Posts

Showing posts with the label pelaburan

Menjelang Tahun Baru 2021

Image
MENJELANG TAHUN BARU 2021 1. Jika belum buat 10% simpanan gaji kita, mulakan segera. Duit tetap akan habis  juga. Segerakan sediakan dana kecemasan buat keluarga  2. Rancang untuk ada rumah  pertama tahun 2021. Baca disini saya beri banyak panduan percuma saja.  3. Jika ada rancangan nak kahwin, bincang dengan pasangan apa yang boleh kongsi bersama.  4. Jika hidup kita masih banyak hutang,  cari jalan keluar dengan bantuan pakar atau baca buku sahaja.  5. Jika belum pandai menabung, Buatlah Tabung Bewarna dulu sebagai permulaan.  6. Jika terbeli kereta mahal dan bebankan hidup kita, jualkan sahaja. Biar rugi sekarang dari rugi selamanya.  7. Jika susah sangat menyimpan, buat arahan tetap potongan gaji terus dalam ASB atau Tabung Haji.  8. Jika tak suka ASB dan Tabung Haji, belajar simpan emas dengan betul dan baik. Kita pasti teruja punya. 9. Jika jodoh belum ada, belilah bantal IKEA dan peluklah sampai rasa bahagia. 10. Jika kawan semua...

Jangkaan Hartanah 2021

Image
JANGKAAN HARTANAH 2021 . 1. KUASA MEMBELI SEMAKIN KECIL Bila ekonomi suram, kuasa membeli semakin mengecil. Orang makin takut membeli dan ada komitmen hutang rumah yang panjang.  . 2. RUMAH MAMPU BELI KURANG.  . Suku pertama 2020 hanya 21% rumah bawah RM250k. Bagi golongan B40 hanya mampu beli kediaman bawah RM250k sahaja.  . Kediaman jenis ini paling kurang dibina sedangkan golongan ini adalah 40% penduduk.  . Purata rumah yang tidak terjual adalah berharga RM589,224.00! . 3. RUMAH TAK TERJUAL SEMAKIN BANYAK . Rumah tak terjual 31,661 bernilai RM20.03 billion meningkat dari tahun 2019 hanya 30,664 kediaman tak terjual. 23.1% hartanah baru lancar tidak terjual. 53.2% hartanah bertingkat tidak terjual 29% rumah teres tidak terjual 12.4% rumah semi-D tidak terjual 1.6% kediaman kos rendah tidak terjual. Projek dalam pembinaan dan belum terjual adalah 74,230 unit! Kediaman paling banyak tidak terjual dari harga RM500k-RM700k dengan jumlah overhang 4,144 unit . 4. PEMAJU...

Simpanan vs Pelaburan

Image
Salah satu cara kau nak jadi tenang dan berani untuk mula melabur dan uruskan kewangan adalah dengan wujudkan dana kecemasan sama dengan 6 bulan gaji kau. Maksudnya kalau kau bergaji RM2,000 kau kena ada simpanan kecemasan RM12,000. Kalau kau bergaji RM3,000 kau kena ada simpanan kecemasan RM18,000. Lagi satu, nak melabur jangan berhutang dengan kawan, keluarga atau personal loan. Melabur belum tentu untung, tapi hutang itu sudah pasti ada untuk kau bayar. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal

Duit KWSP perlu difaraid

Image
“Akak tak risau sangat kalau suami dah takda nanti. Sebab dia dah letak akak sebagai penama KWSP. Dalam KWSP dia ada RM100,000 juga lah.” “Eh kak, penama KWSP bukan pemilik mutlak kak. Akak cuma orang yang dinamakan untuk tolong uruskan duit KWSP tu nanti.” “Habis tu, siapa yang akan dapat duit tu?” 😰Terkejut akak tu. “Hak akak 1/8 saja. Kalau 1/8 daripada RM100,000 cuma RM12,500. Tak banyak pun kak. Sebulan dua habis dah.” “Sikit sangat tu. Biar betul kau ni. So, yang selebihnya dapat kat siapa pula?” “Duit tu semua akan bahagi ikut faraid. Kalau ikut situasi akak, akak dapat RM12,500, ayah mertua akak dapat RM16,666, mak mertua akak dapat RM16,666, anak lelaki akak yang sorang tu dapat RM36,111, anak perempuan akak lagi sorang tu dapat RM18,055. Itu pun bukannya dapat terus duit tu.” “Lama ke urusannya?” “Biasa ambil masa bertahun-tahun jugalah baru setel. Itu pun depend kepada kerjasama daripada semua ahli waris faraid tu.” “Betul lama tu. Macam mana anak nak survive dengan anak-an...

Bila Hanya Suami Yang Bekerja

Image
BILA HANYA SUAMI YANG BEKERJA?  Bila kita hanya suri rumah tangga jelita, dan suami jadi tunjang utama keluarga.  1. Mintak suami ambil perlindungan pendapatan/ hibah. Tidak besar kecil pun tak mengapa.  Berapa jumlah perlindungan?  Gaji Suami x 12 x 10= Jumlah Perlindungan.  Jika tak mampu, cari yang boleh beri perlindungan RM50,000. Sebulan boleh dapat RM50-100 mengikut umur suami.  2. Duit yang suami beri belajar belajar simpan. Waktu sesak akan muncul juga nanti.  3. Jangan khianat duit suami dengan beri pada orang yang suami tak suka dan benci.  4. Belajar cipta wang sendiri bagi perlindungan diri. Ada macam macam platform jualan online hari ini.  5. Kurangkan baca gosip murahan. Baca bacaan membina bawa yang  kehadapan.  6. Tulis setiap wang yang dibelanjakan, walaupun beli bawang 5 biji sahaja. Biar suami yakin usaha kita 7. Buat satu pelan matlamat kewangan,  lepas kahwin tahun berapa nak ada rumah pertama.  8. Pes...

Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB

Image
1. Kecil atau besar dividen yang diumumkan, bukanlah keutamaan. ia lebih baik bila kita telah ada kesedaran menyimpan dan melabur berbanding orang lain.  "Kesedaran itu tak semua orang ada kawan" 2. Dari 72% penyimpan ASB, mereka hanya ada purata simpanan RM536 sahaja!. Anda yang ada lebih itu bermakna anda lebih baik dari mereka. 3. Data tahun 2015 menyatakan purata penyimpan ASB hanyalah berjumlah RM16,000 sahaja.  4. Dalam masa yang sama hanya 0.2% pelabur ASB ada simpanan RM745,038 didalamnya. Jika anda antara mereka maka anda lebih sejahtera berbanding orang lain.  5. Perlukah teruskan pelaburan ASB? Teruskan melabur jika kita belum mahir dalam meniaga, saham, hartanah, emas kerana ASB lah instrument yang paling rendah risikonya. Dah mahir melabur baru cari atau bahagikan dalam instrument lain ya. 6. Perlukah buat Pembiayaan ASB? . Bergantung kadar yang diumumkan besok. Jika kadar dividen lebih rendah dari kadar faedah bank mengapa kita perlu buat pembiayaan?. Buat s...

Wang & Rakyat Kita

Image
WANG DAN RAKYAT KITA Data Bank Negara Malaysia 2016 dalam buku The Colour Of Inerquality menyatakan: 1. Hanya 1 dari 10 orang rakyat kita mampu bertahan lebih 6 bulan jika hilang pekerjaan.  . 2. Hanya 1 dari 5 pemegang akaun KWSP memiliki simpanan kurang dari RM10,000. Jika perbelanjaan RM1,000 sebulan mereka hanya mampu bertahan hingga 10 bulan sahaja.  . 3. Jika bersara pada usia 55, mereka akan hidup lagi 20 tahun tanpa sebarang simpanan. (Purata usia 75 tahun)  . 4. Laporan ASB 2015 menyatakan 72% pelabur ASB hanya ada simpanan purata RM536 sahaja!  . 5. Jurang kekayaan antara yang kaya dan miskin masih tinggi dan kekal seperti 20 tahun lalu!  . 6. Jurang pendapatan antara desa dan bandar dari tahun 1970 adalah RM214 kepada RM3,002 pada tahun 2014! . 7. Jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya jika tahun 1970 adalah RM659 sebulan tetapi kini RM11,768 sebulan!  . 8. Separuh dari keseluruhan pekerja di Malaysia masih memperolehi pendapatan RM1,6...

