Posts

Showing posts from September 20, 2020

Resah Graduan 2020

Image
Kalau jumpa kawan-kawan yang fresh graduate, baru mula kerja, cuba ubah soalan daripada “Bila nak beli kereta?” kepada “Bila nak beli rumah?”. Kita ubah budaya kita. Dah diorang asyik dapat soalan macam nak suruh beli kereta cepat-cepat je, itu yang semua angkat kereta dulu tu. Padahal, bukan semua orang perlu beli kereta masa mula bekerja. Balik kampung mak bapak tanya, dating pun awek tanya, melawat rumah kakak ditanya juga, hari raya atuk nenek pula tanya, kawan-kawan pun sibuk menghasut. Bukan susah pun nak beli rumah masa mula-mula dapat kerja. Cuma kena berjimat lah. Korban sikit dalam 2 tahun macam tu. Side income wajiblah kau buat, kan. Gaji bersih RM2,000 dan side income RM1,000 sebulan, kau mesti boleh simpan RM1,500 setiap bulan. Kalau duduk dengan mak bapak lagilah senang. Selepas 2 tahun, dah ada RM1,500 x 24 = RM36,000. Kau guna RM25,000 hingga RM30,000 untuk modal beli rumah harga sekitar RM150,000 hingga RM200,000. Bakinya kau buat sebagai dana kecemasan. Bi

Bila nak beli kereta bro?

Image
Kalau jumpa kawan-kawan yang fresh graduate, baru mula kerja, cuba ubah soalan daripada “Bila nak beli kereta?” kepada “Bila nak beli rumah?”. Kita ubah budaya kita. Dah diorang asyik dapat soalan macam nak suruh beli kereta cepat-cepat je, itu yang semua angkat kereta dulu tu. Padahal, bukan semua orang perlu beli kereta masa mula bekerja. Balik kampung mak bapak tanya, dating pun awek tanya, melawat rumah kakak ditanya juga, hari raya atuk nenek pula tanya, kawan-kawan pun sibuk menghasut. Bukan susah pun nak beli rumah masa mula-mula dapat kerja. Cuma kena berjimat lah. Korban sikit dalam 2 tahun macam tu. Side income wajiblah kau buat, kan. Gaji bersih RM2,000 dan side income RM1,000 sebulan, kau mesti boleh simpan RM1,500 setiap bulan. Kalau duduk dengan mak bapak lagilah senang. Selepas 2 tahun, dah ada RM1,500 x 24 = RM36,000. Kau guna RM25,000 hingga RM30,000 untuk modal beli rumah harga sekitar RM150,000 hingga RM200,000. Bakinya kau buat sebagai dana kecemasan. Bi

Berkawanlah dengan orang yang lebih tua.

Image
Kalau sekarang umur kau masih 20-an, jangan berkawan dengan kawan sebaya saja. Tak berkembang otak kau nanti. Kau kena berkawan dengan orang 30-an dan 40-an juga. Sebab mereka sendiri dah pernah menyesal kahwin grand dengan personal loan, terlambat beli rumah, tersilap langkah beli kereta mahal dan sakit sana sini sebab tak jaga kesihatan. Takkan kau nak ulangi kesilapan yang sama, kan? Tapi ada juga umur 20-an yang bijak bab urus kewangan, bisnes, kesihatan, pelaburan. Cuma kau lah yang kena pandai pilih. Bila kau dalam circle yang betul, kau akan berjaya. Kalau kawan-kawan kau sekarang tak pernah sembang tentang kumpul aset, bisnes, ilmu self-development, akhirat, mungkin kau dah boleh slow-slow tambah kawan yang lebih baik. Kena seimbang. Berkawanlah dengan brader-brader umur 30-an, 40-an, 50-an. Mereka banyak pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan. Dia macam ni, kalau kau nak sangat belajar dari pengalaman sendiri, kau mungkin akan kerugian ribuan, puluhan ribu atau ra

Nafkah kepada wanita yang kematian suami dan anak-anaknya

Image
BACA NI👍🏻 #ilmuuntuksemua ——————————————————————— Di dalam Islam nafkah kepada wanita yang kematian suami dan anak-anaknya selama tempoh edah 4 bulan 10 hari dipertanggungjawabkan ke atas bapa si arwah. Jika bapa si arwah sudah meninggal dunia, maka adik-beradik lelaki si arwah BERTANGGUNGJAWAB memberi nafkah kepada si balu dan anak-anak yatim itu dalam tempoh edah berkenaan.  Pemberian nafkah bukan bermakna sekali datang melawat bagi RM 50. Pemberian nafkah bermaksud pastikan makanan mencukupi untuk si balu dan anak-anaknya selama 4 bulan 10 hari. Rumah dibayar bulanannya kepada pihak bank selama 4 bulan 10 hari. Jika rumah sewa, bapa si arwah dan adik-beradik lelaki si arwah bayar sewa rumah yang diduduki si arwah bersama isterinya itu selama 4 bulan 10 hari. Si balu ada duit minyak kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah. Itu maksud nafkah dalam edah bagi balu yang kematian suami.  Pemberian nafkah kepada balu semasa dalam edah selepas kematian suaminya TI

Tips Bila Gagal Bayar Hutang Kereta

Image
TIPS BILA GAGAL BAYAR KERETA.  1. Kereta masih mendahului carta sebagai 36% punca terbesar golongan muda muflis  2. Bila kita mula tak mampu bayar hutang kereta, sebab kena berhenti kerja atau terlebih gaya.  Jangan Lakukan ini kawan : + Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa. "Tak pa, abang sambung bayar jer kereta hang nie. Jangan risau!". + Sembunyikan daripada pihak bank elak kenderaan ditarik. "Hang balik letak kampung la, depa mana tau kampung hang kat mana!". + Menjual komponen kenderaan dan sebagainya. + Balik kampung, simpan kereta di rumah Tok Long.  + Report kereta hilang atau kena curi.  3. Jika dah masuk bulan ke tiga tak mampu bayar. Bawa kereta dan serahkan kunci pada bank.  4. Bank akan beri tempoh 21 hari untuk kita tuntut kembali. Cari duit, jual tudung, jual mekap mercury dan tuntut kembali.  5. Jika gagal, bank akan mulakan lelongan kereta kita. Jika berjaya bida lebih dari baki hutang. Bank akan bagi baki yan

Kita semua ada zaman kita..

Image
Kita semua ada zaman kita. Jika hari ini kita belum berjaya dan kaya, mungkin belum waktunya. Kita tidak boleh mengubah persekitaran kita, tetapi kita boleh mengubah diri kita. Jadilah lebih baik. Kejayaan akan sampai bila kita mengubah diri menjadi lebih baik.  Ada orang pilih untuk berubah, ada orang merungut dengan perubahan. #aiatakaful #aiaaznilazmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad

Gaji & Rumah Kita

Image
Suami kena sediakan rumah sebagai tempat tinggal untuk isteri. Ini dah memang adalah satu tanggungjawab yang kau tak boleh ngelat. Tak mampu belikan yang besar, yang kecil dah memadai. Tak mampu beli rumah, sewalah dulu. Tapi kalau dapat beli pasti lebih baik. Perempuan, bakal suami sediakan rumah sebelum kahwin, lebih utama daripada kau minta hantaran dan kos majlis sampai RM30,000. Dengan RM30,000 boleh jadi modal beli rumah RM200,000 tau. Orang bergaji RM3,000 pun layak dapat pembiayaan bank. Sebelum kena kecam, baik saya explain siap-siap. Tapi, ada juga orang bergaji RM3,000 tak lepas buat pembiayaan rumah harga tu. Biasanya sebab komitmen tinggi sangat, beli kereta lebih 15% daripada gaji, buat personal loan tak ingat dunia dan tak jaga CCRIS dengan baik. Jadi, mak bapak si perempuan pun kenalah tahu benda ni. Jangan sebab nak nampak gah majlisnya, sampai susahkan bakal menantu. Faham-fahamlah life lepas kahwin, nak honeymoon 5 kali, kos sara hidup pun naik mendadak,