Pendapatan bawah RM2,208 kini dikategori miskin
PENDAPATAN BAWAH RM2,208 DIKATEGORI MISKIN
Jangan malu kalau gaji kau bawah RM2,208 dan kerajaan kategorikan kau sebagai miskin. Benda ni dibuat supaya kau dapat disasarkan untuk terima bantuan dan program pembangunan.
Pendapat peribadi saya, kalau fresh graduate gaji RM2,208 bukan kategori miskin. Sebab just tanggung diri sendiri saja. Nak minum Starbuck seminggu sekali pun boleh lagi.
Kan? Kan? Kan?
Tapi kalau dah beranak seorang, gaji isi rumah pula bawah RM2,208 memang terasa susah hidup. Fresh graduate yang kena tanggung parent dan adik-adik pun ada juga. Nasib orang, lain-lain.
Malaysia dah semak semula had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM2,208 berbanding RM980 yang dah diguna pakai sejak 2005. Kiranya dah tak releven lah.
Kalau guna had PGK sebelum ni, jumlah isi rumah miskin adalah 16,653. Sekarang dah jadi 405,441. Sekali tengok, macam "lebih ramailah orang miskin" kan. Tapi sebenarnya, "lebih ramailah dapat dibantu".
Sebelum ni, konsep penetapan PGK makanan adalah ikut “minimum”. Sekarang ni ikut “optimum minimum”, supaya makanan yang diambil lebih berkualiti dan hidup lebih sihat.
Nak senang faham macam ni, susu pekat manis yang dimasukkan dalam bakul makanan kita tukar kepada susu tepung yang lebih sihat.
Untuk yang bukan makanan pula, keperluan untuk B20 ikut penetapan sebelum ni adalah 106 je. Sekarang dah naik kepada 146 item.
B40 = Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% terendah.
Maksudnya, 40 item tambahan tu sebelum ni tak dianggap sebagai keperluan asas untuk B20. Tapi sekarang kita masukkan sekali.
146 item bukan makanan tu termasuklah keperluan asas contohnya pakaian, kasut, perumahan, utiliti, perabot, kelengkapan rumah, pengangkutan, pendidikan, kesihatan.
Malaysia ni kan negara membangun, jadi mestilah PGK ni kena berubah. Dengan kadar inflasi dan gaya hidup yang makin naik ni, memang patut sangat PGK dinaikkan kepada RM2,208.
Syukur kerajaan ubah PGK kepada RM2,208. Mudah untuk kerajaan rancang dasar baru dan program bantuan sosial untuk membasmi kemiskinan yang lebih baik daripada sebelum ni. -
Aznil Azmi
AIA Life Planner
011-37274820
#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu
Nak FREE nota kewangan, pelaburan & hartanah? Klik link ini dan JOIN, t.me/AznilbinAzmi
Credit : Harith Faisal
Comments
Post a Comment