Mengurus Gaji

Image
Kepada kawan-kawan yang dapat gaji pada hujung bulan ni.  Hati hati dengan menguruskan gaji kita. Bukan sikit yang berlaku begini, hampir semua dari kita. Sedikit panduan buat kita bersama. 1. Jika nak buat hutang, pastikan hutang tak sampai 40% dari gaji yang kita terima. 2. Jika gaji RM3,000, pastikan hutang hutang kita hanya sekitar RM1200 sahaja. Jangan lebih! 3. Dalam 40% itu (RM1200) termasuklah hutang PTPTN, hutang peribadi, hutang budi dan hutang motor. 4. Jika gaji bawah RM3,000, elakkan beli kereta dulu. Jika bujang, masih boleh ushakan naik motor sahaja. 5. Lagi 10% -25% buatlah simpanan tetap. Simpan dan lupakan saja. 6. Baki gaji antara 50%-35% barulah gunakan untuk belanja kehidupan kita.  7. Paling penting, jangan lupa 2 benda. Bayar zakat pendapatan 2.5% dan sumbangan ibubapa jangan kurang dari 5% gaji kita.  Jika gaji RM3000, untuk ibubapa paling minimum RM150 sebulan. "Kau sembang dalam fb memang la senang". Selain dari kita rancang pendapatan ini dik. A...

Perbezaan Belanja Ikut Usia 20an dan 30an

Image
"Menyesal juga aku tak menyimpan waktu muda dulu" "Alah, hidup ini untuk dinikmati. Menyesal pun dah tak guna dah sekarang" "Kena ada sesalan juga, baru kita boleh baiki hidup" "Betul, tapi orang kampung aku kata 'move on jer lah' buat apa nak dikenang dah." "Betullah tu, tapi aku belajar sesuatu. Kawan nak pinjam kali kedua dan tak bayar,  jadi jangan bagi dah"! "Woi! mengata aku ker?" "Bila nak bayar duit beli I-phone 15 haritu?" Kawan kawan yang mulia,  Hidup ini adalah guru yang paling baik, ia mengajarkan kita tentang pengalaman hidup. Ia tidak pernah berbohong tetapi pengajarannya tentang hidup boleh melukan hati kita.  Kita sakit, ditipu, hilang duit, ditinggalkan itulah pengalaman hidup paling berkesan dari belajar disekolah sekolah.  Usia semakin senja, belajarlah menabung dan melabur duit yang ada. Penyesalan tidak mengubah apa apa jika tiada tindakan bersama. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsi...

Tahap Perjalanan Kewangan Kita

Image
"Bang, saya mula kerja nak simpan duit dimana?" "Mula kerja sebaiknya daftar haji dengan Tabung Haji dan buka akaun ASB segera". "Baik". "Belajar buat simpanan 30%-40% gaji waktu masih bujang ini. Dah kahwin nanti makin susah nak simpan sebab banyak komitmen". "Tapi saya dah ada potongan KWSP bang?". "Itu simpanan hari tua, jika dah pencen usia 55 tahun takkan nak kerja sampai usia 70 tahun?" "Ok tabung apa lagi kita kena ada bang?" "Selain tabung kecemasan, kita juga perlu ada tabung perlindungan. Ambillah takaful dalam 5%-7% dari gaji kita untuk lindungi pendapatan dan kesihatan kita." "Ok baik". "Ingat pesan ini, paling susah bukan menabung tetapi MENGEKALKAN DUIT YANG ADA DALAM TABUNG. Ramai orang bila duit KWSP dan banyak sikit dah mula jalan macam ayam serama." "Lebih bagus kalau ada Dana Persaraan sendiri selain KWSP. Beli hartanah, beli emas, beli saham atau ada perniagaan s...

Lelaki Seksi Itu

Image
LELAKI SEKSI ITU 1. Bila mereka ada simpanan sendiri 3 bulan hingga 6 bulan gaji 2. Tak berhutang dengan kawan sendiri, buat buat lupa tiada apa yang yang terjadi. 3. Buat simpanan 10%-30% dari gaji dalam ASB atau Tabung Haji 4. Beri duit pada ibu lebih dari 5% gaji. 5. Tidak guna kad kredit untuk tukar sportrim tayar kereta. 6. Tiada hutang hingga makan 50% duit gaji. 7. Belajar melabur 10% dari gaji sendiri. 8. Rajin sedekah dan zakat senantiasa ada 9. Takaful perlindungan diri jadi keutamaan mereka waktu mula kerja. 10. Tidak pakai jubah dan serban tetapi merokok merata rata. Memburukkan imej agama. 11. Tidak jadi cyber bullying, komen lucah dan menghina sesama sendiri.  Nak jadi seksi tak susah mana, kalau tak boleh bina otot. Bina simpanan bagi jadi kaya raya. "I suka dekat u" itu akan jadi biasa. Gegadis suka giler, ingat dia boleh beli bag Prada dengan otot lengan kita. 😛 Yang cari no.9 tu boleh contact saya hehe...🤓 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #AIAMedicalCard #KongsiK...

Bolehkah keluarkan RM10,000 duit KWSP?

Image
BOLEHKAH KELUARKAN RM10,000 DUIT KWSP? Sahabat sekalian, berhentilah berdebat tentang 'keluarkan duit' yang ada ini.  1. Asas tabungan KWSP untuk persaraan kita. Ya digunakan untuk kita bersara bukan sebagai dana kecemasan kita. 2. Jika kita memang diperhentikan kerja dan gaji dipotong sehingga 40% saya setuju untuk pengeluaran RM10,000 ini. 3. Ketahuilah juga bahawa 70% pencarum KWSP hanya ada sekitar RM50,000 sahaja. Jika RM10,000 dah keluar banyak mana tinggal lagi?. 4. "Alah nanti tak sempat merasa duit sendiri kalau tak guna".  Bagaimana kalau dah bersara hidup sampai 80 tahun dan tiada dana persaraan?  "Alah anak cucu aku ada, takkan depa nak jadi anak derhaka?" Kita mula kudakan anak sebagai mesin persaraan kita. Adilkah kita? 5. Usia purata rakyat malaysia bagi lelaki adalah 74 tahun dan wanita 77 tahun. Berapa simpanan yang cukup untuk kita bersara nanti? Jika bersara usia 55 tahun dan kita hidup hingga 74 tahun. Dengan dana RM50,000 kita hanya bole...

Usia dan Hutang Rumah

Image
USIA DAN HUTANG RUMAH 1. Ini adalah kedudukan hidup kita, manfaatkan usia kita dengan sebaiknya. 2. Jika kita lambat beli rumah, apakah hingga kita bersara kita mahu membayar hutang rumah. 3. Penjawat awam yang rumahnya terlelong 70% terdiri dari yang masih ada hutang selepas bersara. 4. Saya buat gambaran ini agar kita cuba letakkan diri kita dimana dalam garis hidup ini. 5. Tandakan berapa usia kita dan bila kita akan bersara. Jika kita tetap belum beli sebuah rumah, bersedialah untuk bekerja selepas bersara nanti kawan. 6. Belilah sebuah rumah kecil buat keluarga tercinta, lindungi mereka dengan kediaman kita yang selesa. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana sahaja. Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Career Presentation

Image
Bila saya buat career presentation dan interview orang untuk join team takaful saya, saya tak pernah guna kereta mewah sebagai poin utama. Sebab saya tak suka hype sangat. Orang mudah teruja dengan kereta mewah. Tapi bila dah masuk industry 5 bulan, tak dapat buat, terus down. Jadi lebih baik saya rasionalkan emosi mereka. Saya fokuskan kepada apa yang dia dapat achieve dalam 5 bulan pertama. Ini yang saya akan tanya, “Apa komitmen paling kecik awak dengan bank?” “Kereta. RM500 sebulan.” Kemudian, saya akan buka iPad dan tunjukkan macam mana dia boleh dapat monthly passive income RM500 untuk bayar bulanan kereta tu. Cuma buat sale RM25,000 untuk create monthly passive income RM500. Kalau kira purata, buat sale RM5,000 sahaja setiap bulan selama 5 bulan. Kalau dia fast learner, bulan pertama pun dah boleh achieve sale RM25,000 tu. Setel bayar kereta RM500, kita create more passive income untuk bayar 2nd lowest commitment. Katakan, rumah bayar bulanan RM1,000. Then kenalah cepat-cepat bu...

Bila Gaji Kecil

Image
BILA GAJI KECIL 1. Bajet ini untuk gaji kita yang kecil, kita masih ada pilihan untuk merancang hidup. 2. Bajet ini untuk keluarga kecil yang hanya ada satu anak paling maksimum dan tinggal diluar bandar. 3. Bajet setiap keluarga adalah berbeza bergantung keperluan keluarga kita, ia tak akan sama dengan mana mana keluarga lain. 4. Sebaiknya jangan ada hutang kerana jika ada hutang akan menekan bajet kita. Bahaya jika anda belum mampu menabung dan mula ada hutang. 5. Bagi gaji bawah RM3000 ushakan jangan beli kereta baru dulu jika ada impian beli rumah. Dapat kereta terpakai pun jadilah, jika tidak kita makin susah nak beli rumah. 6. Susah macam manapun tetaplah ada simpanan setiap bulan. Kita tak tahu bila kita akan susah lagi. Jangan merungut sebab bila kita susah orang belum tentu akan bantu kita. 7. Jika belum mampu mengirim yang ke orang tua, bincang baik baik dengan mereka. jangan diamkan sahaja. Tetapi jika kita percayakan keberkatan dan doa ibubapa. Ia tak akan putuskan rezeki k...

Kena Ada Sebelum 35 Tahun

Image
"Kau kena ada 5 ni sebelum 35 tahun." “Kalau tak dapat juga kena buat apa?” “Kau kena menggelabah.”😅 1. Duduk rumah yang selesa. Umur dah masuk 35 tahun kan? Kau dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah. Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya. Kondo pun best juga, fasiliti lengkap, security tiptop. . . . 2. Dua rumah untuk pelaburan. Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa passive income ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Daripada ratus-ratus, akan jadi ribu-ribu nanti. Boleh jadi duit pencen kau tu. Atau, bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi. Macam mana nak beli sampai dua rumah pel...

Hibah untuk COVID-19

Image
HIBAH UNTUK COVID-19 Covid memberi kesan yang besar kepada masyarakat dunia. Ramai orang yang terjejas oleh Covid-19 menyebabkan kehilangan orang tersayang, pekerjaan dan pendapatan.  Oleh itu, AIA membantu dengan  EXTRA COVERAGE UTK COVID 19 : ✅ Subsidi RM300 untuk ujian saringan di Hospital Swasta ✅ Elaun Wad RM200 sehari jika warded sebab Covid 19 ✅ Hibah RM10,000 jika meninggal sebab Covid 19 HIBAH COVERAGE RM50,000 SERENDAH RM50 SAHAJA . Untuk coverage lebih tinggi boleh mencarum lebih.  ✅ Hibah kematian semulajadi RM50,000 ✅ Hibah kematian kemalangan RM100,000 ✅ Faedah lumpuh kekal/TPD RM50,000 ✅ Faedah Penyakit kronik RM50,000 . Jika Wallahua'lam kita meninggal disebabkan Covid-19, akan mendapat hibah RM10,000 + RM50,000. In Shaa Allah dapat membantu orang tersayang, keluarga untuk meneruskan hidup menjaga anak-anak, makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. Adakah anda Azmi atau Azman?  Aznil Azmi 011-37274820  AIA Life Planner #aiatakaful #aiaaznilazm...

Apa itu Hibah?

Image
Ramai orang bila saya jumpa. Akan tanya saya? Apa tu Hibah? Hibah takaful tu kita bayar bulan untuk apa? Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris. Seperti contoh, si suami buat hibah untuk isteri. Setiap bulan suami carum RM50. Apabila terjadi sesuatu kepada suami, seperti kematian, cacat kekal, dan sebagainya. Isteri tersebut akan dapat RM50,000. So, isteri sedikit sebanyak dapat meneruskan hidup untuk menjaga anak-anak, makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. In Shaa Allah, esok saya akan explain pula mengenai hibah untuk Covid-19.  Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu #COVID19Malaysia #covid19hibah

Aznil Azmi AIA Life Planner

Image
Assalamu'alaikum  Saya Aznil bin Azmi, Elite Life Planner dari AIA Public Takaful.  Jika anda berminat untuk membuat medical card, hibah (pampasan), simpanan dan pelaburan. Boleh menghubungi saya, In Shaa Allah saya akan membantu. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Gaji RM3,000 belum beli rumah?

Image
Gaji RM3,000 belum beli rumah sebab: 1. Beli kereta mahal dulu. 2. Asyik travel saja kerjanya. 3. Kos sara hidup tinggi kat bandar. 4. Buat banyak pembiayaan peribadi. 5. Nak beli rumah idaman terus. 6. Pilih hobi yang mahal belaka. 7. Kena tipu dengan skim cepat kaya. 8. Tak suka simpan duit. 9. Suka berhutang kad kredit. 10. Kena sara keluarga. Gaji RM3,000 dapat beli rumah sebab: 1. Simpan 50% daripada gaji. 2. Duduk kat luar bandar. 3. Beli rumah kecil dahulu. 4. Mohon kad kredit seawal mungkin. 5. Guna kad kredit dengan bijak. 6. Duduk dengan keluarga. 7. Deposit pinjam dengan keluarga. 8. Pakai kereta murah saja. 9. Buat side income kumpul deposit. 10. Hobi murah iaitu kumpul setem. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820