RULE OF THUMB MULA KERJA

 



RULE OF THUMB MULA KERJA.

1. Cari bilik sewa, jangan sewa sebuah rumah.

2. Belajar naik motor atau kenderaan awam, elakkan beli kereta.

3. Jika perlu kereta, cari yang terpakai atau ikut setahun gaji kita saja.

4. Jangan berkira jadi kuli, kena suruh fotostat, buang sampah, kemas meja buat sahaja.

5. Buka akaun ASB dan Tabung Haji segera. Pastikan caruman KWSP masuk setiap bulan.

6. Kerja untuk cipta pengalaman, bukan gaji semata mata.

7. Belajar skill baru hujung minggu. Hadir kelas atau seminar mana mana yang ada. Belajar online pun tak apa.

8. Usahakan menabung 30%-40% dari gaji, zaman masih bujang belum besar komitmen.

9. Jangan malu buat bekal dari rumah ketempat kerja.

Mula kerja gaji kecil, bina pengalaman hidup dulu.

Jangan berlumba dengan sesiapa.

Credit : Azizul Azli Ahmad

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

HIDUP SEBAGAI LELAKI