Scammer







Waktu pandemik dan susah begini, ramai orang suka ambil kesempatan dan takutkan orang.

Apatah lagi ramai orang tak mampu bayar hutang, mereka takut takutkan orang dengan perkataan saman, waran, mahkamah, VSS , bankrap, beku akaun bank, sita, penjualan, polis dan sebagainya.

Bahasa dan ayat ini dicipta untuk menimbulkan rasa gerun, takut, bersalah, panik, gelabah secara serentak.

Bila semua perasaan itu hadir, kita mula buat tindakan tidak rasional dan bodoh.

Ya, tindakan bodoh!

Sebab itu kita selalu terkejut bila ada orang kena scam.

"Takkan la itu pun tak boleh agak".

"La, dah selalu orang kena tipu. Kau pun kena?"

"Senang sangat kena tipu".

Kawan kawan yang mulia,

Ramai orang kena tipu bukan sebab mereka bodoh sangat. Tetapi emosi mereka terpancing dengan perasaan takut, bersalah dan panik ini.

Perkataan perkataan ini memang dipilih dalam setiap kata kata mereka, pesanan ringkas untuk pancing rasa bimbang dan takut.

Maka ingat pesanan ini kawan,

Siapa sahaja yang hubungi kita untuk apa apa sahaja tindakan undang undang.

Bertenang, mintak kebenaran untuk bercakap sebentar dengan anak, suami, isteri, peguam atau sesiapa sahaja untuk 'Pandangan Kedua'.

"Saya akan mintak pandangan isteri saya yang comel ini dulu ya, boleh tak?"

Biasanya mereka tak akan beri, mendesak, mintak buat keputusan segera agar kita bodoh selamanya.

Jangan sesekali buat keputusan pada waktu kita gembira, sedih, marah kelak kita akan kecewa.

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu

Credit : Azizul Azli Ahmad

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko