Posts

Showing posts with the label simpanan

Menjelang Tahun Baru 2021

Image
MENJELANG TAHUN BARU 2021 1. Jika belum buat 10% simpanan gaji kita, mulakan segera. Duit tetap akan habis  juga. Segerakan sediakan dana kecemasan buat keluarga  2. Rancang untuk ada rumah  pertama tahun 2021. Baca disini saya beri banyak panduan percuma saja.  3. Jika ada rancangan nak kahwin, bincang dengan pasangan apa yang boleh kongsi bersama.  4. Jika hidup kita masih banyak hutang,  cari jalan keluar dengan bantuan pakar atau baca buku sahaja.  5. Jika belum pandai menabung, Buatlah Tabung Bewarna dulu sebagai permulaan.  6. Jika terbeli kereta mahal dan bebankan hidup kita, jualkan sahaja. Biar rugi sekarang dari rugi selamanya.  7. Jika susah sangat menyimpan, buat arahan tetap potongan gaji terus dalam ASB atau Tabung Haji.  8. Jika tak suka ASB dan Tabung Haji, belajar simpan emas dengan betul dan baik. Kita pasti teruja punya. 9. Jika jodoh belum ada, belilah bantal IKEA dan peluklah sampai rasa bahagia. 10. Jika kawan semua...

Simpanan vs Pelaburan

Image
Salah satu cara kau nak jadi tenang dan berani untuk mula melabur dan uruskan kewangan adalah dengan wujudkan dana kecemasan sama dengan 6 bulan gaji kau. Maksudnya kalau kau bergaji RM2,000 kau kena ada simpanan kecemasan RM12,000. Kalau kau bergaji RM3,000 kau kena ada simpanan kecemasan RM18,000. Lagi satu, nak melabur jangan berhutang dengan kawan, keluarga atau personal loan. Melabur belum tentu untung, tapi hutang itu sudah pasti ada untuk kau bayar. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal

Duit KWSP perlu difaraid

Image
“Akak tak risau sangat kalau suami dah takda nanti. Sebab dia dah letak akak sebagai penama KWSP. Dalam KWSP dia ada RM100,000 juga lah.” “Eh kak, penama KWSP bukan pemilik mutlak kak. Akak cuma orang yang dinamakan untuk tolong uruskan duit KWSP tu nanti.” “Habis tu, siapa yang akan dapat duit tu?” 😰Terkejut akak tu. “Hak akak 1/8 saja. Kalau 1/8 daripada RM100,000 cuma RM12,500. Tak banyak pun kak. Sebulan dua habis dah.” “Sikit sangat tu. Biar betul kau ni. So, yang selebihnya dapat kat siapa pula?” “Duit tu semua akan bahagi ikut faraid. Kalau ikut situasi akak, akak dapat RM12,500, ayah mertua akak dapat RM16,666, mak mertua akak dapat RM16,666, anak lelaki akak yang sorang tu dapat RM36,111, anak perempuan akak lagi sorang tu dapat RM18,055. Itu pun bukannya dapat terus duit tu.” “Lama ke urusannya?” “Biasa ambil masa bertahun-tahun jugalah baru setel. Itu pun depend kepada kerjasama daripada semua ahli waris faraid tu.” “Betul lama tu. Macam mana anak nak survive dengan anak-an...

Malu dengan diri kita

Image
Salam Jumaat... Melihat foto ini, kita harus rasa malu dengan diri sendiri. "Saya tak mampu beli, rumah semua mahal". Sambil lepaskan asap rokok keudara. Membeli rumah bukan bermula dengan gaji yang besar. Ia harus bermula dengan usaha yang besar. Kita juga perlukan pengorbanan yang besar. + Kurangkan beli kereta besar + Percutian besar + Makan besar + Jumlah isteri besar Semua orang yang pernah beli rumah ini pernah berkorban. Banyak pengorbanan orang kecil tak berdaya, berusaha melawan kemiskinan dengan terbatasnya cara. Apa pengorbanan kita kawan? #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Bila Hanya Suami Yang Bekerja

Image
BILA HANYA SUAMI YANG BEKERJA?  Bila kita hanya suri rumah tangga jelita, dan suami jadi tunjang utama keluarga.  1. Mintak suami ambil perlindungan pendapatan/ hibah. Tidak besar kecil pun tak mengapa.  Berapa jumlah perlindungan?  Gaji Suami x 12 x 10= Jumlah Perlindungan.  Jika tak mampu, cari yang boleh beri perlindungan RM50,000. Sebulan boleh dapat RM50-100 mengikut umur suami.  2. Duit yang suami beri belajar belajar simpan. Waktu sesak akan muncul juga nanti.  3. Jangan khianat duit suami dengan beri pada orang yang suami tak suka dan benci.  4. Belajar cipta wang sendiri bagi perlindungan diri. Ada macam macam platform jualan online hari ini.  5. Kurangkan baca gosip murahan. Baca bacaan membina bawa yang  kehadapan.  6. Tulis setiap wang yang dibelanjakan, walaupun beli bawang 5 biji sahaja. Biar suami yakin usaha kita 7. Buat satu pelan matlamat kewangan,  lepas kahwin tahun berapa nak ada rumah pertama.  8. Pes...

Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB

Image
1. Kecil atau besar dividen yang diumumkan, bukanlah keutamaan. ia lebih baik bila kita telah ada kesedaran menyimpan dan melabur berbanding orang lain.  "Kesedaran itu tak semua orang ada kawan" 2. Dari 72% penyimpan ASB, mereka hanya ada purata simpanan RM536 sahaja!. Anda yang ada lebih itu bermakna anda lebih baik dari mereka. 3. Data tahun 2015 menyatakan purata penyimpan ASB hanyalah berjumlah RM16,000 sahaja.  4. Dalam masa yang sama hanya 0.2% pelabur ASB ada simpanan RM745,038 didalamnya. Jika anda antara mereka maka anda lebih sejahtera berbanding orang lain.  5. Perlukah teruskan pelaburan ASB? Teruskan melabur jika kita belum mahir dalam meniaga, saham, hartanah, emas kerana ASB lah instrument yang paling rendah risikonya. Dah mahir melabur baru cari atau bahagikan dalam instrument lain ya. 6. Perlukah buat Pembiayaan ASB? . Bergantung kadar yang diumumkan besok. Jika kadar dividen lebih rendah dari kadar faedah bank mengapa kita perlu buat pembiayaan?. Buat s...

Suami Tanggung, Isteri Simpan

Image
SUAMI TANGGUNG,  ISTERI SIMPAN 1. Jika pendapatan isi rumah kita RM7,500 sekeluarga dengan anggaran pendapatan suami RM4500 dan Isteri RM3,000. 2. Saya cadangkan, suami tanggung perbelanjaan keluarga. Apa sahaja yang BELANJA HANGUS dan sumbangan dibawah batu jelamang suami.  3. Apa sahaja yang melibatkan SIMPANAN dan PELABURAN atas mahkota isteri. 4. Suami tanggung semua perbelanjaan dapur,  kereta,  anak,  isteri, ibubapa dan zakat.  Bagaimana kita bahagikan Gaji Suami.  1. 15% Kereta RM675 2. 5% Ibubapa RM225 3. 2.5% Zakat Pendapatan  4. 35% Rumah RM1575 5. 42.5% Perbelanjaan RM1912. 5. Bagi isteri manfaatkan pendapatan itu untuk Perlindungan dan Pelaburan.  6. Ambil 10%  takaful utamakan perlindungan pendapatan buat keluarga dari kad perubatan jika kita tak mampu.  7. Simpanan untuk keluarga dan anak mohon ihsan isteri yang simpankan.  8. Jika susah sangat nak menyimpan,  ambil pembiayaan ASBi sebagai simpanan paksa. De...

