Posts

Showing posts with the label kewangan

Menjelang Tahun Baru 2021

Image
MENJELANG TAHUN BARU 2021 1. Jika belum buat 10% simpanan gaji kita, mulakan segera. Duit tetap akan habis  juga. Segerakan sediakan dana kecemasan buat keluarga  2. Rancang untuk ada rumah  pertama tahun 2021. Baca disini saya beri banyak panduan percuma saja.  3. Jika ada rancangan nak kahwin, bincang dengan pasangan apa yang boleh kongsi bersama.  4. Jika hidup kita masih banyak hutang,  cari jalan keluar dengan bantuan pakar atau baca buku sahaja.  5. Jika belum pandai menabung, Buatlah Tabung Bewarna dulu sebagai permulaan.  6. Jika terbeli kereta mahal dan bebankan hidup kita, jualkan sahaja. Biar rugi sekarang dari rugi selamanya.  7. Jika susah sangat menyimpan, buat arahan tetap potongan gaji terus dalam ASB atau Tabung Haji.  8. Jika tak suka ASB dan Tabung Haji, belajar simpan emas dengan betul dan baik. Kita pasti teruja punya. 9. Jika jodoh belum ada, belilah bantal IKEA dan peluklah sampai rasa bahagia. 10. Jika kawan semua...

Jangkaan Hartanah 2021

Image
JANGKAAN HARTANAH 2021 . 1. KUASA MEMBELI SEMAKIN KECIL Bila ekonomi suram, kuasa membeli semakin mengecil. Orang makin takut membeli dan ada komitmen hutang rumah yang panjang.  . 2. RUMAH MAMPU BELI KURANG.  . Suku pertama 2020 hanya 21% rumah bawah RM250k. Bagi golongan B40 hanya mampu beli kediaman bawah RM250k sahaja.  . Kediaman jenis ini paling kurang dibina sedangkan golongan ini adalah 40% penduduk.  . Purata rumah yang tidak terjual adalah berharga RM589,224.00! . 3. RUMAH TAK TERJUAL SEMAKIN BANYAK . Rumah tak terjual 31,661 bernilai RM20.03 billion meningkat dari tahun 2019 hanya 30,664 kediaman tak terjual. 23.1% hartanah baru lancar tidak terjual. 53.2% hartanah bertingkat tidak terjual 29% rumah teres tidak terjual 12.4% rumah semi-D tidak terjual 1.6% kediaman kos rendah tidak terjual. Projek dalam pembinaan dan belum terjual adalah 74,230 unit! Kediaman paling banyak tidak terjual dari harga RM500k-RM700k dengan jumlah overhang 4,144 unit . 4. PEMAJU...

Simpanan vs Pelaburan

Image
Salah satu cara kau nak jadi tenang dan berani untuk mula melabur dan uruskan kewangan adalah dengan wujudkan dana kecemasan sama dengan 6 bulan gaji kau. Maksudnya kalau kau bergaji RM2,000 kau kena ada simpanan kecemasan RM12,000. Kalau kau bergaji RM3,000 kau kena ada simpanan kecemasan RM18,000. Lagi satu, nak melabur jangan berhutang dengan kawan, keluarga atau personal loan. Melabur belum tentu untung, tapi hutang itu sudah pasti ada untuk kau bayar. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal

Duit KWSP perlu difaraid

Image
“Akak tak risau sangat kalau suami dah takda nanti. Sebab dia dah letak akak sebagai penama KWSP. Dalam KWSP dia ada RM100,000 juga lah.” “Eh kak, penama KWSP bukan pemilik mutlak kak. Akak cuma orang yang dinamakan untuk tolong uruskan duit KWSP tu nanti.” “Habis tu, siapa yang akan dapat duit tu?” 😰Terkejut akak tu. “Hak akak 1/8 saja. Kalau 1/8 daripada RM100,000 cuma RM12,500. Tak banyak pun kak. Sebulan dua habis dah.” “Sikit sangat tu. Biar betul kau ni. So, yang selebihnya dapat kat siapa pula?” “Duit tu semua akan bahagi ikut faraid. Kalau ikut situasi akak, akak dapat RM12,500, ayah mertua akak dapat RM16,666, mak mertua akak dapat RM16,666, anak lelaki akak yang sorang tu dapat RM36,111, anak perempuan akak lagi sorang tu dapat RM18,055. Itu pun bukannya dapat terus duit tu.” “Lama ke urusannya?” “Biasa ambil masa bertahun-tahun jugalah baru setel. Itu pun depend kepada kerjasama daripada semua ahli waris faraid tu.” “Betul lama tu. Macam mana anak nak survive dengan anak-an...

Bila Hanya Suami Yang Bekerja

Image
BILA HANYA SUAMI YANG BEKERJA?  Bila kita hanya suri rumah tangga jelita, dan suami jadi tunjang utama keluarga.  1. Mintak suami ambil perlindungan pendapatan/ hibah. Tidak besar kecil pun tak mengapa.  Berapa jumlah perlindungan?  Gaji Suami x 12 x 10= Jumlah Perlindungan.  Jika tak mampu, cari yang boleh beri perlindungan RM50,000. Sebulan boleh dapat RM50-100 mengikut umur suami.  2. Duit yang suami beri belajar belajar simpan. Waktu sesak akan muncul juga nanti.  3. Jangan khianat duit suami dengan beri pada orang yang suami tak suka dan benci.  4. Belajar cipta wang sendiri bagi perlindungan diri. Ada macam macam platform jualan online hari ini.  5. Kurangkan baca gosip murahan. Baca bacaan membina bawa yang  kehadapan.  6. Tulis setiap wang yang dibelanjakan, walaupun beli bawang 5 biji sahaja. Biar suami yakin usaha kita 7. Buat satu pelan matlamat kewangan,  lepas kahwin tahun berapa nak ada rumah pertama.  8. Pes...

Suami Tak Tinggalkan Hibah

Image
“Sorry, akak tak boleh guna duit dalam akaun bank arwah suami akak untuk diri sendiri. Dah jadi harta pusaka. Akak kena minta izin dulu daripada semua waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah tu.” Menangis akak tu.😭 “Tapi dik, dalam akaun bank akak memang tak ada duit langsung. Semua duit dalam akaun bank arwah abang. Habis tu akak nak teruskan hidup macam mana dik?” Memang macam tu. Duit dalam akaun bank arwah akan dibekukan. Duit tu ditahan oleh pihak bank sampai waris dalam kemukakan dokumen berkaitan untuk keluarkan duit tu. “Bolehkah akak tuntut nafkah akak dan anak-anak daripada harta pusaka arwah suami akak, dik?” “Bila suami meninggal dunia, kewajipan untuk suami bagi nafkah tu dah terhenti kak. Tapi, kalau masa hidupnya dia tak bagi nafkah kat akak, akak boleh tuntut nafkah tertunggak tu di Mahkamah Syariah.” 5 SENGSARA ISTERI LEPAS KEMATIAN SUAMI 1. Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri walaupun dia ...

Suami Tanggung, Isteri Simpan

Image
SUAMI TANGGUNG,  ISTERI SIMPAN 1. Jika pendapatan isi rumah kita RM7,500 sekeluarga dengan anggaran pendapatan suami RM4500 dan Isteri RM3,000. 2. Saya cadangkan, suami tanggung perbelanjaan keluarga. Apa sahaja yang BELANJA HANGUS dan sumbangan dibawah batu jelamang suami.  3. Apa sahaja yang melibatkan SIMPANAN dan PELABURAN atas mahkota isteri. 4. Suami tanggung semua perbelanjaan dapur,  kereta,  anak,  isteri, ibubapa dan zakat.  Bagaimana kita bahagikan Gaji Suami.  1. 15% Kereta RM675 2. 5% Ibubapa RM225 3. 2.5% Zakat Pendapatan  4. 35% Rumah RM1575 5. 42.5% Perbelanjaan RM1912. 5. Bagi isteri manfaatkan pendapatan itu untuk Perlindungan dan Pelaburan.  6. Ambil 10%  takaful utamakan perlindungan pendapatan buat keluarga dari kad perubatan jika kita tak mampu.  7. Simpanan untuk keluarga dan anak mohon ihsan isteri yang simpankan.  8. Jika susah sangat nak menyimpan,  ambil pembiayaan ASBi sebagai simpanan paksa. De...

