Posts

Showing posts from January 28, 2024

HIDUP SEBAGAI LELAKI

Image
HIDUP SEBAGAI LELAKI  Lelaki hidup penuh dengan tanggungjawab. Ada banyak bayaran yang mereka perlu lunaskan. Adakala mereka sampai lupa Dana Persaraan buat diri mereka sendiri. Mereka bergantung sepenuhnya pada KWSP dan pencen sahaja jika ada. Cukup atau tidak, disitu sahaja simpanan yang ada. Biasanya. Tiada dana tambahan buat persaraan mereka. Bantu lelaki, suami dan adik adik ini dengan ingatkan mereka. Mereka semua akan tua dan bersara. Mereka pernah berbakti pada kita. Jangan terlalu banyak meminta minta. Mereka adakalanya terlalu baik hingga lupa buat diri sendiri. Dana persaraan boleh juga : 1. Buka akaun tambahan PRS. 2. Beli tanah 3. Beli beberapa rumah dan sewakan. 4. Beli kedai untuk disewakan. 5. Buat simpanan emas dalam bentuk dinar atau bar. 6. Buat simpanan ASB dan TH untuk dapatkan pulangan dividen bersara nanti. Sayangi diri sendiri. Pesan buat mereka. Credit : Azizul Azli Ahmad  

Nothing You Don't Already Know

Image
You often feel tired, not because you've done too much, but because you've done too little of what sparks a light in you. Many of us spend our working days running from desk to desk, solving urgent but insignificant problems. Our managers are constantly searching for ways to get more out of us.  We’re habitually living in the future, thinking about the next quota to make, the next meeting, the next car to buy, the weekend. We’re constantly trying to get somewhere instead of being where we are. We miss the only moment we ever have access to. The Now. We spend more time at work than with our loved ones. And when we come home, we are busier connecting to our devices than to the people we love. We have become little more than zombies. Yet we wonder, ‘Why am I so tired?’ We figure it’s because we work too much. What if we’re not doing too much, but rather we’re just doing too little of what truly matters? It’s not hard work that exhausts us most, it’s meaningless work that exhausts

RULE OF THUMB MULA KERJA

Image
  RULE OF THUMB MULA KERJA. 1. Cari bilik sewa, jangan sewa sebuah rumah. 2. Belajar naik motor atau kenderaan awam, elakkan beli kereta. 3. Jika perlu kereta, cari yang terpakai atau ikut setahun gaji kita saja. 4. Jangan berkira jadi kuli, kena suruh fotostat, buang sampah, kemas meja buat sahaja. 5. Buka akaun ASB dan Tabung Haji segera. Pastikan caruman KWSP masuk setiap bulan. 6. Kerja untuk cipta pengalaman, bukan gaji semata mata. 7. Belajar skill baru hujung minggu. Hadir kelas atau seminar mana mana yang ada. Belajar online pun tak apa. 8. Usahakan menabung 30%-40% dari gaji, zaman masih bujang belum besar komitmen. 9. Jangan malu buat bekal dari rumah ketempat kerja. Mula kerja gaji kecil, bina pengalaman hidup dulu. Jangan berlumba dengan sesiapa. Credit : Azizul Azli Ahmad

VIRTUAL INFLUENCER

Image
  VIRTUAL INFLUENCER 1. Separuh remaja kata mereka bercita-cita nak jadi influencer. Mereka sudah terlambat. 2. Hari ini, AI telah mewujudkan virtual influencers — watak-watak yang dilahirkan oleh AI dalam pelbagai bidang — sukan, hiburan, pendidikan, ekonomi. 3. Sekiranya anak-anak muda nak ”buat duit” dalam “creator economy,” pastikan mereka kuasai ilmu AI. 4. Virtual influencer yang dilahirkan oleh AI - ini dunia influencer hari ini dan masa depan. Credit : Norizan bin Sharif

Pengarah dijatuhkan hukuman penjara selama 4 minggu dan didenda $57,000 oleh mahkamah Singapura!

Image
Negara Singapura dikejutkan baru-baru ini dengan satu berita menggemparkan melibatkan seorang lelaki bernama Xie Yong. Berumur 37 tahun, beliau merupakan pengarah pelbagai syarikat di Singapura dan jumlahnya bukan sedikit. Menurut laporan, beliau adalah pengarah kepada 980 syarikat dan pada tahun lepas, 18 Disember 2023, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 4 minggu dan didenda $57,000 oleh mahkamah Singapura! Apakah kesalahan yang beliau lakukan? Xie Yong didapati bersalah melakukan aktviti pengubahan wang haram (money laundering). Beliau gagal menjalankan kewajipannya sebagai pengarah dengan penuh amanah. Beliau melakukannya dengan menawarkan khidmat perakauan dan cukai dan membuka akaun bank kepada klien-kliennya yang kebanyakanya berasal dari China. Sebanyak $7.3juta wang haram dilaburkan menerusi syarikat-syarikatnya. Apa kata undang-undang mengenai aktiviti ini? Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Hara