Wang & Rakyat Kita

Image
WANG DAN RAKYAT KITA Data Bank Negara Malaysia 2016 dalam buku The Colour Of Inerquality menyatakan: 1. Hanya 1 dari 10 orang rakyat kita mampu bertahan lebih 6 bulan jika hilang pekerjaan.  . 2. Hanya 1 dari 5 pemegang akaun KWSP memiliki simpanan kurang dari RM10,000. Jika perbelanjaan RM1,000 sebulan mereka hanya mampu bertahan hingga 10 bulan sahaja.  . 3. Jika bersara pada usia 55, mereka akan hidup lagi 20 tahun tanpa sebarang simpanan. (Purata usia 75 tahun)  . 4. Laporan ASB 2015 menyatakan 72% pelabur ASB hanya ada simpanan purata RM536 sahaja!  . 5. Jurang kekayaan antara yang kaya dan miskin masih tinggi dan kekal seperti 20 tahun lalu!  . 6. Jurang pendapatan antara desa dan bandar dari tahun 1970 adalah RM214 kepada RM3,002 pada tahun 2014! . 7. Jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya jika tahun 1970 adalah RM659 sebulan tetapi kini RM11,768 sebulan!  . 8. Separuh dari keseluruhan pekerja di Malaysia masih memperolehi pendapatan RM1,6...

Menyesal Tak Ambil Medical Card

Image
Beberapa bulan lepas, saya ada tawarkan seorang wanita ini untuk anaknya satu pakej medikal yang mempunyai hibah, medikal dan juga simpanan. Mungkin faktor harga bagi pakej tersebut yang bernilai RM 180.00 dengan dengan perlindungan perubatan RM 100,000.00 dan hibah RM 50,000.00 untuk kematian dan juga 39 jenis penyakit kritikal. Jadi dia menolak. "Kau ni dik, bagi akak mahal mahal, pastu kau yang kaya raya. Bagi murah murah lah". Pedih juga dengar. Takpa, memang adat resam perunding takaful begini. Kemudian aku tawarkan pakej perubatan sahaja yang bernilai RM 76.00. Pun ditolak kerana tiada hibah dan simpanan. Tak mengapalah. Aku anggap puan ini tidak berminat dan bukan juga rezeki aku.  Petang semalam wanita ini menghantar kiriman "whatsapp". Ralat betul aku baca. Ya Allah, ralat betul hati ni. Saya rasa sangat kesal sebab tak dapat nak bantu akak ni masa dia betul betul memerlukan. Sebenarnya, dari amaun yang dibayar setiap bulan itu, tak membuatkan saya kaya pun...

Mengurus Gaji

Image
Kepada kawan-kawan yang dapat gaji pada hujung bulan ni.  Hati hati dengan menguruskan gaji kita. Bukan sikit yang berlaku begini, hampir semua dari kita. Sedikit panduan buat kita bersama. 1. Jika nak buat hutang, pastikan hutang tak sampai 40% dari gaji yang kita terima. 2. Jika gaji RM3,000, pastikan hutang hutang kita hanya sekitar RM1200 sahaja. Jangan lebih! 3. Dalam 40% itu (RM1200) termasuklah hutang PTPTN, hutang peribadi, hutang budi dan hutang motor. 4. Jika gaji bawah RM3,000, elakkan beli kereta dulu. Jika bujang, masih boleh ushakan naik motor sahaja. 5. Lagi 10% -25% buatlah simpanan tetap. Simpan dan lupakan saja. 6. Baki gaji antara 50%-35% barulah gunakan untuk belanja kehidupan kita.  7. Paling penting, jangan lupa 2 benda. Bayar zakat pendapatan 2.5% dan sumbangan ibubapa jangan kurang dari 5% gaji kita.  Jika gaji RM3000, untuk ibubapa paling minimum RM150 sebulan. "Kau sembang dalam fb memang la senang". Selain dari kita rancang pendapatan ini dik. A...

