Nak Jadi Orang Berjaya? By Ustaz Don


Nak jadi orang berjaya, kena tukar 3 perkara.
.
Tukar cara berfikir.
Tukar kawan
Tukar rutin 
.
#OrangBerjaya selalu berfikiran positif. Walau perkara negatif yang datang, terus sangka baik & anggap ia seperti angin sahaja. Tidak kecil hati tapi terus lapang dada, fikir solusi nak menghadapi, bukan salahkan sesiapa. 
.
“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. 
Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra
.
#OrangBerjaya berkawan dengan orang yang paling tidak, ada pemikiran yang nak berjaya, yang sentiasa bercakap tentang kejayaan, benda postifi & kebaikan. Tidak bermaksud tinggal terus kawan yang ada/lama tapi cari kawan baru untuk tambah ilmu agar diri terus berada dalam landasan nak berjaya. Istilah lain, tukaq circle kita. 
.
Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
.
#OrangBerjaya pasti rutin hariannya luarbiasa. Jadualnya padat dengan perkara bermanfaat, dalam kepala sentiasa sibuk dengan perancangan & tindakan. Kalau tak pernah sedekah, bersedekahlah kerana orang yang murah rezeki puncanya banyak sedekah. Kalau solat tak terjaga, maka peliharalah solat kerana orang yang berjaya datangnya dari solat yang terpelihara. 
.
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi
.
Wallahua'lam. 
Assalamualaikum
.
#aznilazmi
#aiatakaful
#KongsiKongsiAIA
#1hari1ilmu

Credit : Ustaz Don

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko