Gaji RM1,500 Tak Perlu Beli Kereta


Kalau tanya kat saya, dengan gaji bersih bawah RM1,500 kau tak payahlah pakai kereta. Baik kau pakai motor saja dulu, dik.

RM250: Sewa Bilik
RM100: Bil Telefon
RM50: Petrol Motor
RM400: Makan Minum
RM200: Keperluan Lain
RM150: Parent
RM50: Hiburan

Tanpa kos kereta, total belanja sebulan kau adalah RM1,200. Boleh simpan 20% daripada gaji bersih kau iaitu RM300.

RM300 tu kalau kau simpan setiap bulan selama 12 bulan, dapat RM3,600. Tak banyak pun kan. Ke kau dah rasa banyak.

Cuba kau bayangkan kau pakai kereta dengan gaji tu. Tak kisahlah kereta baru atau second hand, tetap ada kos tambahan.

Kos servis maintenance, tukar tayar, cukai jalan, takaful kereta lagi, parking, tol, kena saman sebab pakai nombor plat fancy dan speeding.

Maka, simpanan RM300 mesti takkan pernah wujud. Silap-silap duit parent RM150 tu pun kau tak mampu nak hulur.

Kalau kau rasa kereta adalah keperluan yang mendesak, maka kau kenalah desak diri kau untuk tambah side income dulu.

Bila income dah selesa barulah kau pakai kereta. Buat kira-kira. Fikir secara rasional. Tak payah nak ikut-ikut orang.

"Ala bang, saya nak beli Axia je."

Axia pun nak berjalan kena pakai petrol sebagai bahan api dik oi. Ke Axia yang kau nak beli tu guna air paip dah boleh jalan. Ha!

#1hari1ilmu
#AIAAznilAzmi
#AIATakafulXFitness
#KongsiKongsiAIA

Credit : Harith Faisal

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

Econeko