Posts

Showing posts from February 14, 2021

Menjelang Tahun Baru 2021

Image
MENJELANG TAHUN BARU 2021 1. Jika belum buat 10% simpanan gaji kita, mulakan segera. Duit tetap akan habis  juga. Segerakan sediakan dana kecemasan buat keluarga  2. Rancang untuk ada rumah  pertama tahun 2021. Baca disini saya beri banyak panduan percuma saja.  3. Jika ada rancangan nak kahwin, bincang dengan pasangan apa yang boleh kongsi bersama.  4. Jika hidup kita masih banyak hutang,  cari jalan keluar dengan bantuan pakar atau baca buku sahaja.  5. Jika belum pandai menabung, Buatlah Tabung Bewarna dulu sebagai permulaan.  6. Jika terbeli kereta mahal dan bebankan hidup kita, jualkan sahaja. Biar rugi sekarang dari rugi selamanya.  7. Jika susah sangat menyimpan, buat arahan tetap potongan gaji terus dalam ASB atau Tabung Haji.  8. Jika tak suka ASB dan Tabung Haji, belajar simpan emas dengan betul dan baik. Kita pasti teruja punya. 9. Jika jodoh belum ada, belilah bantal IKEA dan peluklah sampai rasa bahagia. 10. Jika kawan semua boros, carilah kawan baru yang bijak belanja dan

Jangkaan Hartanah 2021

Image
JANGKAAN HARTANAH 2021 . 1. KUASA MEMBELI SEMAKIN KECIL Bila ekonomi suram, kuasa membeli semakin mengecil. Orang makin takut membeli dan ada komitmen hutang rumah yang panjang.  . 2. RUMAH MAMPU BELI KURANG.  . Suku pertama 2020 hanya 21% rumah bawah RM250k. Bagi golongan B40 hanya mampu beli kediaman bawah RM250k sahaja.  . Kediaman jenis ini paling kurang dibina sedangkan golongan ini adalah 40% penduduk.  . Purata rumah yang tidak terjual adalah berharga RM589,224.00! . 3. RUMAH TAK TERJUAL SEMAKIN BANYAK . Rumah tak terjual 31,661 bernilai RM20.03 billion meningkat dari tahun 2019 hanya 30,664 kediaman tak terjual. 23.1% hartanah baru lancar tidak terjual. 53.2% hartanah bertingkat tidak terjual 29% rumah teres tidak terjual 12.4% rumah semi-D tidak terjual 1.6% kediaman kos rendah tidak terjual. Projek dalam pembinaan dan belum terjual adalah 74,230 unit! Kediaman paling banyak tidak terjual dari harga RM500k-RM700k dengan jumlah overhang 4,144 unit . 4. PEMAJU SEMAKIN TERTEKAN .

Simpanan vs Pelaburan

Image
Salah satu cara kau nak jadi tenang dan berani untuk mula melabur dan uruskan kewangan adalah dengan wujudkan dana kecemasan sama dengan 6 bulan gaji kau. Maksudnya kalau kau bergaji RM2,000 kau kena ada simpanan kecemasan RM12,000. Kalau kau bergaji RM3,000 kau kena ada simpanan kecemasan RM18,000. Lagi satu, nak melabur jangan berhutang dengan kawan, keluarga atau personal loan. Melabur belum tentu untung, tapi hutang itu sudah pasti ada untuk kau bayar. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal

Duit KWSP perlu difaraid

Image
“Akak tak risau sangat kalau suami dah takda nanti. Sebab dia dah letak akak sebagai penama KWSP. Dalam KWSP dia ada RM100,000 juga lah.” “Eh kak, penama KWSP bukan pemilik mutlak kak. Akak cuma orang yang dinamakan untuk tolong uruskan duit KWSP tu nanti.” “Habis tu, siapa yang akan dapat duit tu?” 😰Terkejut akak tu. “Hak akak 1/8 saja. Kalau 1/8 daripada RM100,000 cuma RM12,500. Tak banyak pun kak. Sebulan dua habis dah.” “Sikit sangat tu. Biar betul kau ni. So, yang selebihnya dapat kat siapa pula?” “Duit tu semua akan bahagi ikut faraid. Kalau ikut situasi akak, akak dapat RM12,500, ayah mertua akak dapat RM16,666, mak mertua akak dapat RM16,666, anak lelaki akak yang sorang tu dapat RM36,111, anak perempuan akak lagi sorang tu dapat RM18,055. Itu pun bukannya dapat terus duit tu.” “Lama ke urusannya?” “Biasa ambil masa bertahun-tahun jugalah baru setel. Itu pun depend kepada kerjasama daripada semua ahli waris faraid tu.” “Betul lama tu. Macam mana anak nak survive dengan anak-an

Recruitment On

Image
RECRUITMENT ON ✔️ Alhamdulillah bertambah lagi new fighter. Selepas kita buat full presentation, nampak hala tuju dalam bisnes ni terus buat keputusan nak join. AIA akan ajar macam mana nak buat, akan fokus kepada strategi macam mana boleh terus buat sales takaful dalam masa 3 bulan selepas join. Tools marketing & training AIA sediakan.  Kita sama-sama buat sampai jadi! #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Kerja Keras

Image
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia kerja keras untuk mendapat apa yang diinginkan. Work hard for it! #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Malu dengan diri kita

Image
Salam Jumaat... Melihat foto ini, kita harus rasa malu dengan diri sendiri. "Saya tak mampu beli, rumah semua mahal". Sambil lepaskan asap rokok keudara. Membeli rumah bukan bermula dengan gaji yang besar. Ia harus bermula dengan usaha yang besar. Kita juga perlukan pengorbanan yang besar. + Kurangkan beli kereta besar + Percutian besar + Makan besar + Jumlah isteri besar Semua orang yang pernah beli rumah ini pernah berkorban. Banyak pengorbanan orang kecil tak berdaya, berusaha melawan kemiskinan dengan terbatasnya cara. Apa pengorbanan kita kawan? #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Bila Hanya Suami Yang Bekerja

Image
BILA HANYA SUAMI YANG BEKERJA?  Bila kita hanya suri rumah tangga jelita, dan suami jadi tunjang utama keluarga.  1. Mintak suami ambil perlindungan pendapatan/ hibah. Tidak besar kecil pun tak mengapa.  Berapa jumlah perlindungan?  Gaji Suami x 12 x 10= Jumlah Perlindungan.  Jika tak mampu, cari yang boleh beri perlindungan RM50,000. Sebulan boleh dapat RM50-100 mengikut umur suami.  2. Duit yang suami beri belajar belajar simpan. Waktu sesak akan muncul juga nanti.  3. Jangan khianat duit suami dengan beri pada orang yang suami tak suka dan benci.  4. Belajar cipta wang sendiri bagi perlindungan diri. Ada macam macam platform jualan online hari ini.  5. Kurangkan baca gosip murahan. Baca bacaan membina bawa yang  kehadapan.  6. Tulis setiap wang yang dibelanjakan, walaupun beli bawang 5 biji sahaja. Biar suami yakin usaha kita 7. Buat satu pelan matlamat kewangan,  lepas kahwin tahun berapa nak ada rumah pertama.  8. Pesan suami untuk ada Hibah perlindungan buat keluarga selalu takut

Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB

Image
1. Kecil atau besar dividen yang diumumkan, bukanlah keutamaan. ia lebih baik bila kita telah ada kesedaran menyimpan dan melabur berbanding orang lain.  "Kesedaran itu tak semua orang ada kawan" 2. Dari 72% penyimpan ASB, mereka hanya ada purata simpanan RM536 sahaja!. Anda yang ada lebih itu bermakna anda lebih baik dari mereka. 3. Data tahun 2015 menyatakan purata penyimpan ASB hanyalah berjumlah RM16,000 sahaja.  4. Dalam masa yang sama hanya 0.2% pelabur ASB ada simpanan RM745,038 didalamnya. Jika anda antara mereka maka anda lebih sejahtera berbanding orang lain.  5. Perlukah teruskan pelaburan ASB? Teruskan melabur jika kita belum mahir dalam meniaga, saham, hartanah, emas kerana ASB lah instrument yang paling rendah risikonya. Dah mahir melabur baru cari atau bahagikan dalam instrument lain ya. 6. Perlukah buat Pembiayaan ASB? . Bergantung kadar yang diumumkan besok. Jika kadar dividen lebih rendah dari kadar faedah bank mengapa kita perlu buat pembiayaan?. Buat sahaj

Suami Tak Tinggalkan Hibah

Image
“Sorry, akak tak boleh guna duit dalam akaun bank arwah suami akak untuk diri sendiri. Dah jadi harta pusaka. Akak kena minta izin dulu daripada semua waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah tu.” Menangis akak tu.😭 “Tapi dik, dalam akaun bank akak memang tak ada duit langsung. Semua duit dalam akaun bank arwah abang. Habis tu akak nak teruskan hidup macam mana dik?” Memang macam tu. Duit dalam akaun bank arwah akan dibekukan. Duit tu ditahan oleh pihak bank sampai waris dalam kemukakan dokumen berkaitan untuk keluarkan duit tu. “Bolehkah akak tuntut nafkah akak dan anak-anak daripada harta pusaka arwah suami akak, dik?” “Bila suami meninggal dunia, kewajipan untuk suami bagi nafkah tu dah terhenti kak. Tapi, kalau masa hidupnya dia tak bagi nafkah kat akak, akak boleh tuntut nafkah tertunggak tu di Mahkamah Syariah.” 5 SENGSARA ISTERI LEPAS KEMATIAN SUAMI 1. Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri walaupun dia

