Posts

Showing posts with the label kereta

Nisbah Hutang

Image
"Bang, macam mana nak kira hutang kita nie?" "Baik, ambil kertas, kita tulis semua hutang dan ansuran bulanan kita ya sayang" "Duit Coway, duit kutu, bayar tepaware semua masuk sekali ker bang?" "Tulis sahaja sayang, kita nak tengok julat belanja kita sihat tak? "Baik abang ensem macam Nepal" "Ok gaji abang RM3200 sebulan, sayang RM1800 sebulan kan?" "betul abang Nepal ku sayang" "Ok semua ansuran bulanan kita RM1700 bahagikan dengan pendapatan isi rumah kita RM5000. Jadi kita dapat 0.34 sahaja" "Wah kita NORMAL! boleh ada anak lagi yeahhhhhaaa!" Sahabat yang mulia,  Pegang tangan isteri ambil kertas dan kira bersama penuh cinta pagi ini ya.  Ansuran bulanan bahagikan dengan pendapatan isi rumah kita atau gaji kita .  #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad

Simpanan Bagi Masa Depan

Image
Betul, tetapi bukan bermakna kita tak boleh menyimpan.  1. Simpan 10% dari gaji setiap bulan. Jika masih bujang usahakan 25%-30% simpanan 2. Jangan lupa ambil perlindungan takaful paling rendah RM50-80 sebulan dah cukup.  3. Jangan beli kereta dulu apa alasan sekali pun. Dengan gaji RM1700 beli kereta satu kesalahan besar kewangan kita.  4. Jangan terlalu jadi lilin yang membakar diri. Belajar hargai diri sendiri juga. Bila susah nanti  apa simpanan kita ada?  Belajar untuk berkata TIDAK dalam hidup ini.  Tadbir hidup dengan baik bukan berserah pada takdir semata mata kawan. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu  Credit : Azizul Azli Ahmad