Kenapa Perempuan Dapat Sedikit?
KENAPA PEREMPUAN DAPAT SEDIKIT? “Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah Allah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain. Kerana bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang diusahakan, dan perempuan pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan”. Sebelum kedatangan Islam, perempuan dinafikan hak dari mewarisi harta pusaka. Perempuan tidak dapat mewarisi harta dari suaminya atau bapanya yang telah meninggal dunia. Ini kerana mereka beranggapan perempuan merupakan kaum yang lemah dan tidak boleh memegang harta. Namun, kedatangan Islam mengangkat darjat seorang perempuan melalui pembahagian harta mengikut faraid. Perempuan juga berhak mendapat pusaka dari bapa atau suaminya yang meninggal dunia. Faraid sebenarnya cukup sempurna jika diamalkan dengan cara yang betul. Malangnya pada zaman sekarang ramai yang datang mengambil hak faraid tetapi tidak memahami dengan jelas bahawa mereka juga perlu ambil dengan tanggungjawab. Mereka lupa faraid ...