Tips Bila Gagal Bayar Hutang Kereta


TIPS BILA GAGAL BAYAR KERETA. 

1. Kereta masih mendahului carta sebagai 36% punca terbesar golongan muda muflis 

2. Bila kita mula tak mampu bayar hutang kereta, sebab kena berhenti kerja atau terlebih gaya. 

Jangan Lakukan ini kawan :

+ Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa.

"Tak pa, abang sambung bayar jer kereta hang nie. Jangan risau!".

+ Sembunyikan daripada pihak bank elak kenderaan ditarik.

"Hang balik letak kampung la, depa mana tau kampung hang kat mana!".

+ Menjual komponen kenderaan dan sebagainya.

+ Balik kampung, simpan kereta di rumah Tok Long. 

+ Report kereta hilang atau kena curi. 

3. Jika dah masuk bulan ke tiga tak mampu bayar. Bawa kereta dan serahkan kunci pada bank. 

4. Bank akan beri tempoh 21 hari untuk kita tuntut kembali. Cari duit, jual tudung, jual mekap mercury dan tuntut kembali. 

5. Jika gagal, bank akan mulakan lelongan kereta kita. Jika berjaya bida lebih dari baki hutang. Bank akan bagi baki yang ada. 

6. Pihak bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya:

+ Finance sudah melebihi 75% kecuali dengan surat dari mahkamah.

+ Kereta anda berada di kawasan kediaman berpagar.

+ Pada hari cuti umum.

+ Selepas jam 9 malam.

7. Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.

8. Mangsa juga boleh buat laporan polis jika ada unsur kekerasan dan ugutan dari agen tarik kereta. 

Biar malu guna kereta lama, dari malu satu Malaysia bayar kereta dengan Baygon sahaja 😋

#aiaaznilazmi
#aiatakaful
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu

Credit : Azizul Azli Ahmad. 

#ShareJerKawan
#JanganBeliKeretaYangSalah

#Kongsikan agar kita semua tahu hak kita waktu pandemik ini.

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Kewangan Di Usia 20,30,40 Dan 50-an

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

HIDUP SEBAGAI LELAKI