Wang & Rakyat Kita

Image
WANG DAN RAKYAT KITA Data Bank Negara Malaysia 2016 dalam buku The Colour Of Inerquality menyatakan: 1. Hanya 1 dari 10 orang rakyat kita mampu bertahan lebih 6 bulan jika hilang pekerjaan.  . 2. Hanya 1 dari 5 pemegang akaun KWSP memiliki simpanan kurang dari RM10,000. Jika perbelanjaan RM1,000 sebulan mereka hanya mampu bertahan hingga 10 bulan sahaja.  . 3. Jika bersara pada usia 55, mereka akan hidup lagi 20 tahun tanpa sebarang simpanan. (Purata usia 75 tahun)  . 4. Laporan ASB 2015 menyatakan 72% pelabur ASB hanya ada simpanan purata RM536 sahaja!  . 5. Jurang kekayaan antara yang kaya dan miskin masih tinggi dan kekal seperti 20 tahun lalu!  . 6. Jurang pendapatan antara desa dan bandar dari tahun 1970 adalah RM214 kepada RM3,002 pada tahun 2014! . 7. Jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya jika tahun 1970 adalah RM659 sebulan tetapi kini RM11,768 sebulan!  . 8. Separuh dari keseluruhan pekerja di Malaysia masih memperolehi pendapatan RM1,6...

Masalah Kewangan Di Usia 20,30,40 Dan 50-an

Image
"Aku rasa terlambat la nak menabung untuk bersara nie Daniel" "Tak mengapa, kalau kau rasa terlambat. Mulakan lebih menyimpan mulai bulan ini. Gandakan simpanan yang ada" "Menyesal aku tak mula awal dulu, kau dah ada juga beberapa rumah sewa" "Dah jangan kenang, yang penting tiada istilah terlambat kalau kau nak usaha" "Ajarkan aku sikit macam mana boleh ada banyak rumah sewa nie" "Semuanya bermula dengan belajar, menabung dan tahan nafsu. Itu sahaja, boleh kawal itu insyallah boleh kawal dunia" "Oh ya, nie dah boleh keluar KWSP nie aku nak keluar beli kereta yang selesa sikit aku ingat. Nak juga merasa bro" "Gulp..." Kawan kawan yang mulia,  Jangan pernah rasa terlambat untuk memulakan apa sahaja. Selagi ada pendapatan mulakan sahaja, jangan sampai hilang pendapatan baru nak menyesal dah tak guna. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Tahap Perjalanan Kewangan Kita

Image
"Bang, saya mula kerja nak simpan duit dimana?" "Mula kerja sebaiknya daftar haji dengan Tabung Haji dan buka akaun ASB segera". "Baik". "Belajar buat simpanan 30%-40% gaji waktu masih bujang ini. Dah kahwin nanti makin susah nak simpan sebab banyak komitmen". "Tapi saya dah ada potongan KWSP bang?". "Itu simpanan hari tua, jika dah pencen usia 55 tahun takkan nak kerja sampai usia 70 tahun?" "Ok tabung apa lagi kita kena ada bang?" "Selain tabung kecemasan, kita juga perlu ada tabung perlindungan. Ambillah takaful dalam 5%-7% dari gaji kita untuk lindungi pendapatan dan kesihatan kita." "Ok baik". "Ingat pesan ini, paling susah bukan menabung tetapi MENGEKALKAN DUIT YANG ADA DALAM TABUNG. Ramai orang bila duit KWSP dan banyak sikit dah mula jalan macam ayam serama." "Lebih bagus kalau ada Dana Persaraan sendiri selain KWSP. Beli hartanah, beli emas, beli saham atau ada perniagaan s...