Young, carefree and broke
Orang muda biasalah, baru nak kenal dunia. Baru nak merasa duit gaji masuk ribu-ribu dalam bank. Sebelum ni dapat rasa duit gitu pun bila duit PTPTN masuk.
Bila dapat je gaji pertama, semua benda nak merasa. Kalau belum pernah order Starbucks, time tu tiba-tiba rasa confident nak melangkah ke Starbucks.
Cukup 2 bulan gaji, mulalah gatal tangan subscribe ASTRO, plan internet lebih bagus, Netflix, beli iPhone bayar ansuran, handbag branded, tudung mahal.
6 bulan berlalu, kaki pula gatal nak pergi ke showroom untuk test drive kereta baru yang menjadi dambaan hati. Biasanya kalau gaji mula RM3,000 mesti masuk Honda atau Toyota.
Lepas setahun bekerja, annual leave pun banyak lagi tak pakai, maka dah start survey negara mana yang nak dilawati. Nanti bolehlah post gambar cecantik kat IG dan FB.
Bagi saya itu normal. Yang tak normal adalah bila orang muda ni, simpan 50% daripada gaji, beli rumah tahun pertama bekerja dan masih belum beli kereta walau gaji beribu-ribu.
Sebenarnya, kita jangan halang anak muda ni untuk berimpian besar. Malah, kita kena naikkan lagi nafsu mereka untuk berimpian.
Gaji RM3,000 nak pakai Honda City katanya. Baik kau cakap betul-betul, kau suka Honda City ke Honda Civic. Mesti kau jawab Honda Civic kan.
Kalau kau beli Honda City sekarang, silap-silap kau hanya merasa Honda Civic 9 tahun akan datang lepas hutang Honda City tu habis.
Jangan matikan impian anak muda ni!
“Apa kata kau cuba dulu simpan RM1,500 setiap bulan selama 2 tahun. Tengok dulu kau mampu ke tak. Kalau mampu, kau belilah Honda Civic selepas 2 tahun. Ini namanya teknik tangguh keinginan.”
Sementara 2 tahun tu kau naiklah Grab ke, naik LRT MRT KTM ke, sewa kereta Socar ke, naik motor ke. Sekati kau lah.
So, kau pun simpan lah RM1,500 setiap bulan. Cukup 2 tahun kau dah ada RM36,000. Kau rasa masa tu kau akan beli Honda Civic ke?
Jawapannya tak.
Masa tu kau dah lebih matang berfikir tentang masa depan. Yang paling penting kau dah create habit menyimpan yang sangat konsisten.
Kau pun rasa sayang nak spend belas-belas ribu untuk deposit Honda Civic.
Maka, kau pun beli Perodua Myvi je time tu. Duit simpanan lebihan tu kau jadikan simpanan kecemasan, duit kahwin dan modal beli rumah.
Tahniah anak muda!
#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu
Nak FREE nota kewangan, pelaburan & hartanah? Klik link ini dan JOIN, t.me/AznilAzmi
Credit : Harith Faisal
Comments
Post a Comment