Bila Gaji Kecil




BILA GAJI KECIL

1. Bajet ini untuk gaji kita yang kecil, kita masih ada pilihan untuk merancang hidup.

2. Bajet ini untuk keluarga kecil yang hanya ada satu anak paling maksimum dan tinggal diluar bandar.

3. Bajet setiap keluarga adalah berbeza bergantung keperluan keluarga kita, ia tak akan sama dengan mana mana keluarga lain.

4. Sebaiknya jangan ada hutang kerana jika ada hutang akan menekan bajet kita. Bahaya jika anda belum mampu menabung dan mula ada hutang.

5. Bagi gaji bawah RM3000 ushakan jangan beli kereta baru dulu jika ada impian beli rumah. Dapat kereta terpakai pun jadilah, jika tidak kita makin susah nak beli rumah.

6. Susah macam manapun tetaplah ada simpanan setiap bulan. Kita tak tahu bila kita akan susah lagi. Jangan merungut sebab bila kita susah orang belum tentu akan bantu kita.

7. Jika belum mampu mengirim yang ke orang tua, bincang baik baik dengan mereka. jangan diamkan sahaja. Tetapi jika kita percayakan keberkatan dan doa ibubapa. Ia tak akan putuskan rezeki kita.

8. Jangan juga taksub dengan matematik dalam perancangan kewangan. Percayalah dengan KEBERKATAN . Semakin kita banyak memberi buat keluarga kita dengan baik dan ikhlas, akan ada rezeki luar biasa menanti kita nantinya.

Aznil Azmi
AIA Life Planner
011-37274820

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu 

Credit :Azizul Azli Ahmad


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

HIDUP SEBAGAI LELAKI