Mengurus Gaji




Kepada kawan-kawan yang dapat gaji pada hujung bulan ni. 

Hati hati dengan menguruskan gaji kita. Bukan sikit yang berlaku begini, hampir semua dari kita.

Sedikit panduan buat kita bersama.

1. Jika nak buat hutang, pastikan hutang tak sampai 40% dari gaji yang kita terima.

2. Jika gaji RM3,000, pastikan hutang hutang kita hanya sekitar RM1200 sahaja. Jangan lebih!

3. Dalam 40% itu (RM1200) termasuklah hutang PTPTN, hutang peribadi, hutang budi dan hutang motor.

4. Jika gaji bawah RM3,000, elakkan beli kereta dulu. Jika bujang, masih boleh ushakan naik motor sahaja.

5. Lagi 10% -25% buatlah simpanan tetap. Simpan dan lupakan saja.

6. Baki gaji antara 50%-35% barulah gunakan untuk belanja kehidupan kita. 

7. Paling penting, jangan lupa 2 benda. Bayar zakat pendapatan 2.5% dan sumbangan ibubapa jangan kurang dari 5% gaji kita.

 Jika gaji RM3000, untuk ibubapa paling minimum RM150 sebulan.

"Kau sembang dalam fb memang la senang".

Selain dari kita rancang pendapatan ini dik. Abang cadangkan TAMBAH PENDAPATAN melalui online atau apa saja dik.

Macam macam abang dah tulis sebelum ini, jom kita baca. Percuma sahaja.

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu 

Credit : Azizul Azli Ahmad


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko