Posts

Showing posts from January 17, 2021

Bila Artis Meniaga Berbanding Kawan Meniaga

Image
Bila Neelofa jual tudung semua beratur beli.. Bila Fizo Mawar jual tudung semua gaduh beli.. Bila Anzalna jual baju kurung semua pakat beli.. Bila Scha Alyahya jual blouse semua nak beli.. Bila Che Ta jual perfume semua teruja nak beli.. Bila Zizan jual t-shirt semua ghairah nak beli.. Bila Shuib jual barang motor n terbaru air BubbleBee smua beratur berejam jam Semua beli saja... Habiskan wang gaji nak nampak glamour. Sanggup beratur dari subuh sampai malam. Sanggup berasak-asak bawah ketiak orang ramai. Tawar menawar tiada. Beli saja.... Tapi ..... Bila kawan sendiri berniaga , tak lekang di mulut “ TAK DAPAT KURANG KE ? ” “ MAHALNYA ... " " TAKDE HARGA MEMBER KE " " BELANJA LAH POSTAGE " " BAGI LAH AKU FREE ALA DENGAN AKU PUN NAK BERKIRA " Itu nasib baik beli juga katanya support member. Ada pula nak lalu kedai kawan pun tak selera. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada pula tu kawan jual barang artis ternama pun ada yan