UPAH KERJA KERAS




UPAH KERJA KERAS

Upah tukang kerja hari ini sekitar RM150-170 sehari sekarang.

Bergantung kawasan dan kemahiran kerja.

Jika mereka kerja sebulan dan 4 hari sahaja cuti iaitu Ahad, purata bayaran mereka sehari RM160 sahaja.

Mereka tahu tempoh permit kerja mereka tak lama, mereka kena kerja cepet cepat buat duit.

Mereka tahu, satu projek perumahan makan masa 24-36 bulan sahaja. kerja keras buat duit dan balik.

Mereka memanfaatkan bumi bertuah ini unutk cari duit.

Mereka tak peduli istilah KULI.

Kita malu jadi kuli orang, malu kerja angkat barang adakalanya.

Jika sebulan hantar RM4000 balik kampung, setahun RM48,000 sahaja. Jika 'permit' kerja sampai 5 tahun dia dah boleh beli rumah RM240,000 secara tunai.

Duit ada dimana mana sebenarnya.

Kita sanggup atau tidak sahaja.

Credit : Azizul Azli Ahmad


 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

HIDUP SEBAGAI LELAKI