PLAN B
Romp shirts, Topman jeans, Converse sneakers
Huh! Lama betul tak update blog ni. Seriously seminggu mike. Selain itu, minggu ni merupakan minggu yang bankret (bosan).
Kamera tak de...
Kerja tak de...
Paling sedih duit pun tak de...
Pening dibuatnya. Hidup bagaikan tak ada arah. Tidur lewat, bangun lewat. Aduh, tak tahula apa nak jadi dengan aku ni.
Bangun tidur...makan...online...makan...online...tidur...= perkara paling kerap aku buat
So, I think now is the right time to change. Terima kasih la kepada Mrs. yang upload jadual ni dekat laman fb HEA UiTM Kelantan. Memudahkan saya untuk plan for a better future.
Saya putuskan untuk ikut keluarga untuk balik kampung...
Senang abis cerita. Tengok datuk,nenek yang lama dah saya tak jengok, jengok kawan-kawan and jalan-jalan kat sana. Daripada duk kat rumah, tak tau nak buat apa. Mengadap laktop ja kerja.
So just wait and see...
BAYERN MUNICH 4 - 0 BARCELONA
Pasal game pagi tadi. Huh! Seriously terbaik.
Tactical Battle
Jupp Heynckes VS Tito Vilanova
Jupp Heynckes, dari Arsenal ngan Juventus. Psychological tactics dia memang terbaik. Bayern bermain dengan disiplin yang tinggi. Bayern mungkin tak sehebat Barcelona dalam possesion tapi semangat dan kerjasama antara mereka harus dipuji.
Pilihan untuk memilih Jerome Boateng daripada Van Buyten dan Mario Gomez daripada Claudio Pizarro nyata membuahkan hasil. Tetapi defender Bayern memang tidak dicabar oleh Barcelona. Kerana Jerome Boateng adalah salah satu weak point dalam pasukan Bayern sebelum ni. Penggantungan Mario Mandzukic
memberi peluang buat Mario Gomez untuk membuktikan sesuatu kerana Jupp Heynckes kerap menggunakan Mandzukic daripadanya.
Tito Vilanova. Game yang kedua beliau mengambil alih selepas menjalani rawatan cancer.
Kemasukan Marc Bartra sebagai defender tengah. Persembahannya memang boleh dijangka kerana beraksi pentas yang sebegini memerlukan pengalaman. Sebagai contoh, Raphael Varane telah didedahkan pada banyak perlawanan. Oleh itu, dia lebih bersedia ketika bertemu Manchester United,Galatasaray dan Barcelona. Lionel Messi dipilih dan boleh dilihat permainannya hari ini tidak seperti sebelum ni. Kekurangan fitness boleh dilihat di 90 minit perlawanan.
KATA-KATA
Ada satu quote yang menarik minat saya untuk downloadnya. Terima kasih lah kepada Mr. yang share gambar ni yang boleh dijadikan pedoman buat saya.
Comments
Post a Comment