Posts

Showing posts from February 18, 2024

Kekayaan dalam Islam

Image
Salam Jumaat... "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup)." (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak. 2. Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki). 3. Berapa ramai orang kaya yang memilii harta namun sentiasa merasa masih kurang. Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerah Allah. Ia masih terus mencari apa yang belum diraih. Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada. Itu bermakna ia sentiasa miskin kerana ingin mencari dan mencari lagi. 4. An Nawawi berkata: “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah. Semoga kita semua jadi seorang pemilik hati yang sentiasa ka

Ringgit susut ke paras terendah 26 tahun berbanding dolar AS

Image
  Langkah bank pusat China, People's Bank of China (PBOC) menurunkan kadar utama pinjaman melebihi jangkaan pasaran, mendorong mata wang utama, termasuk ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin. Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7975/8000 berbanding dolar AS daripada paras 4.7850/7890, semalam. Mengikut laporan Bloomberg, mata wang tempatan itu susut seketika melepasi 4.8 berbanding dolar AS pada hari ini. Kredit : Astro Awani

JANGAN SEBARANGAN GUNA DANA KECEMASAN

Image
  JANGAN SEBARANGAN GUNA DANA KECEMASAN 1. Kehilangan pekerjaan, guna menampung hidup sampai dapat kerja baru. 2. Menghadapi musibah, bencana alam atau rawatan kesihatan. 3. Peralatan dirumah atau kenderaan rosak perlu dibaiki. 4. Bil yang tinggi dari biasa yang kita tidak jangkakan kadarnya. 5. Alatan bantuan kerja kita rosak seperti telefon atau komputer, susah nak buat kerja tanpanya. 6. Bayaran perubatan yang syarikat Takaful tak tanggung. Semoga kita kekal berdisiplin menyimpan dana kecemasan dan mengunakan dana tersebut untuk hal-hal kecemasan yang sepatutnya. Kredit : Azizul Azli Ahmad

KEMBANGKAN DUIT

Image
KEMBANGKAN DUIT Ada orang dia langsung tak mahu belajar, dia mengharapkan orang untuk gandakan duit yang dia ada. Dia akan mudah terdedah kepada penipuan. Ramai orang terdedah pada penipuan sebab mereka tiada pengetahuan bagaimana duit membiak dan berkembang. Apa yang mereka mahu, duit yang mereka ada harus digandakan. Bagaimana caranya, mereka tidak mahu ambil peduli. Credit : Azizul Azli Ahmad #letsgomakemoney   #growmoney   #newmoney   #oldmoney