Resah Graduan 2020
Kalau jumpa kawan-kawan yang fresh graduate, baru mula kerja, cuba ubah soalan daripada “Bila nak beli kereta?” kepada “Bila nak beli rumah?”. Kita ubah budaya kita. Dah diorang asyik dapat soalan macam nak suruh beli kereta cepat-cepat je, itu yang semua angkat kereta dulu tu. Padahal, bukan semua orang perlu beli kereta masa mula bekerja. Balik kampung mak bapak tanya, dating pun awek tanya, melawat rumah kakak ditanya juga, hari raya atuk nenek pula tanya, kawan-kawan pun sibuk menghasut. Bukan susah pun nak beli rumah masa mula-mula dapat kerja. Cuma kena berjimat lah. Korban sikit dalam 2 tahun macam tu. Side income wajiblah kau buat, kan. Gaji bersih RM2,000 dan side income RM1,000 sebulan, kau mesti boleh simpan RM1,500 setiap bulan. Kalau duduk dengan mak bapak lagilah senang. Selepas 2 tahun, dah ada RM1,500 x 24 = RM36,000. Kau guna RM25,000 hingga RM30,000 untuk modal beli rumah harga sekitar RM150,000 hingga RM200,000. Bakinya kau buat sebagai dana kecemasan. Bi...