Posts

BETUL KE LEBIH BAIK?

Image
BETUL KE LEBIH BAIK? Axia 39,000 Duit muka 11,700 Bulanan 535 3.5%, 5 tahun Civic 144,000 Duit muka 43,200 Bulanan 1,974 3.5%, 5 tahun 1,974 - 535 = 1,439 Banyak juga beza dan lebihan setiap bulan Memang boleh sangat kalau gaji 12k pakai Axia pergi Eropah, makan sedap, minum kopi mahal dan belanja member makan. Tapi kalau dia beli Civic pun apa salahnya. Duit dia, dia punya suka lah. Kalau awak jenis suka jalan-jalan, jumpa orang belanja makan, tak semestinya awak lebih baik dan apa yang awak buat tu paling betul. Mungkin awak beli Axia satu hari drive 40km saja. Tapi dia beli Civic satu hari drive 200km dan setiap hujung minggu dia balik jumpa anak isteri drive 600km pergi balik. Mungkin juga dia jenis makan mesti kat rumah, tak suka travel dan kawan tak ramai. Dia simpan duit sungguh-sungguh kat TH dan UT dan beli kereta yang dia minat, penuhi keperluan dan yang dia mampu bayar. Kita sama-sama chill dan raikan pilihan orang lain. hashtag # betterfinancials hashtag # followyourbudge...

HUTANG PERANGKAP?

Image
HUTANG PERANGKAP? 1. Beli Rumah Boleh jadi perangkap jika salah beli, jika kita beli hartanah yang betul. Tidak jadi perangkap. Apa hartanah yang betul? Kadar bayaran sewa, sama dengan kadar bayaran bank beli rumah. Rumah yang tidak makan lebih dari 30% pendapatan gaji kita. Rumah kecil dan sederhana, bukan rumah impian kita. 2. Renovate Rumah dengan Personal Loan -Dah jadi budaya. Sebaiknya kita hentikan. Sekarang masuk rumah baru berlumba renovate rumah bagi cantik, selesa, indah, nak jemput orang datang atau masukkan dalam sosial media. Dulu orang beli rumah, himpun perabot sikit sikit. Janji rumah sendiri dulu. Tak pernah buat hutang untuk renovasi, kecuali dapat duit pencen nanti. 3. Perabot Berhutang. Elakkan sebaiknya, jangan sesekali beli perabot dengan hutang kad kredit. Kadarnya 15-18% dan ada susut nilai perabot lagi. Lari jauh jauh amalan ini. Apa salahnya gaya hidup minimalis, almari baju mak ayah lebih dulu guna untuk kita hidup berdua sahaja dulu. 4. Buat hutang untuk ba...

UPAH KERJA KERAS

Image
UPAH KERJA KERAS Upah tukang kerja hari ini sekitar RM150-170 sehari sekarang. Bergantung kawasan dan kemahiran kerja. Jika mereka kerja sebulan dan 4 hari sahaja cuti iaitu Ahad, purata bayaran mereka sehari RM160 sahaja. Mereka tahu tempoh permit kerja mereka tak lama, mereka kena kerja cepet cepat buat duit. Mereka tahu, satu projek perumahan makan masa 24-36 bulan sahaja. kerja keras buat duit dan balik. Mereka memanfaatkan bumi bertuah ini unutk cari duit. Mereka tak peduli istilah KULI. Kita malu jadi kuli orang, malu kerja angkat barang adakalanya. Jika sebulan hantar RM4000 balik kampung, setahun RM48,000 sahaja. Jika 'permit' kerja sampai 5 tahun dia dah boleh beli rumah RM240,000 secara tunai. Duit ada dimana mana sebenarnya. Kita sanggup atau tidak sahaja. Credit : Azizul Azli Ahmad  

"BARU ORANG PANDANG"

Image
  "BARU ORANG PANDANG"  Marilah kita hentikan budaya songsang ini kawan kawan. Ia banyak bawa sengsara dari bahagia. Menjadi hamba bank sepanjang hayat, bayar hutang hanya untuk kekal bergaya. Credit : Azizul Azli Ahmad

MENGAPA SUSAH JADI KAYA?

Image
MENGAPA SUSAH JADI KAYA? 1. Malas "menjual diri", cepat rasa malu dengan semua perkara. "Ishhh malulah jual tudung kat fb" 2. Merasa tidak layak jadi kaya, hanya orang terpilih boleh jadi kaya. "Dia cina, memanglah boleh kaya. Kita melayu mesti susah punya". 3. Beranggapan yang penting kaya hati, kaya harta itu tidak perlu. Nanti lupa agama katanya. "Alah bukan boleh bawa masuk kubur rumah banyak banyak nie". 4. Terlalu menyesali kekurangan diri, merasakan diri sentiasa tidak pandai urus wang. "Kalau tak buat personal loan dulu pasti tak jadi macam nie". 5. Beranggapan wang hanya berfungsi sebagai memenuhi keinginan dan keperluan sebenarnya wang boleh digunakan untuk berbakti pada orang lain. 6. Tidak percaya teori semakin banyak memberi, semakin banyak kita dapat kembali. 7. Tidak pernah rasa syukur apa yang ada, senantisa meminta minta. 8. Suka menangguh apa sahaja bayaran dan hutang, hanya bayar bila diminta. 9. Hanya menabung bi...

HIDUP SEBAGAI LELAKI

Image
HIDUP SEBAGAI LELAKI  Lelaki hidup penuh dengan tanggungjawab. Ada banyak bayaran yang mereka perlu lunaskan. Adakala mereka sampai lupa Dana Persaraan buat diri mereka sendiri. Mereka bergantung sepenuhnya pada KWSP dan pencen sahaja jika ada. Cukup atau tidak, disitu sahaja simpanan yang ada. Biasanya. Tiada dana tambahan buat persaraan mereka. Bantu lelaki, suami dan adik adik ini dengan ingatkan mereka. Mereka semua akan tua dan bersara. Mereka pernah berbakti pada kita. Jangan terlalu banyak meminta minta. Mereka adakalanya terlalu baik hingga lupa buat diri sendiri. Dana persaraan boleh juga : 1. Buka akaun tambahan PRS. 2. Beli tanah 3. Beli beberapa rumah dan sewakan. 4. Beli kedai untuk disewakan. 5. Buat simpanan emas dalam bentuk dinar atau bar. 6. Buat simpanan ASB dan TH untuk dapatkan pulangan dividen bersara nanti. Sayangi diri sendiri. Pesan buat mereka. Credit : Azizul Azli Ahmad  

Nothing You Don't Already Know

Image
You often feel tired, not because you've done too much, but because you've done too little of what sparks a light in you. Many of us spend our working days running from desk to desk, solving urgent but insignificant problems. Our managers are constantly searching for ways to get more out of us.  We’re habitually living in the future, thinking about the next quota to make, the next meeting, the next car to buy, the weekend. We’re constantly trying to get somewhere instead of being where we are. We miss the only moment we ever have access to. The Now. We spend more time at work than with our loved ones. And when we come home, we are busier connecting to our devices than to the people we love. We have become little more than zombies. Yet we wonder, ‘Why am I so tired?’ We figure it’s because we work too much. What if we’re not doing too much, but rather we’re just doing too little of what truly matters? It’s not hard work that exhausts us most, it’s meaningless work that exhausts ...