Cara naikkan standard kewangan




Kau tak selamanya muda, hustle selagi ada kudrat. Kau tak selamanya sihat, all out sebelum sakit tak terdaya. Kau tak selamanya hidup, siapkan bekalan sebelum ajal menyapa. 

Cara nak naikkan standard kewangan diri :-

1. Kalau sebelum ni kau biasa simpan 1% daripada gaji, cuba bulan ni simpan 10% gaji.

2. Jika malam biasa lepak tengok TV, cuba pula cari side income secara online.

3. Kalau biasa hujung minggu habis beratus ringgit, cuba cari aktiviti yang murah pula.

4. Jika biasa kau follow artis, cuba pula follow orang yang kongsi ilmu kewangan.

5. Kalau sehari biasa habis RM30 untuk makan, cuba kurangkan jadi RM15 saja.

6. Jika biasa asyik makan luar, cuba pula hidupkan dapur dan masak sendiri.

7. Kalau biasa pagi-pagi lalai dan leka, cuba lazimi solat Dhuha setiap hari selepas ni.

8. Jika biasa sedekah setahun sekali, cuba pula allocate 5% untuk sedekah setiap bulan.

Bermula dengan ubah langkah kecil macam ni, kau akan rasa dunia sekeliling kau ikut sama berubah.

Kau akan rasa bahagia, seronok, tenang dan yang paling penting kewangan kau jadi lebih baik.

Berubahlah ke arah kebaikan.

Lambat berubah, kau akan ketinggalan.

Aznil Azmi
AIA Life Planner
011-37274820 

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu

Credit : Harith Faisal


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko