Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB




1. Kecil atau besar dividen yang diumumkan, bukanlah keutamaan. ia lebih baik bila kita telah ada kesedaran menyimpan dan melabur berbanding orang lain. 

"Kesedaran itu tak semua orang ada kawan"

2. Dari 72% penyimpan ASB, mereka hanya ada purata simpanan RM536 sahaja!. Anda yang ada lebih itu bermakna anda lebih baik dari mereka.

3. Data tahun 2015 menyatakan purata penyimpan ASB hanyalah berjumlah RM16,000 sahaja. 

4. Dalam masa yang sama hanya 0.2% pelabur ASB ada simpanan RM745,038 didalamnya. Jika anda antara mereka maka anda lebih sejahtera berbanding orang lain. 

5. Perlukah teruskan pelaburan ASB? Teruskan melabur jika kita belum mahir dalam meniaga, saham, hartanah, emas kerana ASB lah instrument yang paling rendah risikonya. Dah mahir melabur baru cari atau bahagikan dalam instrument lain ya.

6. Perlukah buat Pembiayaan ASB? . Bergantung kadar yang diumumkan besok. Jika kadar dividen lebih rendah dari kadar faedah bank mengapa kita perlu buat pembiayaan?. Buat sahaja simpanan secara konsisten kedalam ASB setiap bulan. Jika kita paling susah nak menyimpan, buat arahan tetap gaji masukkan dalam ASB.

7. Belajar fahami instrumen lain seperti hartanah, emas mana tahu penyewa kita bakal jadi orang rumah kita dimasa depan. 

Kekalkan melabur, jangan kecewa sampai semua simpanan lebur. Nanti saya ulas duit KWSP jika ada yang berminat pula.

#AIATakaful
#AIAAznilAzmi
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu

Credit : Azizul Azli Ahmad


Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko