HUTANG PERANGKAP?




HUTANG PERANGKAP?
1. Beli Rumah
Boleh jadi perangkap jika salah beli, jika kita beli hartanah yang betul. Tidak jadi perangkap.
Apa hartanah yang betul?
Kadar bayaran sewa, sama dengan kadar bayaran bank beli rumah.
Rumah yang tidak makan lebih dari 30% pendapatan gaji kita.
Rumah kecil dan sederhana, bukan rumah impian kita.
2. Renovate Rumah dengan Personal Loan -Dah jadi budaya. Sebaiknya kita hentikan.
Sekarang masuk rumah baru berlumba renovate rumah bagi cantik, selesa, indah, nak jemput orang datang atau masukkan dalam sosial media.
Dulu orang beli rumah, himpun perabot sikit sikit. Janji rumah sendiri dulu. Tak pernah buat hutang untuk renovasi, kecuali dapat duit pencen nanti.
3. Perabot Berhutang.
Elakkan sebaiknya, jangan sesekali beli perabot dengan hutang kad kredit. Kadarnya 15-18% dan ada susut nilai perabot lagi. Lari jauh jauh amalan ini.
Apa salahnya gaya hidup minimalis, almari baju mak ayah lebih dulu guna untuk kita hidup berdua sahaja dulu.
4. Buat hutang untuk bantu ibubapa, adik beradik dan pasangan tercinta. Ini juga boleh jadi bencana. Ramai dah merana membayarnya, elakkan sebaiknya.
Kawan kawan,
Ada yang kata, "Kalau tak der hutang tak ada harta". Betul setuju, salah ada hutang ada hutang hidup kita merana
Biar tak ada harta janji tenang, dari ada banyak harta tapi hutang keliling pusat dan pinggang.
Credit : Azizul Azli Ahmad


 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

HIDUP SEBAGAI LELAKI