Popular posts from this blog
KOS SARA HIDUP
KOS SARA HIDUP. Bab duit jangan main main, boleh mudah terasa hati. Satu pihak berkorban bukan main, semua dia bayar. Satu pihak, enjoy hidup sangat. Satu pihak tak faham ajaran agama, dia rasa semua kena bahagi dua. Satu pihak rasa, ini semua tanggujawab bersama. Bab duit, Kembalilah pada agama. Setiap dari kita ini ada tanggujawabnya. Belajar bersyukur dan redha dengan apa adanya. Yang namanya kos hidup ini sentiasa naik dan tak akan cukup jika kita tak ada nilai syukur. Credit : Azizul Azli Ahmad
HIDUP SEBAGAI LELAKI
HIDUP SEBAGAI LELAKI Lelaki hidup penuh dengan tanggungjawab. Ada banyak bayaran yang mereka perlu lunaskan. Adakala mereka sampai lupa Dana Persaraan buat diri mereka sendiri. Mereka bergantung sepenuhnya pada KWSP dan pencen sahaja jika ada. Cukup atau tidak, disitu sahaja simpanan yang ada. Biasanya. Tiada dana tambahan buat persaraan mereka. Bantu lelaki, suami dan adik adik ini dengan ingatkan mereka. Mereka semua akan tua dan bersara. Mereka pernah berbakti pada kita. Jangan terlalu banyak meminta minta. Mereka adakalanya terlalu baik hingga lupa buat diri sendiri. Dana persaraan boleh juga : 1. Buka akaun tambahan PRS. 2. Beli tanah 3. Beli beberapa rumah dan sewakan. 4. Beli kedai untuk disewakan. 5. Buat simpanan emas dalam bentuk dinar atau bar. 6. Buat simpanan ASB dan TH untuk dapatkan pulangan dividen bersara nanti. Sayangi diri sendiri. Pesan buat mereka. Credit : Azizul Azli Ahmad
Comments
Post a Comment