Posts

Showing posts from February 7, 2021

Top Producer & Top Cases AIA Public Takaful

Image

Hustle bro!

Image
Kalau kau gaji kecil dan selalu pilih Sabtu dan Ahad untuk berehat, jangan pernah mengeluh hidup kau asyik susah dan merana. Jangan pula kau kecam orang lain yang kerja keras pagi petang siang malam. Itu hidup mereka, usaha mereka dan duit mereka. Satu hari nanti mereka takkan susah lagi. Mungkin ambil masa setahun, lima tahun, sepuluh tahun, itu rahsia Tuhan. Jangan perlekeh. Kau pula boleh terus berehat di rumah dan tak perlu ubah apa-apa. Guna duit mana yang ada, tak cukup duit boleh pinjam sini sana. Kawan, jom kita semua cepat-cepat ubah mindset lama, daripada tak malu menerima kepada mindset excited nak selalu memberi. "Saya tak nak cuma ada duit cukup-cukup makan sebab saya tak nak jadi penerima. Saya nak jadi kaya, sebab nak banyak memberi." Tahniah kepada anda yang kerja Sabtu Ahad untuk ubah masa depan hidup jadi lebih baik. Picit-picit fon pun boleh buat duit ribu-ribu.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal

Ambil Takaful Semasa Muda dan Sihat

Image
Sejak akhir-akhir ini banyak dapat beberapa prospek yang dah ada masalah kesihatan.  Bila nak ambil hibah atau medical card, sakit yang sedia ada perlu declare dan takaful tak cover untuk sakit yang sedia ada. Ada jumpa, si suami dah ada cancer di usia 20an. Ada yang sakit kencing manis dan slip dics di usia 40an. Ada yang ada sakit gaut di usia 20an dan lain-lain lagi. Apa maksudnya di sini? Sakit tak mengenal usia muda atau tua. Jangan kita beranggapan, "Oh, aku masih muda dan sihat lagi. Tak perlu lah ambil takaful ni. Takkan nak dapat cancer" Kita tak tahu dugaan yang datang. Dugaan bukan sahaja dari wang ringgit dan kerjaya. Dugaan hubungan, kesihatan dan lain-lain. Jadi ambillah takaful masa masih muda dan sihat. Health is Wealth!  Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #AIAHibah  #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Afiqah Nabilah

Hibah Bajet RM50?

Image
"Encik Aznil, saya berminat nak ambik hibah ni. Tapi budget saya tak banyak dalam RM50. Boleh dapat tak? “  Lepas dapatkan details diri (jantina, tarikh lahir, pekerjaan dan smoke/tak smoke),  Perempuan, Umur 28, executive dan tak smoke. Hibah RM50K, bulanan RM29.68 je. Sekiranya meninggal : penama hibah akan dapat pampasan RM50K Sekiranya cacat kekal : pemilik polisi akan dapat pampasan RM50K Cash value pada umur 70 : RM7K (anggaran)  Dari umur 28 tahun ke 70 tahun, ada 40 tahun masa kita ada perlindungan. RM29 sebulan x 40tahun (480bulan) = RM13,920 (jumlah modal yang keluar). Nampak tak perbezaan kat situ. Hibah RM50K, modal RM13k+. Berbaloi atau tak di situ?  Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAHibah #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

It Will Come

Image
Don’t be afraid to go out of your comfort zone! ------------------ Leave a like to attract things you want! #AIATakaful #AIAAznilAzmi #1hari1ilmu Credit : Wealth

Nisbah Hutang

Image
"Bang, macam mana nak kira hutang kita nie?" "Baik, ambil kertas, kita tulis semua hutang dan ansuran bulanan kita ya sayang" "Duit Coway, duit kutu, bayar tepaware semua masuk sekali ker bang?" "Tulis sahaja sayang, kita nak tengok julat belanja kita sihat tak? "Baik abang ensem macam Nepal" "Ok gaji abang RM3200 sebulan, sayang RM1800 sebulan kan?" "betul abang Nepal ku sayang" "Ok semua ansuran bulanan kita RM1700 bahagikan dengan pendapatan isi rumah kita RM5000. Jadi kita dapat 0.34 sahaja" "Wah kita NORMAL! boleh ada anak lagi yeahhhhhaaa!" Sahabat yang mulia,  Pegang tangan isteri ambil kertas dan kira bersama penuh cinta pagi ini ya.  Ansuran bulanan bahagikan dengan pendapatan isi rumah kita atau gaji kita .  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad

Bila Suami Tak Minat Berhibah

Image
BILA SUAMI TAK MINAT BERHIBAH?  1. Bencana kewangan buat wanita bermula bila suami meninggal, penceraian berlaku, ketua keluarga kemalangan, masalah kesihatan melanda atau ada hati dengan gadis jelita Alya  2. Jangan bergantung pada suami sepenuhnya hidup ini. Buat simpanan sendiri. Jika suami tiada kesedaran kewangan,  jangan kongsi berapa simpanan yang kita ada.  3. Mula belajar beli aset pelaburan seperti emas dan hartanah. Saya adakan kampen 'Gadis Bistari Ada Rumah Sendiri'. Beli sebuah rumah kecil sahaja dan bermula.  4. Ambil perlindungan diri, jika bencana datang pada diri dan suami ada takaful melindungi.  5. Jadi Gabenor Kewangan Keluarga, urus kewangan keluarga dengan baik. Wujudkan Tabung Simpanan,  Tabung Pelaburan dan Tabung Perlindungan.  6. Jangan utamakan tabungan pendidikan anak hingga lupa dana persaraan diri sendiri.  7. Bab duit jangan beremosi, suami nak pinjam duit suruh buat Pinjaman Peribadi mohon hindari diri. Jangan buat hutang kerana Terlalu Sayang! 

Menyertai, Mempromosi, Menerima Polisi/ Pampasan Insurans Konvensional

Image
MENYERTAI POLISI INSURANS KONVENSIONAL: MEMPROMOSI INSURANS KONVENSIONAL: MENERIMA PAMPASAN INSURAN KONVENSIONAL . HALAL ATAU HARAM ?? . Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah HARAM! . . Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT.  [1] Rasulullah SAW bersabda; وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2]  رواه الطبران

Agent Takaful

Image
“That F**Kin’ Nobody Is John Wick.  He Was Once An Associate Of Ours.  They Call Him... Baba Yaga.” #AgentAIA #moveinsilence

Kau Tak Pernah Lelah

Image
Ditempat saya hujan lebat sejak petang tadi. Bagi yang ada duit, ada kerja. Tidur mereka pasti lena malam ini. Bagi yang dibuang kerja, gaji dipotong tanpa sisa. Pastinya hujan ini tiada makna. Ada bapa yang malamnya semakin sunyi. Matanya hanya terpejam, tetapi otaknya tetap berjalan. "Mana nak cari duit buat makan mereka besok hari?". Maka jadi anak yang belajar, belajarlah bersungguh sungguh. Bila kita jadi isteri, jangan tambah resah suami. Doakan buat mereka murah rezeki dan tabah hadapi ujian ini. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Menyesal Tak Ambil Medical Card

Image
Beberapa bulan lepas, saya ada tawarkan seorang wanita ini untuk anaknya satu pakej medikal yang mempunyai hibah, medikal dan juga simpanan. Mungkin faktor harga bagi pakej tersebut yang bernilai RM 180.00 dengan dengan perlindungan perubatan RM 100,000.00 dan hibah RM 50,000.00 untuk kematian dan juga 39 jenis penyakit kritikal. Jadi dia menolak. "Kau ni dik, bagi akak mahal mahal, pastu kau yang kaya raya. Bagi murah murah lah". Pedih juga dengar. Takpa, memang adat resam perunding takaful begini. Kemudian aku tawarkan pakej perubatan sahaja yang bernilai RM 76.00. Pun ditolak kerana tiada hibah dan simpanan. Tak mengapalah. Aku anggap puan ini tidak berminat dan bukan juga rezeki aku.  Petang semalam wanita ini menghantar kiriman "whatsapp". Ralat betul aku baca. Ya Allah, ralat betul hati ni. Saya rasa sangat kesal sebab tak dapat nak bantu akak ni masa dia betul betul memerlukan. Sebenarnya, dari amaun yang dibayar setiap bulan itu, tak membuatkan saya kaya pun

Client Baru Umur 23 Tahun Sign Up Medical Card Sendiri

Image
Alhamdulillah. Saya berjaya deliver policy kepada client. Daripada stranger di fb kepada client. Client muda lagi baru 23 tahun. Client sign up medical card untuk diri dan juga wife. In Shaa Allah nanti client juga berminat untuk buat hibah untuk isteri. Bagi client benda ni penting sebab kita tak tahu apa-apa yang akan terjadi masa akan datang. Apa-apa yang terjadi kita dah ada perlindungan untuk medical dan juga pampasan. Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan medical card atau hibah. Boleh pm saya. Kita boleh buat quotation percuma, yang nak berjumpa kita boleh set appointment. Untuk yang takut nak jumpa sebab covid kita juga boleh buat remote signature melalui call atau video call. Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #AIAMedicalCard #AIAHibah #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Mengurus Gaji

Image
Kepada kawan-kawan yang dapat gaji pada hujung bulan ni.  Hati hati dengan menguruskan gaji kita. Bukan sikit yang berlaku begini, hampir semua dari kita. Sedikit panduan buat kita bersama. 1. Jika nak buat hutang, pastikan hutang tak sampai 40% dari gaji yang kita terima. 2. Jika gaji RM3,000, pastikan hutang hutang kita hanya sekitar RM1200 sahaja. Jangan lebih! 3. Dalam 40% itu (RM1200) termasuklah hutang PTPTN, hutang peribadi, hutang budi dan hutang motor. 4. Jika gaji bawah RM3,000, elakkan beli kereta dulu. Jika bujang, masih boleh ushakan naik motor sahaja. 5. Lagi 10% -25% buatlah simpanan tetap. Simpan dan lupakan saja. 6. Baki gaji antara 50%-35% barulah gunakan untuk belanja kehidupan kita.  7. Paling penting, jangan lupa 2 benda. Bayar zakat pendapatan 2.5% dan sumbangan ibubapa jangan kurang dari 5% gaji kita.  Jika gaji RM3000, untuk ibubapa paling minimum RM150 sebulan. "Kau sembang dalam fb memang la senang". Selain dari kita rancang pendapatan ini dik. Abang

Jagalah Solat

Image
Setiap malam hujan sekarang ini. Ada yang bahagia dengan hujan ini, ada yang risau dan sedih. Semua ada kebaikkannya, bergantung bagaimana kita melihat. Tugas kita maksimumkan usaha. Soal rezeki itu kuasa yang maha esa.  Bila kita lelah dan tak tahu ingin bermula dimana. Mulalah dengan menjaga solat kita dengan baik. Pastinya hidup kita akan semakin baik. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Tips Pilih Takaful

Image
TIPS PILIH TAKAFUL 1. Jika usia kita bawah 30 tahun, manfaatkan RM50 sebulan untuk perlindungan diri sekitar RM100,000. 2. Bagi usia 40 tahun kebawah, peruntukan sekitar RM100-RM150 sebulan untuk perlindungan. 3. Jika usia 50 tahun kebawah, biasanya peruntukan takaful sekitar RM300 sebulan. 4. Fokus pada PERLINDUNGAN DIRI dulu bukan KAD PERUBATAN. 5. Tanda aras yang sihat buat takaful adalah 5%-7% dari gaji kita sahaja. 6. Jangan ambil pelan SIMPANAN. 7. Jangan ambil pelan PELABURAN juga.  8. Ambil kad perubatan bila ada lebihan wang atau tiada perlindungan dari majikan. 9. Mulakan dengan Perlindungan Asas dulu. Gaji x 12 = Jumlah PERLINDUNGAN. 10. Bila dah mampu, lindungi pendapatan kita dengan Gaji x 12 x 10= Jumlah PERLINDUNGAN PENDAPATAN. Seterusnya, baru boleh upgrade untuk takaful pelan simpanan dan pelaburan.  Paling minimum adalah RM100,000 sahaja. Semakin awal bermula, semakin baik. Gegadis suka lelaki yang 'melindungi' hidup mereka, mereka rasa selamat dan bahagia. 😋

Perbezaan Belanja Ikut Usia 20an dan 30an

Image
"Menyesal juga aku tak menyimpan waktu muda dulu" "Alah, hidup ini untuk dinikmati. Menyesal pun dah tak guna dah sekarang" "Kena ada sesalan juga, baru kita boleh baiki hidup" "Betul, tapi orang kampung aku kata 'move on jer lah' buat apa nak dikenang dah." "Betullah tu, tapi aku belajar sesuatu. Kawan nak pinjam kali kedua dan tak bayar,  jadi jangan bagi dah"! "Woi! mengata aku ker?" "Bila nak bayar duit beli I-phone 15 haritu?" Kawan kawan yang mulia,  Hidup ini adalah guru yang paling baik, ia mengajarkan kita tentang pengalaman hidup. Ia tidak pernah berbohong tetapi pengajarannya tentang hidup boleh melukan hati kita.  Kita sakit, ditipu, hilang duit, ditinggalkan itulah pengalaman hidup paling berkesan dari belajar disekolah sekolah.  Usia semakin senja, belajarlah menabung dan melabur duit yang ada. Penyesalan tidak mengubah apa apa jika tiada tindakan bersama. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsi

Sebab Selalunya Suami Letak Isteri Sebagai Penerima Hibah Takaful

Image
6 𝑺𝑬𝑩𝑨𝑩 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑳𝑼𝑵𝒀𝑨 𝑺𝑼𝑨𝑴𝑰 𝑳𝑬𝑻𝑨𝑲 𝑰𝑺𝑻𝑬𝑹𝑰 𝑺𝑬𝑩𝑨𝑮𝑨𝑰 𝑷𝑬𝑵𝑬𝑹𝑰𝑴𝑨 𝑯𝑰𝑩𝑨𝑯 𝑻𝑨𝑲𝑨𝑭𝑼𝑳 1. Isteri bergantung sepenuhnya pendapatan suami ketika suami hidup, hibah takaful sebagai ganti pendapatan suami yang hilang.  2. Suami mahu isteri mempunyai wang tunai sementara harta pusaka dicairkan dan isteri boleh membayar bahagian waris lain untuk harta pusaka jadi hak isteri sepenuhnya contoh rumah.  3. Bahagian faraid yang diterima 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 adalah 𝟏/𝟖 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 jadi suami mahu isteri dapat lebih harta kerana isteri yang akan mengambil alih sepenuhnya peranan membesarkan anak.  4. Suami belum memiliki harta jadi dengan hibah takaful memastikan isteri memiliki harta seperti rumah dengan wang hibah takaful yang dituntut. 5. Semua sebab diatas adalah tanda kasih sayang, cinta dan penghargaan suami buat isteri. 6. Supaya pendidikan anak-anak dan kebajikan anak-anak terjaga. Hadiah idaman anak-anak & balu untuk meneruskan kehidupan sehari

Simpanan Bagi Masa Depan

Image
Betul, tetapi bukan bermakna kita tak boleh menyimpan.  1. Simpan 10% dari gaji setiap bulan. Jika masih bujang usahakan 25%-30% simpanan 2. Jangan lupa ambil perlindungan takaful paling rendah RM50-80 sebulan dah cukup.  3. Jangan beli kereta dulu apa alasan sekali pun. Dengan gaji RM1700 beli kereta satu kesalahan besar kewangan kita.  4. Jangan terlalu jadi lilin yang membakar diri. Belajar hargai diri sendiri juga. Bila susah nanti  apa simpanan kita ada?  Belajar untuk berkata TIDAK dalam hidup ini.  Tadbir hidup dengan baik bukan berserah pada takdir semata mata kawan. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

What Coffee Can I Get For You?

