Posts

GADIS BILA MULA KERJA

Image
GADIS BILA MULA KERJA 1. Bila mula kerja, belum ada impian nak kahwin dengan sesiapa atau impian nak buat harta. Abang cadangkan adik adik belilah rumah pertama. 2. Beli rumah ini tidaklah sesusah mana, gaji bagus buat simpanan beli rumah nanti boleh buat kabinet dapur macam IKEA. 3. Belilah sebuah kediaman kecil dan sederhana untuk bermula, kediaman ini sebaiknya 3 bilik 2 bilik air adanya. 4. Jika masih duduk dengan keluarga, sewakan sahaja kediaman ini, atau adik duduk satu bilik. Dua bilik lagi sewakan. Mudah dikawal. 5. Bila jodoh menjelang tiba dan tiada duit boleh refinance untuk ada duit belanja. Lebihan minta penyewa bantu bayarkan. Kalau tak buat hutang lebih baik. 6. Rumah yang dibeli sebelum kahwin bukan harta sepencarian, cik abang tak boleh senang senang nak tuntut kata dia punya. 7. Bila dah kahwin, kekalkan kediaman ini jadikan sewa agar tiap bulan ada pendapatan tambahan buat diri dan keluarga. 8. Minta suami beli satu kediaman buat keluarga dan hidu

GAJI DAN KENDERAAN

Image
KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus pembeli kereta PROTON dan PERODUA memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun, malah ada antaranya yang melanjutkan lagi tempoh jika dibenarkan berbuat demikian, demikian menurut AmInvestment Bank. Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan utama kepada demografi berpendapatan sederhana hingga yang lebih rendah. 1. Belian yang sihat adalah antara 5-7 tahun sahaja. 2. Jika dapat ansuran bulanan kenderaan bawah dari 15% gaji kita. 3. Keadaan ini juga beri gambaran ekonomi rakyat, mereka perlukan kenderaan yang kecil, ekonomi dan mampu. 4. Infrastruktur kenderaan awam kita sangat tidak berhubung dan tidak menepati masa. Maka orang lebih selesa ada kenderaan sendiri. 5. Kenderaan dan masuk dalam senarai keperluan penting hidup. Credit : Azizul Azli Ahmad  

BEING A LEADER OR JUST A BOSS

Image
BEING A LEADER OR JUST A BOSS Kita boleh nampak bila kita tengok bos kita sama ada dia bos ataupun "leader". Bekerja dengan stress, tiada idea, tidak berkarisma dan hanya tahu mengarah sahaja. Itulah sikap bos. Berhati-hati apabila kita bekerja dengan bos kerana kita akan berasa "unmotivated" untuk bekerja dan tidak dapat belajar banyak hanya sekadar bekerja. Seorang "leader" atau pemimpin adalah orang yang membantu untuk "drive" semua pekerja bersama-sama. Seseorang yang kita "respect", boleh dijadikan mentor dan banyak yang kita boleh belajar yang dapat membantu untuk "self" dan "career development" kita.  

LELAKI DAN KEMAMPUAN

Image
LELAKI DAN KEMAMPUAN Fitrah lelaki itu mencari rezeki, jadi pemimpin dan tak kuat mengeluh. Kita hanya berlawan dengan diri sendiri jadi lebih baik. Selamat berjuang lelaki kacak sekalian. Credit : Azizul Azli Ahmad  

KOS SARA HIDUP

Image
KOS SARA HIDUP. Bab duit jangan main main, boleh mudah terasa hati. Satu pihak berkorban bukan main, semua dia bayar. Satu pihak, enjoy hidup sangat. Satu pihak tak faham ajaran agama, dia rasa semua kena bahagi dua. Satu pihak rasa, ini semua tanggujawab bersama. Bab duit, Kembalilah pada agama. Setiap dari kita ini ada tanggujawabnya. Belajar bersyukur dan redha dengan apa adanya. Yang namanya kos hidup ini sentiasa naik dan tak akan cukup jika kita tak ada nilai syukur. Credit : Azizul Azli Ahmad  

FITRAH LELAKI

Image
FITRAH LELAKI Lelaki itu kerja keras, berburu, berkorban, memberi, kurang meminta, mengoda, bahagiakan keluarga. Semua itu buat mereka kelihatan jantan dan rasa bahagia. Lelaki yang banyak masa terluang, lepak dianggap tidak berada dalam status sosial yang tinggi dalam masyarakat. Sifatnya begitu. Credit : Azizul Azli Ahmad  

DIVIDEN KWSP

Image
DIVIDEN KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.50% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM50.33 bilion dan 5.40% untuk Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM7.48 billion. Keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion. #KWSP   #KWSPAhli   #KWSPDividen2023