Pengarah dijatuhkan hukuman penjara selama 4 minggu dan didenda $57,000 oleh mahkamah Singapura!


Negara Singapura dikejutkan baru-baru ini dengan satu berita menggemparkan melibatkan seorang lelaki bernama Xie Yong. Berumur 37 tahun, beliau merupakan pengarah pelbagai syarikat di Singapura dan jumlahnya bukan sedikit. Menurut laporan, beliau adalah pengarah kepada 980 syarikat dan pada tahun lepas, 18 Disember 2023, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 4 minggu dan didenda $57,000 oleh mahkamah Singapura! Apakah kesalahan yang beliau lakukan? Xie Yong didapati bersalah melakukan aktviti pengubahan wang haram (money laundering). Beliau gagal menjalankan kewajipannya sebagai pengarah dengan penuh amanah. Beliau melakukannya dengan menawarkan khidmat perakauan dan cukai dan membuka akaun bank kepada klien-kliennya yang kebanyakanya berasal dari China. Sebanyak $7.3juta wang haram dilaburkan menerusi syarikat-syarikatnya. Apa kata undang-undang mengenai aktiviti ini? Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) merupakan suatu akta yang menyediakan peruntukan bagi kesalahan pengubahan wang haram, langkah-langkah yang harus diambil untuk mencegah pengubahan wang haram, dan kesalahan membiayai keganasan. Akta ini juga menetapkan peruntukan bagi pelucuthakan harta yang terlibat dalam atau diperolehi daripada kesalahan pengubahan wang haram. Pengubahan wang haram ini adalah proses yang biasanya kompleks, mereka menjadikan wang atau aset yang diperoleh secara haram seolah-olah kelihatan sah. Selain itu, tidak ada tempoh had untuk kesalahan seperti ini di bawah undang-undang Malaysia. Malaysia mempunyai banyak sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan, dan oleh itu, sektor-sektor inilah yang paling terdedah kepada risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Ini kerana sektor-sektor ini menerima jumlah laporan transaksi yang mencurigakan yang tinggi. Pengubahan wang haram adalah ancaman serius terhadap integriti sistem kewangan dan kestabilan ekonomi global. Untuk mencegah pengubahan wang haram, kerjasama yang kuat dan erat di antara pihak berkuasa, ahli perniagaan, dan institusi kewangan sangat diperlukan Namun, jangan disangka pelaku jenayah kewangan ini akan mudah mengelak dari cengkaman keadilan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Credit : Akmal SK

 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

HIDUP SEBAGAI LELAKI