Image
Hi. What coffee can I get for you?  #barista #coffeedate #sa40k

Mencari Rezeki

Image
Salam Jumaat... Singgah solat semalam saya nampak mereka juga solat disini. Selain sibuk menghantar makanan, mereka juga menghantar doa buat pencipta agar hidup mereka juga sempurna nantinya. Kita yang rezeki lebih baik ini, Hormati mereka, hargai mereka dan bersyukurlah apa yang kita ada. Belajar lihat kehidupan orang yang lebih rendah dari kita. Kata Imam Shafie, Kebaikan itu ada di lima perkara :  1. Kekayaan hati 2. Bersabar atas kehinaan orang lain, 3. Mencari rezeki yang halal 4. Taqwa 5. Yakin akan janji Allah SWT. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad.

Covid-19 Punca Kelembapan Ekonomi?

Image
Apa yang kita boleh lakukan diwaktu ekonomi tidak baik.  1. Jangan buat hutang baru, bayar dan selesaikan hutang yang sedia ada. 2. Jangan beli hartanah yang 'mahal'. Hartanah tetap ada median price. 3. Akan muncul banyak skim cepat kaya. Jangan mudah terlibat saja. 4. Simpanan kecemasan mesti ada 6 bulan gaji. Jika gaji RM3000 x 6 = RM18,000 simpan dalam ASB atau Tabung Haji. 5. Jangan selalu makan diluar, masak makan dirumah lebih baik. 6. Jangan cuba tukar kereta baru dulu, cuba tahan nafsu selagi mampu. 7. Jangan pindah kemajikan baru. Peluang di berhentikan tinggi sebab baru kerja. 8. Jual atau buang benda yang bebankan hidup. Jika tak guna baik jual saja. 9. Banyakkan simpanan, akan ada hartanah yang dijual oleh penjual terdesak yang nak lepaskan hutang. 10. Senaraikan apa aset dan liabiliti yang kita ada. Buang liabiliti yang susahkan hidup kita. 11. Usaha, belajar dan jangan putus asa untuk jana pendaaptan tambahan.  12. Lindungi keluarga dengan takaful atau kad perubat

Masalah Kewangan Di Usia 20,30,40 Dan 50-an

Image
"Aku rasa terlambat la nak menabung untuk bersara nie Daniel" "Tak mengapa, kalau kau rasa terlambat. Mulakan lebih menyimpan mulai bulan ini. Gandakan simpanan yang ada" "Menyesal aku tak mula awal dulu, kau dah ada juga beberapa rumah sewa" "Dah jangan kenang, yang penting tiada istilah terlambat kalau kau nak usaha" "Ajarkan aku sikit macam mana boleh ada banyak rumah sewa nie" "Semuanya bermula dengan belajar, menabung dan tahan nafsu. Itu sahaja, boleh kawal itu insyallah boleh kawal dunia" "Oh ya, nie dah boleh keluar KWSP nie aku nak keluar beli kereta yang selesa sikit aku ingat. Nak juga merasa bro" "Gulp..." Kawan kawan yang mulia,  Jangan pernah rasa terlambat untuk memulakan apa sahaja. Selagi ada pendapatan mulakan sahaja, jangan sampai hilang pendapatan baru nak menyesal dah tak guna. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Kisah Mengenai Hibah Takaful

Image
KALAU ANDA SEORANG ISTERI,SILA BACA CERITA AKAK NIE!!!! HIBAH TAKAFUL Bagi tau Suami anda sediakan hibah serendah Rm1.60/hari. Berminat nak tahu lebih details boleh call/whatsapp di 01137274820. Boleh juga klik link whatsapp di bawah👇 wasap.my/601137274820/HibahTakaful #AIATakaful #AIAAznilAzmi #AIAHibah #KongsiKongsiAIA

Doa Pembuka Rezeki

Image
Assalamualaikum & Selamat pagi🌥 Doa Pembuka Rezeki  رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ Bermaksud: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Surah al-Qasas: 24) Amin.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Berapa Belanja Rumahtangga Kita?

Image
BERAPA BELANJA RUMAH TANGGA?  1. Jika gaji suami sebulan RM3500 dan gaji isteri RM2000 maka jumlah pendapatan isi rumah adalah RM5500. 2. Jika tugas suami bayar rumah setiap bulan RM1500 dan tugas isteri bayar Myvi RM450 sebulan. Jumlah hutang RM1950 sahaja.  3. Jika kos belanja dapur,  keperluan keluarga sebulan RM2,500 sebulan dan simpanan bulanan RM550. 4. Jika tiba tiba suami meninggal,  keluarga ini hilang sumber pendapatan RM3500 sebulan. Boleh menangis isteri yang kena tinggal.  5. Perbelanjaan isteri yang baru ini adalah RM2000 (gaji) - RM450 (kereta) - RM2500 = -RM950. Keluarga ini kekurangan wang RM950 sebulan!.  Hutang rumah dilindungi takaful 6. Minta suami ambil Perlindungan Pendapatan atau bahasa Jawanya 'Income Protection' sebanyak ini RM950 x 12 / 0.05 = RM228,000. Ansuran bulanan minimum ada serendah RM62 (Hubungi agen takaful kacak & sado iaitu saya 😎) 7. Hibahkan atas nama isteri duit ini. Bila suami meninggal atau ditimpa bencana, duit ini isteri terima

Bill Gates

Image
Kadang-kadang ketika kau berada di peringkat awal sesuatu bisnes. Kau mesti bekerja lama, berjam-jam. Itulah sebabnya Bill Gates mendorong dirinya begitu keras pada umur 20an dan awal tiga puluhan di Microsoft.  Bill Gates menjadi salah satu workaholics paling terkenal di bidang teknologi. "Saya tidak pernah mengambil cuti pada usia dua puluhan.  Tidak sekali pun, ”kata jutawan teknologi itu. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : @wealth               Sheila McClear (theladders.com)

Zaman Dahulu & Zaman Sekarang

Image
Salam Jumaat... Zaman kecil dulu kami jarang makan ayam. Ayam hanya ditangkap waktu raya puasa,  raya haji atau sembuh dari demam sahaja.  Waktu itu tauke cina akan datang bawa penimbang dan raga atas moto begini.  Kami bela ayam,  tapi tak makan ayam. Kami hanya kutip dan makan telur ayam saja.  Ayam ini makanan elit waktu itu. Bila ada kawan sekolah bawa bekal lauk ayam, dia biasanya anak tauke kedai makan.  Zaman kami hanya makan ikan kembong atau sardin saja. Goreng bagi garing buat sambal bawang. Makan ikan itu setiap hari.  Hari ini yang murah itu ayam,  sekilo RM5.99 di Tesco. Yang mahal itu ikan kembong sekilo RM16.00. Kawan kawan yang mulia, Zaman dah berubah, cara menabung, berfikir, berkahwin, melabur, menyimpan dan politik semua kena ubah. Jangan ikut zaman ikan kembong masih murah.  Zaman itu ada rumah murah,  zaman sekarang tengok harga rumah pun nak marah.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Scammer

Image
Waktu pandemik dan susah begini, ramai orang suka ambil kesempatan dan takutkan orang. Apatah lagi ramai orang tak mampu bayar hutang, mereka takut takutkan orang dengan perkataan saman, waran, mahkamah, VSS , bankrap, beku akaun bank, sita, penjualan, polis dan sebagainya. Bahasa dan ayat ini dicipta untuk menimbulkan rasa gerun, takut, bersalah, panik, gelabah secara serentak. Bila semua perasaan itu hadir, kita mula buat tindakan tidak rasional dan bodoh. Ya, tindakan bodoh! Sebab itu kita selalu terkejut bila ada orang kena scam. "Takkan la itu pun tak boleh agak". "La, dah selalu orang kena tipu. Kau pun kena?" "Senang sangat kena tipu". Kawan kawan yang mulia, Ramai orang kena tipu bukan sebab mereka bodoh sangat. Tetapi emosi mereka terpancing dengan perasaan takut, bersalah dan panik ini. Perkataan perkataan ini memang dipilih dalam setiap kata kata mereka, pesanan ringkas untuk pancing rasa bimbang dan takut. Maka ingat pesanan ini kawan, Siapa sa

Pos Polisi Ke Client

Image
Alhamdulillah beberapa polisi takaful client dah dipos. Terima kasih banyak kepada sahabat saya iaitu Kuhaqimi A. Rasid, Personal Bankers Ambank kerana memberi kepercayaan untuk takaful medical card beliau. Proses dilakukan dengan hanya menggunakan online dan juga call sahaja. Sesiapa area Melaka yang berminat untuk pinjaman perumahan, asb financing, personal loan dan banyak lagi. Boleh contact beliau. Terima kasih juga kepada client yang lain dari Melaka, Terengganu,, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Pulau Pinang dan dikatakan hampir semua negeri. "Agent jauh takpe ke?"  Takde masalah. System AIA dah maju, ada apps, website semuanya online je sekarang. Dengan situasi Covid-19 sekarang mungkin ramai yang risau. Tiada masalah kerana semua boleh dilakukan melalui online sahaja tanpa perlu berjumpa. Paling penting adalah kita boleh membantu client.  Seronok bila dapat bantu ramai orang ada perlindungan diri, keluarga dan rumah juga. Takaful bukan hanya ada perlindungan medical car

Doa Pagi Hari

Image
Pagi adalah permulawan hari.  Islam bagi perhatian khusus pada waktu pagi hari ini. Doa adalah permulaan awal yang baik untuk membuka hari di waktu pagi. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Jom Dakwah

Kenapa Perempuan Dapat Sedikit?

Image
KENAPA PEREMPUAN DAPAT SEDIKIT? “Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah Allah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain. Kerana bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang diusahakan, dan perempuan pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan”. Sebelum kedatangan Islam, perempuan dinafikan hak dari mewarisi harta pusaka. Perempuan tidak dapat mewarisi harta dari suaminya atau bapanya yang telah meninggal dunia. Ini kerana mereka beranggapan perempuan merupakan kaum yang lemah dan tidak boleh memegang harta. Namun, kedatangan Islam mengangkat darjat seorang perempuan melalui pembahagian harta mengikut  faraid. Perempuan juga berhak mendapat pusaka dari bapa atau suaminya yang meninggal dunia. Faraid sebenarnya cukup sempurna jika diamalkan dengan cara yang betul. Malangnya pada zaman sekarang ramai yang datang mengambil hak faraid tetapi tidak memahami dengan jelas bahawa mereka juga perlu ambil dengan tanggungjawab. Mereka lupa faraid data

Secret Life

Image
Dalam hidup ini perlu ada 'secret life' untuk diri kita dan keluarga. Tidak perlu cerita atau pamer apa yang kita ada. Jika kita buat untuk Tuhan Yang Maha Esa, maka biarkan kita dan Dia sahaja yang tahu. Stay silent dan berbuatlah kebaikan berterusan. Nak buat Takaful? Klik link di bawah 👇 https://aiapublictakafulmy.wasap.my #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad