Posts

Showing posts with the label kehidupan

Kerja Keras

Image
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia kerja keras untuk mendapat apa yang diinginkan. Work hard for it! #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Wang & Rakyat Kita

Image
WANG DAN RAKYAT KITA Data Bank Negara Malaysia 2016 dalam buku The Colour Of Inerquality menyatakan: 1. Hanya 1 dari 10 orang rakyat kita mampu bertahan lebih 6 bulan jika hilang pekerjaan.  . 2. Hanya 1 dari 5 pemegang akaun KWSP memiliki simpanan kurang dari RM10,000. Jika perbelanjaan RM1,000 sebulan mereka hanya mampu bertahan hingga 10 bulan sahaja.  . 3. Jika bersara pada usia 55, mereka akan hidup lagi 20 tahun tanpa sebarang simpanan. (Purata usia 75 tahun)  . 4. Laporan ASB 2015 menyatakan 72% pelabur ASB hanya ada simpanan purata RM536 sahaja!  . 5. Jurang kekayaan antara yang kaya dan miskin masih tinggi dan kekal seperti 20 tahun lalu!  . 6. Jurang pendapatan antara desa dan bandar dari tahun 1970 adalah RM214 kepada RM3,002 pada tahun 2014! . 7. Jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya jika tahun 1970 adalah RM659 sebulan tetapi kini RM11,768 sebulan!  . 8. Separuh dari keseluruhan pekerja di Malaysia masih memperolehi pendapatan RM1,6...

Hustle bro!

Image
Kalau kau gaji kecil dan selalu pilih Sabtu dan Ahad untuk berehat, jangan pernah mengeluh hidup kau asyik susah dan merana. Jangan pula kau kecam orang lain yang kerja keras pagi petang siang malam. Itu hidup mereka, usaha mereka dan duit mereka. Satu hari nanti mereka takkan susah lagi. Mungkin ambil masa setahun, lima tahun, sepuluh tahun, itu rahsia Tuhan. Jangan perlekeh. Kau pula boleh terus berehat di rumah dan tak perlu ubah apa-apa. Guna duit mana yang ada, tak cukup duit boleh pinjam sini sana. Kawan, jom kita semua cepat-cepat ubah mindset lama, daripada tak malu menerima kepada mindset excited nak selalu memberi. "Saya tak nak cuma ada duit cukup-cukup makan sebab saya tak nak jadi penerima. Saya nak jadi kaya, sebab nak banyak memberi." Tahniah kepada anda yang kerja Sabtu Ahad untuk ubah masa depan hidup jadi lebih baik. Picit-picit fon pun boleh buat duit ribu-ribu.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal

It Will Come

Image
Don’t be afraid to go out of your comfort zone! ------------------ Leave a like to attract things you want! #AIATakaful #AIAAznilAzmi #1hari1ilmu Credit : Wealth

Kau Tak Pernah Lelah

Image
Ditempat saya hujan lebat sejak petang tadi. Bagi yang ada duit, ada kerja. Tidur mereka pasti lena malam ini. Bagi yang dibuang kerja, gaji dipotong tanpa sisa. Pastinya hujan ini tiada makna. Ada bapa yang malamnya semakin sunyi. Matanya hanya terpejam, tetapi otaknya tetap berjalan. "Mana nak cari duit buat makan mereka besok hari?". Maka jadi anak yang belajar, belajarlah bersungguh sungguh. Bila kita jadi isteri, jangan tambah resah suami. Doakan buat mereka murah rezeki dan tabah hadapi ujian ini. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Jagalah Solat

Image
Setiap malam hujan sekarang ini. Ada yang bahagia dengan hujan ini, ada yang risau dan sedih. Semua ada kebaikkannya, bergantung bagaimana kita melihat. Tugas kita maksimumkan usaha. Soal rezeki itu kuasa yang maha esa.  Bila kita lelah dan tak tahu ingin bermula dimana. Mulalah dengan menjaga solat kita dengan baik. Pastinya hidup kita akan semakin baik. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad

Mencari Rezeki

Image
Salam Jumaat... Singgah solat semalam saya nampak mereka juga solat disini. Selain sibuk menghantar makanan, mereka juga menghantar doa buat pencipta agar hidup mereka juga sempurna nantinya. Kita yang rezeki lebih baik ini, Hormati mereka, hargai mereka dan bersyukurlah apa yang kita ada. Belajar lihat kehidupan orang yang lebih rendah dari kita. Kata Imam Shafie, Kebaikan itu ada di lima perkara :  1. Kekayaan hati 2. Bersabar atas kehinaan orang lain, 3. Mencari rezeki yang halal 4. Taqwa 5. Yakin akan janji Allah SWT. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad.

Doa Pembuka Rezeki

Image
Assalamualaikum & Selamat pagi🌥 Doa Pembuka Rezeki  رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ Bermaksud: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Surah al-Qasas: 24) Amin.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu

Zaman Dahulu & Zaman Sekarang

Image
Salam Jumaat... Zaman kecil dulu kami jarang makan ayam. Ayam hanya ditangkap waktu raya puasa,  raya haji atau sembuh dari demam sahaja.  Waktu itu tauke cina akan datang bawa penimbang dan raga atas moto begini.  Kami bela ayam,  tapi tak makan ayam. Kami hanya kutip dan makan telur ayam saja.  Ayam ini makanan elit waktu itu. Bila ada kawan sekolah bawa bekal lauk ayam, dia biasanya anak tauke kedai makan.  Zaman kami hanya makan ikan kembong atau sardin saja. Goreng bagi garing buat sambal bawang. Makan ikan itu setiap hari.  Hari ini yang murah itu ayam,  sekilo RM5.99 di Tesco. Yang mahal itu ikan kembong sekilo RM16.00. Kawan kawan yang mulia, Zaman dah berubah, cara menabung, berfikir, berkahwin, melabur, menyimpan dan politik semua kena ubah. Jangan ikut zaman ikan kembong masih murah.  Zaman itu ada rumah murah,  zaman sekarang tengok harga rumah pun nak marah.  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  ...

Doa Pagi Hari

Image
Pagi adalah permulawan hari.  Islam bagi perhatian khusus pada waktu pagi hari ini. Doa adalah permulaan awal yang baik untuk membuka hari di waktu pagi. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Jom Dakwah

Secret Life

Image
Dalam hidup ini perlu ada 'secret life' untuk diri kita dan keluarga. Tidak perlu cerita atau pamer apa yang kita ada. Jika kita buat untuk Tuhan Yang Maha Esa, maka biarkan kita dan Dia sahaja yang tahu. Stay silent dan berbuatlah kebaikan berterusan. Nak buat Takaful? Klik link di bawah 👇 https://aiapublictakafulmy.wasap.my #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad

Liku Kehidupan

Image
Salam Jumaat.. "Dulu saya boleh tunggu depan sekolah, sekarang cikgu sudah tak kasi." Ceritanya. "Budak sekolah pun sekarang sudah tak boleh keluar tunggu mak bapak, saya mana boleh jual lagi". "Saya ada jual dekat Pejabat Kesihatan juga, tapi sekarang doktor sudah tak kasi masuk." Bahaya katanya. "Dulu boleh lebih, sekarang semua orang sudah tak da duit. Apa mau beli?" Kawan kawan, Ini hanya cerita dari penjual kacang dan kudapan sahaja.  Dia berniaga ini lebih 20 tahun lepas bersara. Semangatnya luar biasa. Disekeliling kita penuh dengan orang terkesan dengan pandemik ini.  Lihat dengan pandangan mata hati, apa yang boleh bantu kita bantu walaupun kecil . Tuhan sedang menguji kita juga lewat orang susah ini, apakah kita akan bantu atau sekadar bersimpati. Banyakkan Bersyukur Dan Sedekah #AIATakaful #AIAAznilAzmi #AIAHibah #AIAMedicalCard #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad