"Aku rasa terlambat la nak menabung untuk bersara nie Daniel" "Tak mengapa, kalau kau rasa terlambat. Mulakan lebih menyimpan mulai bulan ini. Gandakan simpanan yang ada" "Menyesal aku tak mula awal dulu, kau dah ada juga beberapa rumah sewa" "Dah jangan kenang, yang penting tiada istilah terlambat kalau kau nak usaha" "Ajarkan aku sikit macam mana boleh ada banyak rumah sewa nie" "Semuanya bermula dengan belajar, menabung dan tahan nafsu. Itu sahaja, boleh kawal itu insyallah boleh kawal dunia" "Oh ya, nie dah boleh keluar KWSP nie aku nak keluar beli kereta yang selesa sikit aku ingat. Nak juga merasa bro" "Gulp..." Kawan kawan yang mulia, Jangan pernah rasa terlambat untuk memulakan apa sahaja. Selagi ada pendapatan mulakan sahaja, jangan sampai hilang pendapatan baru nak menyesal dah tak guna. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad
HIDUP SEBAGAI LELAKI Lelaki hidup penuh dengan tanggungjawab. Ada banyak bayaran yang mereka perlu lunaskan. Adakala mereka sampai lupa Dana Persaraan buat diri mereka sendiri. Mereka bergantung sepenuhnya pada KWSP dan pencen sahaja jika ada. Cukup atau tidak, disitu sahaja simpanan yang ada. Biasanya. Tiada dana tambahan buat persaraan mereka. Bantu lelaki, suami dan adik adik ini dengan ingatkan mereka. Mereka semua akan tua dan bersara. Mereka pernah berbakti pada kita. Jangan terlalu banyak meminta minta. Mereka adakalanya terlalu baik hingga lupa buat diri sendiri. Dana persaraan boleh juga : 1. Buka akaun tambahan PRS. 2. Beli tanah 3. Beli beberapa rumah dan sewakan. 4. Beli kedai untuk disewakan. 5. Buat simpanan emas dalam bentuk dinar atau bar. 6. Buat simpanan ASB dan TH untuk dapatkan pulangan dividen bersara nanti. Sayangi diri sendiri. Pesan buat mereka. Credit : Azizul Azli Ahmad
Comments
Post a Comment