megat Yahya

Sabar

Image
Sabarlah. Tahap struggle memang berbeza-beza oleh setiap orang, walaupun untuk mencapai matlamat yang sama. Jangan putus asa. Katakan kau nak beli 3 biji rumah. Orang bergaji RM5,000 pun perlu struggle. Tapi, orang bergaji RM3,000 perlu struggle lebih lagi. Contoh lain, kawan kau asal dari keluarga kaya. Keluarga kau pula biasa-biasa, tak kaya. Kebetulan gaji kau sama dengan kawan kau tu RM3,000. Untuk kawan kau simpan RM1,500 sebulan mungkin lebih mudah sebab ayah dia dah belikan kereta dan dia duduk sekali depan parent. Tapi, kau struggle sikit nak simpan RM1,500 sebab kau semua kena beli sendiri. Parent duduk jauh dan kau kena tanggung adik-adik sekolah lagi. At the end, hasilnya kau dan kawan kau berjaya konsisten simpan RM1,500 setiap bulan. Itu yang paling penting. Tak perlu banding-banding. Tak kisah macam mana kau bermula. Kalau kau bermula dengan susah, kejayaan kau pasti lebih menginspirasikan. Jangan kau salahkan takdir.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilm

Hibah RM34 sahaja?

Image
Alhamdulillah dapat membantu client mendapatkan hibah dengan sebulan hanya 34 ringgit sahaja.  Beliau meletakkan penama untuk ibu dan ayah beliau. Alhamdulillah. ✨Untuk pengetahuan, AIA ada plan hibah takaful serendah 34 ringgit sebulan seperti client saya bergantung pada umur, jantina dan perkerjaan: KEBAIKAN HIBAH 📝 Swab test percuma (Positif Covid-19) 📝 Elaun ward hospital 200 ringgit(Positif Covid-19) 📝 Perlindungan nyawa 50,000 ringgit 📝 Perlindungan nyawa kemalangan RM 100,000 📝 Perlindungan cacat kekal 50,000 ringgit 📝 Perlindungan Critical Illness (39 jenis penyakit) 50,000 ringgit 📝 Penambahan 10,000 ringgit jika berlakunya kematian akibat Covid 19. Disebabkan PKPB, AIA memudahkan anda boleh daftar secara online sahaja.  Jom daftar segera perlindungan untuk COVID-19 ini❗ Wasap segera untuk free quotation http://www.wasap.my/601137274820/HibahTakaful Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1Hari1ilmu

Moratorium dah tamat?

Image
Moratorium dah tamat. Semua orang akan start bayar komitment dengan bank. Kes Covid19 meningkat. Politik? Hmm.. Taktau lah nak komen apa. Ada banyak lagi benda penting yg perlu di ambil berat. Terbaru, Airasia sahkan pekerja akan diberhentikan. Kadar pengangguran semakin tinggi. Ada komitment yang perlu dibayar, Ada anak bini untuk diberi makan, Perlukan usaha dan pekerjaan untuk dapatkan duit demi kelangsungan hidup. Sekiranya jatuh, terus bangun dan berusaha. Do the best! Jangan mengalah! Setiap orang ada ujian dalam hidup. Moga kita dilimpahkan rezeki yang melimpah-ruah, dapat bersedekah dan bantu lebih ramai orang diluar sana. Aminnnn... #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Afiqah Nabilah

Anyeonghaseyo 😊

Image

Hibah untuk COVID-19

Image
HIBAH UNTUK COVID-19 Covid memberi kesan yang besar kepada masyarakat dunia. Ramai orang yang terjejas oleh Covid-19 menyebabkan kehilangan orang tersayang, pekerjaan dan pendapatan.  Oleh itu, AIA membantu dengan  EXTRA COVERAGE UTK COVID 19 : ✅ Subsidi RM300 untuk ujian saringan di Hospital Swasta ✅ Elaun Wad RM200 sehari jika warded sebab Covid 19 ✅ Hibah RM10,000 jika meninggal sebab Covid 19 HIBAH COVERAGE RM50,000 SERENDAH RM50 SAHAJA . Untuk coverage lebih tinggi boleh mencarum lebih.  ✅ Hibah kematian semulajadi RM50,000 ✅ Hibah kematian kemalangan RM100,000 ✅ Faedah lumpuh kekal/TPD RM50,000 ✅ Faedah Penyakit kronik RM50,000 . Jika Wallahua'lam kita meninggal disebabkan Covid-19, akan mendapat hibah RM10,000 + RM50,000. In Shaa Allah dapat membantu orang tersayang, keluarga untuk meneruskan hidup menjaga anak-anak, makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. Adakah anda Azmi atau Azman?  Aznil Azmi 011-37274820  AIA Life Planner #aiatakaful #aiaaznilazmi #KongsiKongsiAIA #

Apa itu Hibah?

Image
Ramai orang bila saya jumpa. Akan tanya saya? Apa tu Hibah? Hibah takaful tu kita bayar bulan untuk apa? Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris. Seperti contoh, si suami buat hibah untuk isteri. Setiap bulan suami carum RM50. Apabila terjadi sesuatu kepada suami, seperti kematian, cacat kekal, dan sebagainya. Isteri tersebut akan dapat RM50,000. So, isteri sedikit sebanyak dapat meneruskan hidup untuk menjaga anak-anak, makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. In Shaa Allah, esok saya akan explain pula mengenai hibah untuk Covid-19.  Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu #COVID19Malaysia #covid19hibah

Beli rumah secara tunai atau loan bank?

Image
Kau ada RM300,000 dan kau pun beli sebuah rumah secara tunai. Katakan umur tak panjang, 2 tahun kemudian, kau pun meninggal dunia. Maka, keluarga kau hanya dapat rumah itu saja. Tapi kalau kau gunakan RM45,000 je sebagai modal 15% untuk beli rumah RM300,000 dan selebihnya guna pembiayaan daripada bank, maka, kau masih ada baki tunai RM255,000. Ambil sekali dengan MRTT untuk cover rumah tu. Jadi, kalau kau meninggal dunia, keluarga kau akan dapat rumah RM300,000 yang dah tak ada hutang dan juga tunai RM255,000. Kau memang dah mati, tak rasalah untung tu dalam bentuk duit. Tapi, bila keluarga kau happy dengan apa yang kau tinggalkan, pasti mereka akan doakan yang baik-baik untuk kau. Itulah bekalan kau di alam baru.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal

Rezeki yang kita tak perasan

Image
Banyaknya rezeki yang kita tak perasan selama ni. 1. Bangun pagi masih hidup, rezeki. 2. Gaji bulanan RM1500, rezeki. 3. Bos tak berkira, rezeki. 4. Anak-anak sihat, rezeki. 5. Sarapan nasi lemak RM2, rezeki. 6. Kereta Wira habis bayar, rezeki. 7. Parent selalu mendoakan, rezeki. 8. Mertua yang penyayang, rezeki. 9. Adik-beradik tak gaduh, rezeki. 10. Dapat tidur lena, rezeki, 11. Mampu sewa rumah, rezeki. 12. Kawan-kawan yang baik, rezeki. 13. Tak kena saman, rezeki. 14. Kereta tak rosak, rezeki. 15. Senang dapat sale, rezeki. 16. Rasa tenang, pun rezeki. 17. Elektrik dan air masih ada, rezeki. 18. Pasangan setia, rezeki. 19. Dapur masih berasap, rezeki. 20. Suami belikan emas, rezeki. Eh! Anyway, kalau kita dikurniakan rezeki yang lebih, kongsikan rezeki dengan orang lain. Dengan buat begitu, yakinlah rezeki kita akan semakin melimpah ruah. Kawal makan minum, jaga badan, selalu bersenam, periksa kesihatan secara berkala. Jasad kita adalah amanah dan rezeki daripada Tuhan untuk kita j

Tea Time

Image

Siapa diri kau pada masa depan bergantung kepada...

Image
Sekarang kawan dengan orang bergaji RM3K cuba kau kawan pula dengan orang income RM10K. Sekarang semua kawan kau belum beli rumah, cuba kau tambah kawan yang dah beli beberapa rumah. Sekarang kawan kau asyik ajak lepak kosong, cuba berkawan pula dengan orang yang lepak berisi. Sekarang tak ada kawan kau yang rajin baca buku, carilah kawan yang suka baca buku. Sekarang kau kawan dengan orang makan gaji, cuba masuk circle kawan yang business owner. Sekarang kawan kau banyak yang boros, tambah kawan yang bijak kewangan dan jenis menyimpan. Sekarang circle kau jenis kedekut ya amat, cari pula kawan yang rajin sedekah dan infaq. Begitulah! Kalau kau masih tak ubah buku yang kau baca, orang yang selalu lepak, apa yang kau makan, amalan yang kau buat, dan topik yang kau sembang, kau tetap akan jadi orang yang sama 5 tahun akan datang. Nak ke? Bosan wei! Tapi mula-mula sekali, diri kau sendiri kena ada rasa teringin nak berubah tu. Kalau tak, kau berkawan dengan Mark Zuckerberg dan Elon Musk p

Jordan Belfort Quote

Image
Bukan kesalahan masa lalu kita yang menentukan kita, tetapi bagaimana kita menggunakan kesilapan tersebut untuk MEMBANTU kita ke masa depan yang lebih berjaya 🐺💴 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Aznil Azmi AIA Life Planner

Image
Assalamu'alaikum  Saya Aznil bin Azmi, Elite Life Planner dari AIA Public Takaful.  Jika anda berminat untuk membuat medical card, hibah (pampasan), simpanan dan pelaburan. Boleh menghubungi saya, In Shaa Allah saya akan membantu. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Doa Untuk Ibu dan Bapa

Image
Gaji okay, tak ada lah rendah sangat. Tapi asyik tak cukup juga. Cuba kau cek balik adakah kau berkira sangat dengan isteri dan mak bapak. Cuba kau buat dorang happy dan kau akan rasai sendiri keajaibannya! Jangan asyik sibuk cari duit sampai lupa nak cari keberkatan. #AIAAznilAzmi #AIATakaful #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Tazkirah Ustaz Ebit Liew               Harith Faisal

Gaji RM3,000 belum beli rumah?

Image
Gaji RM3,000 belum beli rumah sebab: 1. Beli kereta mahal dulu. 2. Asyik travel saja kerjanya. 3. Kos sara hidup tinggi kat bandar. 4. Buat banyak pembiayaan peribadi. 5. Nak beli rumah idaman terus. 6. Pilih hobi yang mahal belaka. 7. Kena tipu dengan skim cepat kaya. 8. Tak suka simpan duit. 9. Suka berhutang kad kredit. 10. Kena sara keluarga. Gaji RM3,000 dapat beli rumah sebab: 1. Simpan 50% daripada gaji. 2. Duduk kat luar bandar. 3. Beli rumah kecil dahulu. 4. Mohon kad kredit seawal mungkin. 5. Guna kad kredit dengan bijak. 6. Duduk dengan keluarga. 7. Deposit pinjam dengan keluarga. 8. Pakai kereta murah saja. 9. Buat side income kumpul deposit. 10. Hobi murah iaitu kumpul setem. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820

Apakah maksud Hibah Takaful?

Image
Jika anda merasakan wang daripada KWSP tidak mencukupi apabila orang tersayang meninggal dunia maka anda harus membuat hibah takaful. APAKAH MAKSUD HIBAH TAKAFUL . . Hibah takaful adalah HADIAH (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid.  . Ianya adalah Hibah Bersyarat dimana agihan hibah hanya dilakukan jika pemilik sijil takaful Meninggal Dunia atau Hilang Upaya Menyeluruh. . ANTARA KEBAIKAN MEMILIKI SIJIL HIBAH TAKAFUL ADALAH: ♥️ Penama adalah penerima mutlak. ♥️ Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang. ♥️ Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan,kerana hibah tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat. . Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid. "Hibah utk Semua" Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 www.aiapublictak

Kisah Benar KWSP

Image
KISAH BENAR KWSP 🌿 Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri. Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah. 1) Ayah si mati - 1/6 2) Ibu si mati - 1/6 3) Isteri - 1/8 4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian. 5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka. Contoh :  Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan. 1) Ayah = RM16,666 2) Ibu = RM16,666 3) Isteri = RM12,500 4) Anak lelaki = RM36,112 5) Anak Perempuan = RM18,056 Jadi apa guna ada penama?  Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid. Mudah-mudahan selepas

𝕷𝖔𝖛𝖊 𝖒𝖊 𝖔𝖗 𝖍𝖆𝖙𝖊 𝖒𝖊 𝕴 𝖆𝖒 𝖘𝖙𝖎𝖑𝖑 𝖌𝖔𝖓𝖓𝖆 𝖘𝖍𝖎𝖓𝖊.

Image
𝕷𝖔𝖛𝖊 𝖒𝖊 𝖔𝖗 𝖍𝖆𝖙𝖊 𝖒𝖊 𝕴 𝖆𝖒 𝖘𝖙𝖎𝖑𝖑 𝖌𝖔𝖓𝖓𝖆 𝖘𝖍𝖎𝖓𝖊.

PATIENCE

Image
Cara paling praktikal untuk sampai kepada matlamat adalah dengan memahami bahawa ia adalah permainan yang panjang. Sabar adalah penting.  #aznilazmi #1hari1ilmu

Berhenti minum starbucks?

Image
Berhenti minum Starbucks seminggu sekali dalam rutin lifestyle takkan jadikan kau kaya. RM20 x 4 = RM80 RM80 x 12 = RM960 RM960 x 10 = RM9,600 Iya, memang kau tak kaya pun dengan RM9,600 selepas 10 tahun tak minum Starbucks. Tapi kau berjaya jimat RM9,600 selama 10 tahun tu. Cuma, kalau kau memang anggap minum Starbucks tu adalah weekly Self Reward kau, teruskan. Maka, kau ada pilihan lain untuk tambahkan income. Saya lebih galakkan kau buat yang ni. Katakan kau cari jalan untuk tambah RM1,000 setiap bulan. Maka, selepas 10 tahun kau dah ada simpanan RM120,000. Kau Self Reward RM80 dengan Starbucks setiap bulan bila dapat earn extra income RM1,000. Kau tak dapat jimat RM9,600 tu. Tapi kau dapat jana RM120,000 selepas 10 tahun. Kekayaan bersih kau selepas 10 tahun adalah RM120,000 - RM9,600 = RM110,400. Gigih pula saya kirakan. 😅 Benda ni depend kepada pandangan masing-masing. Ada orang anggap Starbucks tu kehendak. Ada juga yang anggap ia keperluan. Kalau ia keperluan, lebih baik jang

Cara naikkan standard kewangan

Image
Kau tak selamanya muda, hustle selagi ada kudrat. Kau tak selamanya sihat, all out sebelum sakit tak terdaya. Kau tak selamanya hidup, siapkan bekalan sebelum ajal menyapa.  Cara nak naikkan standard kewangan diri :- 1. Kalau sebelum ni kau biasa simpan 1% daripada gaji, cuba bulan ni simpan 10% gaji. 2. Jika malam biasa lepak tengok TV, cuba pula cari side income secara online. 3. Kalau biasa hujung minggu habis beratus ringgit, cuba cari aktiviti yang murah pula. 4. Jika biasa kau follow artis, cuba pula follow orang yang kongsi ilmu kewangan. 5. Kalau sehari biasa habis RM30 untuk makan, cuba kurangkan jadi RM15 saja. 6. Jika biasa asyik makan luar, cuba pula hidupkan dapur dan masak sendiri. 7. Kalau biasa pagi-pagi lalai dan leka, cuba lazimi solat Dhuha setiap hari selepas ni. 8. Jika biasa sedekah setahun sekali, cuba pula allocate 5% untuk sedekah setiap bulan. Bermula dengan ubah langkah kecil macam ni, kau akan rasa dunia sekeliling kau ikut sama berubah. Kau akan rasa bahagi