Bolehkah keluarkan RM10,000 duit KWSP?
BOLEHKAH KELUARKAN RM10,000 DUIT KWSP? Sahabat sekalian, berhentilah berdebat tentang 'keluarkan duit' yang ada ini. 1. Asas tabungan KWSP untuk persaraan kita. Ya digunakan untuk kita bersara bukan sebagai dana kecemasan kita. 2. Jika kita memang diperhentikan kerja dan gaji dipotong sehingga 40% saya setuju untuk pengeluaran RM10,000 ini. 3. Ketahuilah juga bahawa 70% pencarum KWSP hanya ada sekitar RM50,000 sahaja. Jika RM10,000 dah keluar banyak mana tinggal lagi?. 4. "Alah nanti tak sempat merasa duit sendiri kalau tak guna". Bagaimana kalau dah bersara hidup sampai 80 tahun dan tiada dana persaraan? "Alah anak cucu aku ada, takkan depa nak jadi anak derhaka?" Kita mula kudakan anak sebagai mesin persaraan kita. Adilkah kita? 5. Usia purata rakyat malaysia bagi lelaki adalah 74 tahun dan wanita 77 tahun. Berapa simpanan yang cukup untuk kita bersara nanti? Jika bersara usia 55 tahun dan kita hidup hingga 74 tahun. Dengan dana RM50,000 kita hanya bole...