Suami Tanggung, Isteri Simpan

Image
SUAMI TANGGUNG,  ISTERI SIMPAN 1. Jika pendapatan isi rumah kita RM7,500 sekeluarga dengan anggaran pendapatan suami RM4500 dan Isteri RM3,000. 2. Saya cadangkan, suami tanggung perbelanjaan keluarga. Apa sahaja yang BELANJA HANGUS dan sumbangan dibawah batu jelamang suami.  3. Apa sahaja yang melibatkan SIMPANAN dan PELABURAN atas mahkota isteri. 4. Suami tanggung semua perbelanjaan dapur,  kereta,  anak,  isteri, ibubapa dan zakat.  Bagaimana kita bahagikan Gaji Suami.  1. 15% Kereta RM675 2. 5% Ibubapa RM225 3. 2.5% Zakat Pendapatan  4. 35% Rumah RM1575 5. 42.5% Perbelanjaan RM1912. 5. Bagi isteri manfaatkan pendapatan itu untuk Perlindungan dan Pelaburan.  6. Ambil 10%  takaful utamakan perlindungan pendapatan buat keluarga dari kad perubatan jika kita tak mampu.  7. Simpanan untuk keluarga dan anak mohon ihsan isteri yang simpankan.  8. Jika susah sangat nak menyimpan,  ambil pembiayaan ASBi sebagai simpanan paksa. Dengan pembiayaan RM1100 sebulan boleh dapat sekitar RM13500 setah

Wang & Rakyat Kita

Image
WANG DAN RAKYAT KITA Data Bank Negara Malaysia 2016 dalam buku The Colour Of Inerquality menyatakan: 1. Hanya 1 dari 10 orang rakyat kita mampu bertahan lebih 6 bulan jika hilang pekerjaan.  . 2. Hanya 1 dari 5 pemegang akaun KWSP memiliki simpanan kurang dari RM10,000. Jika perbelanjaan RM1,000 sebulan mereka hanya mampu bertahan hingga 10 bulan sahaja.  . 3. Jika bersara pada usia 55, mereka akan hidup lagi 20 tahun tanpa sebarang simpanan. (Purata usia 75 tahun)  . 4. Laporan ASB 2015 menyatakan 72% pelabur ASB hanya ada simpanan purata RM536 sahaja!  . 5. Jurang kekayaan antara yang kaya dan miskin masih tinggi dan kekal seperti 20 tahun lalu!  . 6. Jurang pendapatan antara desa dan bandar dari tahun 1970 adalah RM214 kepada RM3,002 pada tahun 2014! . 7. Jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya jika tahun 1970 adalah RM659 sebulan tetapi kini RM11,768 sebulan!  . 8. Separuh dari keseluruhan pekerja di Malaysia masih memperolehi pendapatan RM1,600 sebulan pada tahun 2015. B

Stop Cipta Alasan, Start Cari Jalan

Image
Kalau kau gaji kecil dan selalu pilih Sabtu dan Ahad untuk berehat, jangan pernah mengeluh hidup kau asyik susah dan merana. Jangan pula kau kecam orang lain yang kerja keras pagi petang siang malam. Itu hidup mereka, usaha mereka dan duit mereka. Satu hari nanti mereka takkan susah lagi. Mungkin ambil masa setahun, lima tahun, sepuluh tahun, itu rahsia Tuhan. Jangan perlekeh. Kau pula boleh terus berehat di rumah dan tak perlu ubah apa-apa. Guna duit mana yang ada, tak cukup duit boleh pinjam sini sana. Kawan, jom kita semua cepat-cepat ubah mindset lama, daripada tak malu menerima kepada mindset excited nak selalu memberi. "Saya tak nak cuma ada duit cukup-cukup makan sebab saya tak nak jadi penerima. Saya nak jadi kaya, sebab nak banyak memberi." Tahniah kepada anda yang kerja Sabtu Ahad untuk ubah masa depan hidup jadi lebih baik. Picit-picit fon pun boleh buat duit ribu-ribu.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal