Mengapa Melayu Kurang Harta?





MENGAPA MELAYU KURANG HARTA?

1. Bila kawan cakap nak beli rumah waktu muda, kita kata "Muda lagi weh, buat apa beli rumah?"

2. Bila anak kata nak beli rumah dulu sebelum kereta. "Mak teringin nak naik kereta baru kau Rosmah!"

3. Bila kawan datang seminar belajar pasal hartanah. "Alah semua tu nak kaya dengan buat seminar tu, jangan pergi".

4. Bila kawan mula menabung dan menyimpan di ASB. "ASB nie haram kau tahu tak? Baik simpan di Hong Teong Bank ada dividen"

5. Bila kawan mula baca buku. "Nak kaya jangan sorang sorang, ceritalah kat kami juga".

6. Bila anak nak buat kenduri kahwin kecil dan sederhana . "Mak nie hidup lagi, nak bagi sedara mengata mak tak ada adik beradik?"

7. Bila kita nak beli rumah kecil sebagai permulaan hidup rumah tangga. "Rumah flat nie mat rempit jer duduk, geli aku nak duduk sini". 

8. Bila kita bawa bekal nak berjimat dan sihat. "Alah tak luak duit dalam bank tu sesekali makan sekret recepi nie!".

9. Bila kawan mula kerja naik motor sahaja. "Aku dulu tak dapat 3.0 pointed pun boleh beli kereta. Ini dapat 4.0 flat naik motor saja!".

10. Bila kawan beli rumah terpakai, "Aku geli beli rumah orang dah pernah duduk, tah tah dia bela anjing dulu mana tahu!".

11. Bila gadis nak beli rumah. "Untunglah laki kau nanti cuci kaki saja masuk rumah. Buat rugi jer pompuan beli rumah nie!". 

Kawan kawan,

Belajarlah sokong usaha murni kawan kawan kita. Semoga berjaya kawan. Kita hebat bila kawan kita juga hebat.

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu 

Credit : Azizul Azli Ahmad

#Kongsikan sebagai ingatan buat kita dan kawan kita semua.


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"