GADIS BILA MULA KERJA




GADIS BILA MULA KERJA 1. Bila mula kerja, belum ada impian nak kahwin dengan sesiapa atau impian nak buat harta. Abang cadangkan adik adik belilah rumah pertama. 2. Beli rumah ini tidaklah sesusah mana, gaji bagus buat simpanan beli rumah nanti boleh buat kabinet dapur macam IKEA. 3. Belilah sebuah kediaman kecil dan sederhana untuk bermula, kediaman ini sebaiknya 3 bilik 2 bilik air adanya. 4. Jika masih duduk dengan keluarga, sewakan sahaja kediaman ini, atau adik duduk satu bilik. Dua bilik lagi sewakan. Mudah dikawal. 5. Bila jodoh menjelang tiba dan tiada duit boleh refinance untuk ada duit belanja. Lebihan minta penyewa bantu bayarkan. Kalau tak buat hutang lebih baik. 6. Rumah yang dibeli sebelum kahwin bukan harta sepencarian, cik abang tak boleh senang senang nak tuntut kata dia punya. 7. Bila dah kahwin, kekalkan kediaman ini jadikan sewa agar tiap bulan ada pendapatan tambahan buat diri dan keluarga. 8. Minta suami beli satu kediaman buat keluarga dan hiduplah bersama sama sejahtera bahagia. Adik adik, Jika gaji kita baik, pasang impian beli rumah pertama dulu lebih baik. Jika tempat kerja dekat dengan rumah ibubapa, duduk sahaja dengan mereka juga satu kelebihan. Zaman ini dimana wanita bijak berdikari dan ada wang sendiri. Credit : Azizul Azli Ahmad

 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

HIDUP SEBAGAI LELAKI