Tips Pilih Takaful

Image
TIPS PILIH TAKAFUL 1. Jika usia kita bawah 30 tahun, manfaatkan RM50 sebulan untuk perlindungan diri sekitar RM100,000. 2. Bagi usia 40 tahun kebawah, peruntukan sekitar RM100-RM150 sebulan untuk perlindungan. 3. Jika usia 50 tahun kebawah, biasanya peruntukan takaful sekitar RM300 sebulan. 4. Fokus pada PERLINDUNGAN DIRI dulu bukan KAD PERUBATAN. 5. Tanda aras yang sihat buat takaful adalah 5%-7% dari gaji kita sahaja. 6. Jangan ambil pelan SIMPANAN. 7. Jangan ambil pelan PELABURAN juga.  8. Ambil kad perubatan bila ada lebihan wang atau tiada perlindungan dari majikan. 9. Mulakan dengan Perlindungan Asas dulu. Gaji x 12 = Jumlah PERLINDUNGAN. 10. Bila dah mampu, lindungi pendapatan kita dengan Gaji x 12 x 10= Jumlah PERLINDUNGAN PENDAPATAN. Seterusnya, baru boleh upgrade untuk takaful pelan simpanan dan pelaburan.  Paling minimum adalah RM100,000 sahaja. Semakin awal bermula, semakin baik. Gegadis suka lelaki yang 'melindungi' hidup mereka, mereka rasa selamat dan bahagia. ?...

Perbezaan Belanja Ikut Usia 20an dan 30an

Image
"Menyesal juga aku tak menyimpan waktu muda dulu" "Alah, hidup ini untuk dinikmati. Menyesal pun dah tak guna dah sekarang" "Kena ada sesalan juga, baru kita boleh baiki hidup" "Betul, tapi orang kampung aku kata 'move on jer lah' buat apa nak dikenang dah." "Betullah tu, tapi aku belajar sesuatu. Kawan nak pinjam kali kedua dan tak bayar,  jadi jangan bagi dah"! "Woi! mengata aku ker?" "Bila nak bayar duit beli I-phone 15 haritu?" Kawan kawan yang mulia,  Hidup ini adalah guru yang paling baik, ia mengajarkan kita tentang pengalaman hidup. Ia tidak pernah berbohong tetapi pengajarannya tentang hidup boleh melukan hati kita.  Kita sakit, ditipu, hilang duit, ditinggalkan itulah pengalaman hidup paling berkesan dari belajar disekolah sekolah.  Usia semakin senja, belajarlah menabung dan melabur duit yang ada. Penyesalan tidak mengubah apa apa jika tiada tindakan bersama. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsi...

Simpanan Bagi Masa Depan

Image
Betul, tetapi bukan bermakna kita tak boleh menyimpan.  1. Simpan 10% dari gaji setiap bulan. Jika masih bujang usahakan 25%-30% simpanan 2. Jangan lupa ambil perlindungan takaful paling rendah RM50-80 sebulan dah cukup.  3. Jangan beli kereta dulu apa alasan sekali pun. Dengan gaji RM1700 beli kereta satu kesalahan besar kewangan kita.  4. Jangan terlalu jadi lilin yang membakar diri. Belajar hargai diri sendiri juga. Bila susah nanti  apa simpanan kita ada?  Belajar untuk berkata TIDAK dalam hidup ini.  Tadbir hidup dengan baik bukan berserah pada takdir semata mata kawan. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Covid-19 Punca Kelembapan Ekonomi?

Image
Apa yang kita boleh lakukan diwaktu ekonomi tidak baik.  1. Jangan buat hutang baru, bayar dan selesaikan hutang yang sedia ada. 2. Jangan beli hartanah yang 'mahal'. Hartanah tetap ada median price. 3. Akan muncul banyak skim cepat kaya. Jangan mudah terlibat saja. 4. Simpanan kecemasan mesti ada 6 bulan gaji. Jika gaji RM3000 x 6 = RM18,000 simpan dalam ASB atau Tabung Haji. 5. Jangan selalu makan diluar, masak makan dirumah lebih baik. 6. Jangan cuba tukar kereta baru dulu, cuba tahan nafsu selagi mampu. 7. Jangan pindah kemajikan baru. Peluang di berhentikan tinggi sebab baru kerja. 8. Jual atau buang benda yang bebankan hidup. Jika tak guna baik jual saja. 9. Banyakkan simpanan, akan ada hartanah yang dijual oleh penjual terdesak yang nak lepaskan hutang. 10. Senaraikan apa aset dan liabiliti yang kita ada. Buang liabiliti yang susahkan hidup kita. 11. Usaha, belajar dan jangan putus asa untuk jana pendaaptan tambahan.  12. Lindungi keluarga dengan takaful atau kad peruba...

Masalah Kewangan Di Usia 20,30,40 Dan 50-an

Image
"Aku rasa terlambat la nak menabung untuk bersara nie Daniel" "Tak mengapa, kalau kau rasa terlambat. Mulakan lebih menyimpan mulai bulan ini. Gandakan simpanan yang ada" "Menyesal aku tak mula awal dulu, kau dah ada juga beberapa rumah sewa" "Dah jangan kenang, yang penting tiada istilah terlambat kalau kau nak usaha" "Ajarkan aku sikit macam mana boleh ada banyak rumah sewa nie" "Semuanya bermula dengan belajar, menabung dan tahan nafsu. Itu sahaja, boleh kawal itu insyallah boleh kawal dunia" "Oh ya, nie dah boleh keluar KWSP nie aku nak keluar beli kereta yang selesa sikit aku ingat. Nak juga merasa bro" "Gulp..." Kawan kawan yang mulia,  Jangan pernah rasa terlambat untuk memulakan apa sahaja. Selagi ada pendapatan mulakan sahaja, jangan sampai hilang pendapatan baru nak menyesal dah tak guna. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Berapa Belanja Rumahtangga Kita?

Image
BERAPA BELANJA RUMAH TANGGA?  1. Jika gaji suami sebulan RM3500 dan gaji isteri RM2000 maka jumlah pendapatan isi rumah adalah RM5500. 2. Jika tugas suami bayar rumah setiap bulan RM1500 dan tugas isteri bayar Myvi RM450 sebulan. Jumlah hutang RM1950 sahaja.  3. Jika kos belanja dapur,  keperluan keluarga sebulan RM2,500 sebulan dan simpanan bulanan RM550. 4. Jika tiba tiba suami meninggal,  keluarga ini hilang sumber pendapatan RM3500 sebulan. Boleh menangis isteri yang kena tinggal.  5. Perbelanjaan isteri yang baru ini adalah RM2000 (gaji) - RM450 (kereta) - RM2500 = -RM950. Keluarga ini kekurangan wang RM950 sebulan!.  Hutang rumah dilindungi takaful 6. Minta suami ambil Perlindungan Pendapatan atau bahasa Jawanya 'Income Protection' sebanyak ini RM950 x 12 / 0.05 = RM228,000. Ansuran bulanan minimum ada serendah RM62 (Hubungi agen takaful kacak & sado iaitu saya 😎) 7. Hibahkan atas nama isteri duit ini. Bila suami meninggal atau ditimpa bencana, d...

Pos Polisi Ke Client

Image
Alhamdulillah beberapa polisi takaful client dah dipos. Terima kasih banyak kepada sahabat saya iaitu Kuhaqimi A. Rasid, Personal Bankers Ambank kerana memberi kepercayaan untuk takaful medical card beliau. Proses dilakukan dengan hanya menggunakan online dan juga call sahaja. Sesiapa area Melaka yang berminat untuk pinjaman perumahan, asb financing, personal loan dan banyak lagi. Boleh contact beliau. Terima kasih juga kepada client yang lain dari Melaka, Terengganu,, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Pulau Pinang dan dikatakan hampir semua negeri. "Agent jauh takpe ke?"  Takde masalah. System AIA dah maju, ada apps, website semuanya online je sekarang. Dengan situasi Covid-19 sekarang mungkin ramai yang risau. Tiada masalah kerana semua boleh dilakukan melalui online sahaja tanpa perlu berjumpa. Paling penting adalah kita boleh membantu client.  Seronok bila dapat bantu ramai orang ada perlindungan diri, keluarga dan rumah juga. Takaful bukan hanya ada perlindungan medical car...

Tahap Perjalanan Kewangan Kita

Image
"Bang, saya mula kerja nak simpan duit dimana?" "Mula kerja sebaiknya daftar haji dengan Tabung Haji dan buka akaun ASB segera". "Baik". "Belajar buat simpanan 30%-40% gaji waktu masih bujang ini. Dah kahwin nanti makin susah nak simpan sebab banyak komitmen". "Tapi saya dah ada potongan KWSP bang?". "Itu simpanan hari tua, jika dah pencen usia 55 tahun takkan nak kerja sampai usia 70 tahun?" "Ok tabung apa lagi kita kena ada bang?" "Selain tabung kecemasan, kita juga perlu ada tabung perlindungan. Ambillah takaful dalam 5%-7% dari gaji kita untuk lindungi pendapatan dan kesihatan kita." "Ok baik". "Ingat pesan ini, paling susah bukan menabung tetapi MENGEKALKAN DUIT YANG ADA DALAM TABUNG. Ramai orang bila duit KWSP dan banyak sikit dah mula jalan macam ayam serama." "Lebih bagus kalau ada Dana Persaraan sendiri selain KWSP. Beli hartanah, beli emas, beli saham atau ada perniagaan s...

Lelaki Seksi Itu

Image
LELAKI SEKSI ITU 1. Bila mereka ada simpanan sendiri 3 bulan hingga 6 bulan gaji 2. Tak berhutang dengan kawan sendiri, buat buat lupa tiada apa yang yang terjadi. 3. Buat simpanan 10%-30% dari gaji dalam ASB atau Tabung Haji 4. Beri duit pada ibu lebih dari 5% gaji. 5. Tidak guna kad kredit untuk tukar sportrim tayar kereta. 6. Tiada hutang hingga makan 50% duit gaji. 7. Belajar melabur 10% dari gaji sendiri. 8. Rajin sedekah dan zakat senantiasa ada 9. Takaful perlindungan diri jadi keutamaan mereka waktu mula kerja. 10. Tidak pakai jubah dan serban tetapi merokok merata rata. Memburukkan imej agama. 11. Tidak jadi cyber bullying, komen lucah dan menghina sesama sendiri.  Nak jadi seksi tak susah mana, kalau tak boleh bina otot. Bina simpanan bagi jadi kaya raya. "I suka dekat u" itu akan jadi biasa. Gegadis suka giler, ingat dia boleh beli bag Prada dengan otot lengan kita. 😛 Yang cari no.9 tu boleh contact saya hehe...🤓 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #AIAMedicalCard #KongsiK...

Career Presentation

Image
Bila saya buat career presentation dan interview orang untuk join team takaful saya, saya tak pernah guna kereta mewah sebagai poin utama. Sebab saya tak suka hype sangat. Orang mudah teruja dengan kereta mewah. Tapi bila dah masuk industry 5 bulan, tak dapat buat, terus down. Jadi lebih baik saya rasionalkan emosi mereka. Saya fokuskan kepada apa yang dia dapat achieve dalam 5 bulan pertama. Ini yang saya akan tanya, “Apa komitmen paling kecik awak dengan bank?” “Kereta. RM500 sebulan.” Kemudian, saya akan buka iPad dan tunjukkan macam mana dia boleh dapat monthly passive income RM500 untuk bayar bulanan kereta tu. Cuma buat sale RM25,000 untuk create monthly passive income RM500. Kalau kira purata, buat sale RM5,000 sahaja setiap bulan selama 5 bulan. Kalau dia fast learner, bulan pertama pun dah boleh achieve sale RM25,000 tu. Setel bayar kereta RM500, kita create more passive income untuk bayar 2nd lowest commitment. Katakan, rumah bayar bulanan RM1,000. Then kenalah cepat-cepat bu...