MENGAPA SUSAH JADI KAYA?




MENGAPA SUSAH JADI KAYA?

1. Malas "menjual diri", cepat rasa malu dengan semua perkara.

"Ishhh malulah jual tudung kat fb"

2. Merasa tidak layak jadi kaya, hanya orang terpilih boleh jadi kaya.

"Dia cina, memanglah boleh kaya. Kita melayu mesti susah punya".

3. Beranggapan yang penting kaya hati, kaya harta itu tidak perlu. Nanti lupa agama katanya.

"Alah bukan boleh bawa masuk kubur rumah banyak banyak nie".

4. Terlalu menyesali kekurangan diri, merasakan diri sentiasa tidak pandai urus wang.

"Kalau tak buat personal loan dulu pasti tak jadi macam nie".

5. Beranggapan wang hanya berfungsi sebagai memenuhi keinginan dan keperluan sebenarnya wang boleh digunakan untuk berbakti pada orang lain.

6. Tidak percaya teori semakin banyak memberi, semakin banyak kita dapat kembali.

7. Tidak pernah rasa syukur apa yang ada, senantisa meminta minta.

8. Suka menangguh apa sahaja bayaran dan hutang, hanya bayar bila diminta.

9. Hanya menabung bila ada lebihan, bukan tetapkan jumlah simpanan setiap bulan.

10. Tidak pernah melabur, dan hanya yakin dalam bentuk simpanan sahaja.

11. Sibuk nak bekerja diperusahaan ternama sahaja, perusahaan kecil tidak berminat.

12. Tidak menjaga pemakanan, makan untuk sihat bukan untuk kenyang.

13. Kurang bersukan, semakin kita kurang sihat semakin tinggi biaya kesihatan kita.

14. Kurang tidur menjadikan daya fikiran kita tidak kreatif dan kurang daya saingan. Kita lemah berfikir.

15. Beranggapakan kerja sosial hanya membuang masa. Buat rugi saja duit yang ada.

Cara berfikir membezakan kita kaya atau miskin. Kecil pada kita, besar kesannya.

Credit : Azizul Azli Ahmad

 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Makan @Queen City Steamboat & Grill, TREC, Kuala Lumpur

Tayangan Perdana Filem "Fanna"

HIDUP SEBAGAI LELAKI