Posts
Hustle bro!
- Get link
- X
- Other Apps
Kalau kau gaji kecil dan selalu pilih Sabtu dan Ahad untuk berehat, jangan pernah mengeluh hidup kau asyik susah dan merana. Jangan pula kau kecam orang lain yang kerja keras pagi petang siang malam. Itu hidup mereka, usaha mereka dan duit mereka. Satu hari nanti mereka takkan susah lagi. Mungkin ambil masa setahun, lima tahun, sepuluh tahun, itu rahsia Tuhan. Jangan perlekeh. Kau pula boleh terus berehat di rumah dan tak perlu ubah apa-apa. Guna duit mana yang ada, tak cukup duit boleh pinjam sini sana. Kawan, jom kita semua cepat-cepat ubah mindset lama, daripada tak malu menerima kepada mindset excited nak selalu memberi. "Saya tak nak cuma ada duit cukup-cukup makan sebab saya tak nak jadi penerima. Saya nak jadi kaya, sebab nak banyak memberi." Tahniah kepada anda yang kerja Sabtu Ahad untuk ubah masa depan hidup jadi lebih baik. Picit-picit fon pun boleh buat duit ribu-ribu. #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Harith Faisal
Ambil Takaful Semasa Muda dan Sihat
- Get link
- X
- Other Apps
Sejak akhir-akhir ini banyak dapat beberapa prospek yang dah ada masalah kesihatan. Bila nak ambil hibah atau medical card, sakit yang sedia ada perlu declare dan takaful tak cover untuk sakit yang sedia ada. Ada jumpa, si suami dah ada cancer di usia 20an. Ada yang sakit kencing manis dan slip dics di usia 40an. Ada yang ada sakit gaut di usia 20an dan lain-lain lagi. Apa maksudnya di sini? Sakit tak mengenal usia muda atau tua. Jangan kita beranggapan, "Oh, aku masih muda dan sihat lagi. Tak perlu lah ambil takaful ni. Takkan nak dapat cancer" Kita tak tahu dugaan yang datang. Dugaan bukan sahaja dari wang ringgit dan kerjaya. Dugaan hubungan, kesihatan dan lain-lain. Jadi ambillah takaful masa masih muda dan sihat. Health is Wealth! Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAAznilAzmi #AIAHibah #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Afiqah Nabilah
Hibah Bajet RM50?
- Get link
- X
- Other Apps
"Encik Aznil, saya berminat nak ambik hibah ni. Tapi budget saya tak banyak dalam RM50. Boleh dapat tak? “ Lepas dapatkan details diri (jantina, tarikh lahir, pekerjaan dan smoke/tak smoke), Perempuan, Umur 28, executive dan tak smoke. Hibah RM50K, bulanan RM29.68 je. Sekiranya meninggal : penama hibah akan dapat pampasan RM50K Sekiranya cacat kekal : pemilik polisi akan dapat pampasan RM50K Cash value pada umur 70 : RM7K (anggaran) Dari umur 28 tahun ke 70 tahun, ada 40 tahun masa kita ada perlindungan. RM29 sebulan x 40tahun (480bulan) = RM13,920 (jumlah modal yang keluar). Nampak tak perbezaan kat situ. Hibah RM50K, modal RM13k+. Berbaloi atau tak di situ? Aznil Azmi AIA Life Planner 011-37274820 #AIATakaful #AIAHibah #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu
Nisbah Hutang
- Get link
- X
- Other Apps
"Bang, macam mana nak kira hutang kita nie?" "Baik, ambil kertas, kita tulis semua hutang dan ansuran bulanan kita ya sayang" "Duit Coway, duit kutu, bayar tepaware semua masuk sekali ker bang?" "Tulis sahaja sayang, kita nak tengok julat belanja kita sihat tak? "Baik abang ensem macam Nepal" "Ok gaji abang RM3200 sebulan, sayang RM1800 sebulan kan?" "betul abang Nepal ku sayang" "Ok semua ansuran bulanan kita RM1700 bahagikan dengan pendapatan isi rumah kita RM5000. Jadi kita dapat 0.34 sahaja" "Wah kita NORMAL! boleh ada anak lagi yeahhhhhaaa!" Sahabat yang mulia, Pegang tangan isteri ambil kertas dan kira bersama penuh cinta pagi ini ya. Ansuran bulanan bahagikan dengan pendapatan isi rumah kita atau gaji kita . #AIATakaful #AIAAznilAzmi #KongsiKongsiAIA #1hari1ilmu Credit : Azizul Azli Ahmad
Bila Suami Tak Minat Berhibah
- Get link
- X
- Other Apps
BILA SUAMI TAK MINAT BERHIBAH? 1. Bencana kewangan buat wanita bermula bila suami meninggal, penceraian berlaku, ketua keluarga kemalangan, masalah kesihatan melanda atau ada hati dengan gadis jelita Alya 2. Jangan bergantung pada suami sepenuhnya hidup ini. Buat simpanan sendiri. Jika suami tiada kesedaran kewangan, jangan kongsi berapa simpanan yang kita ada. 3. Mula belajar beli aset pelaburan seperti emas dan hartanah. Saya adakan kampen 'Gadis Bistari Ada Rumah Sendiri'. Beli sebuah rumah kecil sahaja dan bermula. 4. Ambil perlindungan diri, jika bencana datang pada diri dan suami ada takaful melindungi. 5. Jadi Gabenor Kewangan Keluarga, urus kewangan keluarga dengan baik. Wujudkan Tabung Simpanan, Tabung Pelaburan dan Tabung Perlindungan. 6. Jangan utamakan tabungan pendidikan anak hingga lupa dana persaraan diri sendiri. 7. Bab duit jangan beremosi, suami nak pinjam duit suruh buat Pinjaman Peribadi mohon hindari diri. Jangan...