Berhenti minum starbucks?




Berhenti minum Starbucks seminggu sekali dalam rutin lifestyle takkan jadikan kau kaya.

RM20 x 4 = RM80
RM80 x 12 = RM960
RM960 x 10 = RM9,600

Iya, memang kau tak kaya pun dengan RM9,600 selepas 10 tahun tak minum Starbucks.

Tapi kau berjaya jimat RM9,600 selama 10 tahun tu.

Cuma, kalau kau memang anggap minum Starbucks tu adalah weekly Self Reward kau, teruskan.

Maka, kau ada pilihan lain untuk tambahkan income. Saya lebih galakkan kau buat yang ni.

Katakan kau cari jalan untuk tambah RM1,000 setiap bulan. Maka, selepas 10 tahun kau dah ada simpanan RM120,000.

Kau Self Reward RM80 dengan Starbucks setiap bulan bila dapat earn extra income RM1,000.

Kau tak dapat jimat RM9,600 tu. Tapi kau dapat jana RM120,000 selepas 10 tahun.

Kekayaan bersih kau selepas 10 tahun adalah RM120,000 - RM9,600 = RM110,400.

Gigih pula saya kirakan. 😅

Benda ni depend kepada pandangan masing-masing. Ada orang anggap Starbucks tu kehendak. Ada juga yang anggap ia keperluan.

Kalau ia keperluan, lebih baik jangan cut, tapi fokus untuk tambah income. Bila income kau bertambah, kau akan feeling better. 

#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu

Credit : Harith Faisal


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko