Bila Gaji Dipotong Semasa Pandemik











"Hutang aku dekat 50% gaji sekarang bro, semalam boss cakap gaji kami semua kena potong 50% sebab Covid ini"

Cerita Azlan sambil hirup teh tarik digerai semalam.

"Hutang yang baik sebenarnya sekitar 35% gaji kita sahaja, jika dah lebih kau sebaiknya hubungi bank maklumkan mohon perlanjutan moratorium sebab gaji kena potong" 

"Tapi aku nak makan apa nanti, simpanan pun dah makin sikit nie"

"Dua benda yang kena kekal ada dirumah kita waktu begini bro, makanan dan perubatan. Pastikan keluarga kita tetap ada makanan untuk mereka"

"mmmm...."

"Manfaatkan simpanan yang ada, hutang bank boleh tangguhkan dulu. Bincang dengan baik. Sediakan dokument baru untuk maklumkan bank."

"Aku cuba bro"

Kawan kawan yang baik, 

Bagi setiap ujian pasti ada jalan keluarnya. Jangan mengalah sahaja dalam hidup ini. 

Salam Jumaat 

#Kongsikan sahaja agar semua adik dan sahabat kita jumpa jalan penyelesaian bagi masalah mereka. Jangan mengalah sahaja. Kita ketua keluarga.

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu

Credit : Azizul Azli Ahmad


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko