Rancang Hidup Keluarga Kita




RANCANG HIDUP KELUARGA KITA?

1. Jika hidup kita susah, tak mampu sediakan keperluan asas kehidupan buat sebuah keluarga. Anak dah 10 tetapi masih menyewa. 

Berhentilah tambah anak dalam keluarga dulu.

2. Belajar rancang jumlah anak dalam keluarga kita. Jika kita tak mampu sediakan kediaman asas, hadkan jumlah anak yang ada.

3. Jika kita tak mampu sediakan bilik untuk asingkan anak lelaki dan perempuan, kita sebaiknya kawal kadar kelahiran dalam keluarga kita.

4. Kediaman kecil tidak salah, tetapi perlu ada kemudahan asas yang baik dan bersih buat kehidupan asas keluarga.

5. Ada sebuah kenderaan yang selamat buat keluarga kita. Tidak semestinya selesa, selamat lebih utama.

6. Boleh beri pendidikan buat anak anak kita. Ada dana dan mereka tidak meminta dan malu disekolah nanti sebab kesusahan kita.

"Alah dulu lagi susah, boleh sahaja hidup". 

Jangan samakan dulu dengan sekarang, didik anak ikut zamannya. Belajar jadi ibubapa yang bertanggujawab buat sebuah keluarga.

7. Ada pakaian bersih menutup aurat dan sempurna buat anak anak kita. 

8. Mampu didik anak anak kita dan tak biarkan merayap kemana mana hingga jadi fitnah buat agama. Didik mereka dengan agama, bukan sekadar ramai sahaja.

Kawan kawan yang mulia,

Akan ada yang berhujah, "Setiap anak itu ada rezekinya". Sangat benar dan tidak salah.

Tetapi jika dah 10 anak hidup masih susah, rancanglah jumlah kelahiran anak dalam keluarga kita.

Jika suami tak setuju, isteri boleh sahaja merancang dengan baik demi kesihatan dan kehidupan berkeluarga.

Sediakan kemudahan yang baik buat keluarga dan merancanglah untuk jadi keluarga yang baik dan bersedia.

Kekasih yang kita cintai adalah rumah, meski kaki kita melangkah, hati kita tetap tertinggal.Didalamnya ada keluarga tercinta.

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu

Credit : Azizul Azli Ahmad


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko