Posts

Showing posts from February 11, 2024

BETUL KE LEBIH BAIK?

Image
BETUL KE LEBIH BAIK? Axia 39,000 Duit muka 11,700 Bulanan 535 3.5%, 5 tahun Civic 144,000 Duit muka 43,200 Bulanan 1,974 3.5%, 5 tahun 1,974 - 535 = 1,439 Banyak juga beza dan lebihan setiap bulan Memang boleh sangat kalau gaji 12k pakai Axia pergi Eropah, makan sedap, minum kopi mahal dan belanja member makan. Tapi kalau dia beli Civic pun apa salahnya. Duit dia, dia punya suka lah. Kalau awak jenis suka jalan-jalan, jumpa orang belanja makan, tak semestinya awak lebih baik dan apa yang awak buat tu paling betul. Mungkin awak beli Axia satu hari drive 40km saja. Tapi dia beli Civic satu hari drive 200km dan setiap hujung minggu dia balik jumpa anak isteri drive 600km pergi balik. Mungkin juga dia jenis makan mesti kat rumah, tak suka travel dan kawan tak ramai. Dia simpan duit sungguh-sungguh kat TH dan UT dan beli kereta yang dia minat, penuhi keperluan dan yang dia mampu bayar. Kita sama-sama chill dan raikan pilihan orang lain. hashtag # betterfinancials hashtag # followyourbudge

HUTANG PERANGKAP?

Image
HUTANG PERANGKAP? 1. Beli Rumah Boleh jadi perangkap jika salah beli, jika kita beli hartanah yang betul. Tidak jadi perangkap. Apa hartanah yang betul? Kadar bayaran sewa, sama dengan kadar bayaran bank beli rumah. Rumah yang tidak makan lebih dari 30% pendapatan gaji kita. Rumah kecil dan sederhana, bukan rumah impian kita. 2. Renovate Rumah dengan Personal Loan -Dah jadi budaya. Sebaiknya kita hentikan. Sekarang masuk rumah baru berlumba renovate rumah bagi cantik, selesa, indah, nak jemput orang datang atau masukkan dalam sosial media. Dulu orang beli rumah, himpun perabot sikit sikit. Janji rumah sendiri dulu. Tak pernah buat hutang untuk renovasi, kecuali dapat duit pencen nanti. 3. Perabot Berhutang. Elakkan sebaiknya, jangan sesekali beli perabot dengan hutang kad kredit. Kadarnya 15-18% dan ada susut nilai perabot lagi. Lari jauh jauh amalan ini. Apa salahnya gaya hidup minimalis, almari baju mak ayah lebih dulu guna untuk kita hidup berdua sahaja dulu. 4. Buat hutang untuk ba

UPAH KERJA KERAS

Image
UPAH KERJA KERAS Upah tukang kerja hari ini sekitar RM150-170 sehari sekarang. Bergantung kawasan dan kemahiran kerja. Jika mereka kerja sebulan dan 4 hari sahaja cuti iaitu Ahad, purata bayaran mereka sehari RM160 sahaja. Mereka tahu tempoh permit kerja mereka tak lama, mereka kena kerja cepet cepat buat duit. Mereka tahu, satu projek perumahan makan masa 24-36 bulan sahaja. kerja keras buat duit dan balik. Mereka memanfaatkan bumi bertuah ini unutk cari duit. Mereka tak peduli istilah KULI. Kita malu jadi kuli orang, malu kerja angkat barang adakalanya. Jika sebulan hantar RM4000 balik kampung, setahun RM48,000 sahaja. Jika 'permit' kerja sampai 5 tahun dia dah boleh beli rumah RM240,000 secara tunai. Duit ada dimana mana sebenarnya. Kita sanggup atau tidak sahaja. Credit : Azizul Azli Ahmad