Zaman Dahulu & Zaman Sekarang




Salam Jumaat...

Zaman kecil dulu kami jarang makan ayam. Ayam hanya ditangkap waktu raya puasa,  raya haji atau sembuh dari demam sahaja. 

Waktu itu tauke cina akan datang bawa penimbang dan raga atas moto begini. 

Kami bela ayam,  tapi tak makan ayam. Kami hanya kutip dan makan telur ayam saja. 

Ayam ini makanan elit waktu itu. Bila ada kawan sekolah bawa bekal lauk ayam, dia biasanya anak tauke kedai makan. 

Zaman kami hanya makan ikan kembong atau sardin saja. Goreng bagi garing buat sambal bawang. Makan ikan itu setiap hari. 

Hari ini yang murah itu ayam,  sekilo RM5.99 di Tesco. Yang mahal itu ikan kembong sekilo RM16.00.

Kawan kawan yang mulia,

Zaman dah berubah, cara menabung, berfikir, berkahwin, melabur, menyimpan dan politik semua kena ubah.

Jangan ikut zaman ikan kembong masih murah. 

Zaman itu ada rumah murah,  zaman sekarang tengok harga rumah pun nak marah. 

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu 

Credit : Azizul Azli Ahmad


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"